ASB ONLINE : CARA DAFTAR DAN LOGIN SERTA SEMAK BAKI KELUAR DUIT DIVIDEN
Sebelum ini semua urusan yang berkaitan dengan pendaftaran, login masuk, kemaskini, penambahan dan pengeluaran dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya boleh dilakukan di kaunter ASNB atau Pejabat Pos ataupun di bank. Kini, anda tidak lagi perlu ke kaunter atau cawangan tersebut kerana pihak ASNB telahpun melancarkan perkhidmatan secara atas talian iaitu online.
Tambahan pula, sekarang anda sudah boleh install aplikasi atau app yang dimiliki oleh pihak ASNB di telefon bimbit anda. Semua urusan yang disediakan menerusi app ini boleh dilakukan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Mudah kan? Jadi urusan anda akan lebih mudah dengan adanya app seperti ini.
Di bawah ini terdapat Panduan Lengkap Penggunaan ASB Online yang anda boleh rujuk.
ISI KANDUNGAN
ASB ONLINE
ASB Online dikenali sebagai myASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Untuk makluman anda, sebelum anda menggunakan myASNB anda mestilah ke kaunter atau cawangan agen ASNB untuk kemaskini nombor telefon anda. Anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit anda kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum anda boleh melengkapkan transaksi.
Ianya mudah dan selamat untuk membuat pelaburan. Cuma pilih [Transaksi] yang sesuai untuk anda. myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antaranya seperti yang dinyatakan di bawah.
Baca juga : BKM : PORTAL RASMI PENDAFTARAN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
SENARAI PERKHIDMATAN
Berikut adalah antara senarai perkhidmatan myASNB yang boleh dilakukan oleh pemegang unit.
- Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun tabung unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
- Rekod Transaksi – memaparkan butiran urus niaga berkaitan tabung unit amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal myASNB sepanjang 30 hari lalu.
- Pelaburan Tambahan –pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
- Jualan Balik – Jualan Balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
- Pelaburan Permulaan – membolehkan pemegang unit membuka akaun tabung unit amanah baharu secara atas talian.
- Penukaran – penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama.
- Muat Turun Penyata – muat turun penyata terkini berkaitan akaun tabung unit amanah anda sama ada Penyata Tahunan, Penyata Terperinci, Penyata Pegangan atau Penyata KWSP (jika ada).
- Permohonan Penyata – permohonan salinan penyata bagi tahun-tahun sebelumnya.
- Perancangan Perwarisan – Pra-pendaftaran Perancangan Perwarisan ASNB.
WAKTU OPERASI MYASNB
- Anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
- Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada :
- Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang.
- Penukaran: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang.
DOWNLOAD ASB ONLINE
Kepada pemegang unit, anda boleh muat turun/donwload aplikasi/app myASNB di pautan yang disediakan dibawah ini.
JENIS | LINK DOWNLOAD |
---|---|
ANDROID | https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile |
IOS | https://apps.apple.com/us/app/myasnb/id1456333347 |
HUAWEI | https://appgallery.huawei.com/#/app/C102464135 |
DAFTAR ASB ONLINE
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR ASB ONLINE.
- Buka app myANSB anda atau klik link rasmi ASB Online di sini :https://www.myasnb.com.my/.
- Klik [Daftar].
- Pilih Jenis ID [IC Baru/New IC Number].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan Nombor ID.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Selepas itu, pastikan anda sediakan perkara di bawah untuk mendaftar.
Perkara yang anda perlu sediakan untuk pendaftaran online ASB adalah Gambar MyKad anda, Maklumat Peribadi dan Maklumat Akaun Bank anda.
- Tick “Saya mengakui bahawa saya telah membaca,memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat”.
- Klik [Seterusnya].
- Anda akan di bawa ke Pengesahan Nombor Telefon. Kata Laluan Sekali Guna (OTP) telah di hantar ke Nombor Telefon anda.
- Sila masukkan Nombor OTP tersebut.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Maklumat Peribadi.
- Lengkapkan dan sila masukkan Maklumat Peribadi anda di bahagian ini berdasarkan Kad Pengenalan anda.
Pastikan Nama anda sama dengan Kad Pengenalan anda dan pastikan anda masukkan Maklumat Akaun anda dengan betul dan tepat.
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Pilih Jantina, Bangsa dan Agama.
- Masukkan Tarikh Lahir anda.
- Masukkan Alamat anda.
- Masukkan Emel anda.
- Sila pilih Nama Bank anda.
- Masukkan Nombor Akaun (Akaun Sendiri).
- Tick [YA] atau [TIDAK] Ingin menerima bahan pemasaran daripada ASNB.
- Tekan Teruskan.
- Tekan [Ya] atau [Tukar] untuk Pengesahan Akaun Bank.
- Anda akan di bawa ke Pengisytiharan Diri.
- Pilih Warganegara anda sama ada Malaysia atau Lain-lain.
- Pilih Ya atau Tidak Pemastautin Malaysia.
- Pilih Ya atau Tidak Dilahirkan di Malaysia.
- Pilih Ya atau Tidak Pemastautin Cukai Asing.
- Pilih Ya atau Tidak Pemastautin Cukai AS.
- Klik [Seterusnya].
- Anda akan di bawa ke Maklumat Pekerjaan.
- Sila pilih Kategori Profil dan Pekerjaan.
- Pilih Nama Pekerjaan dan Sektor Pekerjaan.
- Masukkan Nama Majikan anda.
- Pilih Pendapatan Bulanan anda (kecuali yang tidak bekerja).
- Tick bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap.
- Klik [Hantar].
- Anda akan di bawa ke Pengesahan Identiti.
- Ambil Gambar Bahagian Hadapan MyKad/Kad Pengenalan anda dan Upload.
- Ambil Gambar Bahagian Belakang MyKad/Kad Pengenalan anda dan Upload.
- Klik [Teruskan].
- Sila Rakam video swafoto anda.
Anda diperlukan untuk menggerakkan kepala dan bercakap dalam 2 video yang berbeza.
- Klik [Hantar Video].
- Seterusnya, anda di bawa ke Tetapkan Akaun anda.
- Sila masukkan Nama Pengguna.
- Cipta Frasa Keselamatan anda.
- Cipta Kata Laluan anda.
- Taip sekali lagi Kata Laluan anda di Sahkan Kata Laluan.
- Klik [Teruskan].
- Anda akan di bawa ke Keselamatan Akaun.
- Sila pilih 3 Soalan dan 3 Jawapan bagi Soalan anda tadi untuk tujuan keselamatan.
- Klik [Selesai].
- Tahniah! Pendaftaran akaun ASB Online anda berjaya!
- Sila Login myANSB untuk meneruskan.
- Login menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang anda cipta tadi.
- Anda boleh memulakan pelaburan ASB serendah RM10 SAHAJA.
- Untuk Login ASB Online boleh ikuti panduan di bawah.
VIDEO DAFTAR ASB ONLINE
Ini adalah video panduan yang anda boleh ikuti untuk pendaftaran ASB Online, myANSB.
ASB LOGIN
Pemegang Unit ASB boleh login ASB untuk melihat maklumat akaun dan lakukan urusniaga secara online di app myASNB. Apa yang perlu dilakukan oleh pemegang unit adalah buka app myASNB anda di telefon bimbit dan login ASB anda menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang anda buat semasa pendaftaran di atas.
Berikut adalah cara untuk anda lakukan ASB Login.
- Buka app myASNB anda.
- Klik [Log Masuk].
- Masukkan ID Pengguna anda.
- Klik [Seterusnya].
- Tekan Butang jika Frasa Keselamatan adalah kepunyaan anda.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Seterusnya].
- Sekarang anda sudah berjaya Login ke ASB Online anda.
