PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE 2022 (DAFTAR espkr.rurallink.gov.my)
Sekiranya anda ingin membaik pulih atau membina rumah baru untuk diduduki dan memerlukan bantuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Bagaimana cara untuk membuat permohonan PPRT secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Baca juga : BANTUAN ORANG TUA (BOT) 2022 : CARA PERMOHONAN ONLINE ATAU SEMAKAN DAN SYARAT RM500 SEBULAN UNTUK WARGA EMAS
APA ITU PPRT
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
KEUTAMAAN BANTUAN PPRT
Permohonan ini diberikan keutamaan kepada:
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- Ibu/Bapa tunggalyang mempunyai tanggunggan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar
SYARAT PERMOHONAN RUMAH PPRT
Berikut adalah merupakan syarat permohonan PPRT yang perlu diikuti:
- Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem ekasih
- Diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (Pejabat Daerah)
- Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
- Memiliki tanah sendiri bagi permohonan bina baru. Sekiranya tapak milik orang lain /tanah milik kerajaan, kebenaran guna tanah secara bertulis perlu diperolehi daripada pemilih tanah.
- Kawasan luar bandar.
KATEGORI PERMOHONAN RUMAH PPRT
Terdapat 2 kategori bantuan dari PPRT disediakan iaitu:
BINA BARU
- Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
Berikut adalah syarat Permohonan Rumah PPRT Bina Baru :
- Tidak mempunyai rumah
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- Tidak ekonomik untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan
- Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan
BAIK PULIH
- Bagi pulih rumah melibatkan 3 element seperti berikut:
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikkan
- Requisition
- Syarat bantuan baik pulih rumah:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah
Sila join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan Malaysia di sini untuk info awal Bantuan : https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo
PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE 2022
Cara Permohonan Rumah PPRT Online 2022
Sekiranya anda memenuhi kelayakan diatas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
- Layari pautan system eSPKR: https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
- Pada paparan utama klik pada Program Perumahan Rakyat Termiskin
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
- Semak kembali sekiranya betul klik pada Hantar Permohonan
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), anda boleh merujuk:
- Talian Helpline: 03-8000 8000
- Emai: [email protected].
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:PIDN JPA 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA - SEMAKAN MALAYSIA