in

BBSM 2022: CARA TEBUS BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA

BBSM

BBSM 2022: CARA TEBUS BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA

Berita baik buat pencinta buku, jangan lepaskan peluang untuk membeli banyak bahan bacaan melalui Baucar Buku Semarak Membaca.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia telah memperkenalkan program Baucar Buku Semarak (BBSM) sebagai galakan dan memupuk budaya dan semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

ISI KANDUNGAN

APA ITU BBSM

BBSM merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia. Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

OBJEKTIF BBSM

Berikut merupakan objektif utama program BBSM 2022 iaitu:

  1. Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan
  2. Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku
  3. Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.

BACA JUGA: PERANTISISWA 2022 CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN PERANTI PERCUMA

CARA TEBUS BBSM

Cara penebusan Baucar Buku Semarak Membaca boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

  1. Tebus di Kedai Fizikal
  2. Tebus melalui EDagang
  3. Tebus melalui Dalam Talian

TEBUS DI KEDAI FIZIKAL

Baucar Buku Semarak Membaca boleh ditebus di 170 kedai buku yang terpilih dari seluruh pelusuk negara. Para pembaca boleh dapatkan diskaun RM10 secara terus di kedai-kedai buku ini secara berperingkat mengikut lokasi-lokasi tertentu. Senarai-senarai buku tersebut boleh didapati di sini.

TEBUS MELALUI EDAGANG

Sekiranya para pembaca tiada masa untuk ke kedai buku fizikal, Baucar Buku Semarak Membaca boleh juga ditebus di Shopee. Sebanyak 200 syarikat e-dagang ada menawarkan tebusan.

TEBUS MELALUI DALAM TALIAN

e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. sehingga tahun 2022, e-Sentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.

Para pengguna kini boleh mendapatkan bahan bacaan digital mereka dimana sahaja, pada bila- bila masa sejajar dengan era norma baharu. Anda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca e-Sentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore untuk mula membaca.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Buku Semarak Membaca 2022, para pengguna boleh klik di pautan ini: https://semarakmembaca.com/informasi/

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

perantisiswa 2022

PERANTISISWA 2022 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN PERANTI PERCUMA

bizman

BIZMAN 2022 : CARA MOHON DAN SEMAKAN BANTUAN INSENTIF UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU