BUKA TABUNG HAJI ANAK ONLINE : CARA DAFTAR DAN KELUARKAN DUIT
Tabung Haji (TH) merupakan satu institusi simpanan dan pelaburan yang dijamin oleh pihak Kerajaan Malaysia. Para ibu bapa yang baru mempunyai anak sangat digalakkkan untuk membuka akaun untuk anak bagi simpanan masa hadapan mereka dan juga untuk permohonan menunaikan Haji.
Semakin cepat anda membuat akaun bersama TH semakin cepat tarikh giliran untuk anak anda dapat menunaikan Haji bersama dengan Tabung Haji. Oleh itu, anda disarankan segera membuka akaun TH anak anda dan terus mendaftar Haji untuk anak anda.
Kini, di era kesemuanya digital, anda sudah boleh buka akaun Tabung Haji anak anda hanya melalui online sahaja. Tidak perlu lagi ke cawangan atau pejabat semata-mata untuk membuka akaun untuk anak anda.
Untuk maklumat anda, Pendaftaran Akaun TH kanak-kanak ini boleh dilakukan sama ada melalui app THiJARI ataupun menerusi laman web THiJARI.
Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara buka akaun Tabung Haji anak online.
Baca juga : BKM SEMAKAN : PERMOHONAN ONLINE 2022
ISI KANDUNGAN
CARA DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI ANAK
Untuk makluman anda, untuk buka akaun Tabung Haji Anak online melalui THiJARI anda mestilah daftar terlebih dahulu. Sebelum anda daftar THiJARI anda dikehendaki kemaskini maklumat anda di Kaunter TH untuk membolehkan anda menggunakan THiJARI untuk tujuan buka akaun anak anda. Jika anda sudahpun berdaftar di THiJARI anda boleh terus ke panduan Buka Akaun Tabung Haji Anak Online di bawah ini.
(NOTA UNTUK YANG BELUM DAFTAR THiJARI) Sebelum anda daftar akaun TH untuk anak anda, anda dikehendaki mengemaskini maklumat anda, dan juga maklumat Nombor Telefon bimbit anda di cawangan TH terlebih dahulu. Dan barulah anda boleh lakukan pembukaan akaun TH untuk anak anda secara online di THiJARI.
Anda perlu mengemaskini semua maklumat anda (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Anda diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.
Cara Daftar THiJARI untuk anda (ibu bapa yang masih belum daftar) boleh ikuti panduan PDF berikut :
BUKA TABUNG HAJI ANAK ONLINE
PANDUAN LENGKAP CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ANAK ONLINE.
- Sila masuk ke Laman Web Rasmi Buka Akaun TH anak di sini : https://www.thijari.com.my/.
Panduan Buka TH Anak Online ini untuk ibu bapa yang sudah mempunyai akaun THiJARI. Jika belum daftar THiJARI rujuk panduan yang disediakan di atas ini. Jika sudah berdaftar, boleh teruskan Pembukaan Akaun TH anak di panduan ini.
- Masukkan ID Pengguna anda.
- Klik [Log Masuk].
- Klik [Ya] jika Gambar Keselamatan anda.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Laman Utama THiJARI.
- Tekan pada bahagian Tab Menu yang berada dipenjuru atas kiri anda.
- Kemudian, tekan [Pembukaan Akaun Kanak-Kanak].
- Anda akan dibawa ke Laman Pembukaan Akaun Kanak-Kanak.
- Pada laman ini, anda diminta lengkap Maklumat Anak anda yang diperlukan.
- Masukkan Nama Penuh Anak anda seperti di MyKid/MyKad.
- Masukkan Tarikh Lahir.
- Masukkan Nombor Surat Beranak Anak anda.
- Sila masukkan Nombor MyKid Anak anda.
- Tick Agama [Islam].
- Tick Warganegara [Warganegara Malaysia].
- Klik [Berikutnya].
- Seterusnya pada laman Maklumat Peribadi, sila Sahkan Maklumat Anak anda.
- Pilih Gelaran.
- Masukkan Nama Ibu anak anda.
- Masukkan Emel.
- Masukkan Alamat.
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit.
- Pilih Jantina.
- Pilih Cawangan Pilihan yang berdekatan dengan anda.
- Untuk MAKLUMAT PENJAGA (diperlukan untuk akaun dibawah jagaan sahaja).
- Seterusnya, sila scroll ke bawah lagi.
- Tick Terma & Syarat.
- Klik [Berikutnya].
- Sila Semak Maklumat yang diisi betul dan tepat.
- Untuk BAHAGIAN H : PENGISYTIHARAN FATCA DAN CRS, sila Tick “Tidak berkaitan dengan mana-mana perkara di atas”.
- Klik [Sah].
- Akhir sekali, Status Permohonan Buka Akaun Tabung Haji Anak Online anda akan dipaparkan.
- Permohonan Pembukaan Akaun Kanak-Kanak sedang diproses.
- Anda dikehendaki hadir ke Cawangan TH dalam tempoh tidak melebihih 30 Hari pengaktifan akaun TH anak anda bersama dokumen yang diperlukan.
Rujuk di bawah untuk Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa Untuk Aktifkan Akaun TH Anak anda.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN AKTIFKAN AKAUN TABUNG HAJI ANAK
Berikut adalah Senarai Dokumen yang perlu anda bawa untuk AKTIFKAN AKAUN TABUNG HAJI ANAK anda :
- MyKid/MyKad anak anda.
- Surat Beranak anak anda.
- Kad Pengenalan (Anda atau Penjaga).
- Simpanan permulaan, minimum RM2.00.
- Untuk daftar Haji untuk anak anda, boleh masukkan RM1301 terus semasa proses pengaktifan di Kaunter TH.
THiJARI LOGIN AKAUN ANAK
Kepada anda yang sudah buat pengaktifan akaun Tabung Haji anak di Kaunter TH, untuk THiJARI Login akaun anak anda di panduan di bawah ini.
- Sila masuk ke Laman Web/App THiJARI.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda.
- Tekan Log Masuk.
- Anda akan berada di Laman Utama THiJARI.
- Pergi ke Menu sebelah kiri atas anda.
- Tekan [Ringkasan Akaun].
- Anda boleh lihat Akaun TH anak anda akan dipaparkan di Akaun Kanak-Kanak.
- Anda boleh semak baki akaun TH anak anda di sini dan juga boleh lihat Sejarah Transaksi Duit keluar masuk di sini.
- Untuk keluarkan duit Tabung Haji anak anda boleh ikuti panduan di bawah ini.
- Selesai.
CARA KELUARKAN DUIT TH ANAK
Panduan Lengkap Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Anak Menggunakan Maybank2u.
- Pastikan anda mempunyai Maybank2u.
- Sila masuk ke Maybank2u.
- Masukkan Username dan Password anda.
- Tekan [LOGIN].
- Anda akan berada di Laman Utama Maybank2u anda.
- Tekan [APPLY].
- Tekan [SERVICES].
- Tekan [APPLY NOW] di Link Tabung Haji Account.
- Masukkan Nombor Tabung Haji Akaun Anak anda.
- Tick Terma dan Syarat.
- Tekan [CONFIRM].
- Semak Paparan Akaun TH anak anda jika betul tekan [REQUEST] TAC.