- [LOGIN PERTAMA KALI] Selepas itu, sistem akan minta anda supaya menukar kata laluan yang baru.
- Sila kemaskini dan tukar Kata Laluan anda yang baru untuk tujuan keselamatan.
- Kemudian, anda boleh Login ASB semula menggunakan Kata Laluan yang baru tadi.
SEMAK ASB ONLINE
Kepada anda yang merupakan pemegang unit ASB, untuk semak dividen ASB 2021 anda boleh lakukan secara online sahaja di app myASNB. Jumlah dividen ASB 2021 anda akan dipaparkan di ASB Online ini dan untuk semak baki dan dividen ASB anda, anda hanya menggunakan ASB Online ini.
Apa yang anda perlu buat adalah Login myASNB anda menggunakan app ataupun menggunakan laman web ASB online dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda. Selepas anda sudah berjaya login, di paparan utama sila klik menu [Akaun Saya].
Di Akaun Saya anda akan dapat Semak Dividen atau Baki yang masuk ke akaun ASB anda. Anda boleh lihat transaksi urusniaga menerusi Sejarah Transaksi dan lihat jumlah Dividen ASB 2021 anda di sini.
DIVIDEN ASB 2021
Setiap hujung tahun, yakni pada bulan Disember sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pemegang unit atau pencarum yang mempunyai simpanan pelaburan dalam skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) menanti perkhabaran berita gembira dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengenai pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Bagi sesetengah pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) dividen dan bonus yang bakal diterima itulah yang akan digunakan bagi menampung lebihan kos perbelanjaan keperluan awal tahun terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah kerana permulaan sesi persekolahan awal tahun pasti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
Sekiranya menghadapi situasi mendesak seperti ini, gaji atau bonus hujung tahun yang diterima tidak seberapa memang tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan awal tahun, apatah lagi kalau ibu bapa yang mempunyai anak ramai. Masa inilah segala buku akaun yang ada seperti skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) menjadi penyelamat.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan pengagihan pendapatan (dividen) dan bonus berkadaran sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini (2021).
Kadar jumlah pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 diumumkan pada 23 Disember 2021.
Berikut adalah maklumat Jumlah Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kadar Dividen / Bonus yang bakal diterima oleh setiap pemegang unit bagi tahun 2021.
TAHUN | DIVIDEN ASB | BONUS ASB |
---|---|---|
2021 | 4.25% | 0.75% |
KELUAR ASB ONLINE
Apabila dividen ASB 2021 telah diumumkan, kebiasaannya pemegang unit akan melakukan transaksi pengeluaran dividen tersebut. Untuk makluman anda, pada tahun ini pihak ASNB telah membenarkan keluar ASB Online.
Anda boleh keluarkan duit ASB secara online menerusi app atau laman web myASNB. Had pengeluaran buat masa ini adalah sebanyak RM1000 bagi setiap bulan. Bermakna setiap bulan anda boleh keluarkan duit ASB anda paling banyak adalah RM1000.
Panduan untuk anda keluar ASB Online boleh rujuk di bawah ini.
- Masuk ke laman web ASB Online di sini : www.myasnb.com.my.
- Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English.
- Pilih BM iaitu Bahasa Melayu.
- Klik [Log Masuk] di bahagian kanan atas.
- Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna.
- Klik [Teruskan].
- Akan keluar satu frasa keselamatan. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik [Tidak].
- Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan.
- Klik menu [Portfolio].
- Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan.
- Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi.
- Klik butang [Transaksi].
- Pilih [Jualan Balik].
- Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan.
- Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
- Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan. Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
- Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik.
- Maklumat ini akan terpapar secara automatik.
- Sila masukkan jumlah duit ASB yang ingin dikeluarkan.
- Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat.
- Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Jika bersetuju, klik [Teruskan].
- Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan.
- Klik [Permintaan TAC].
- Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan.
- Klik [Seterusnya].
- Transaksi untuk keluarkan duit ASB online kini sudah berjaya.
- Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk biasanya dalam masa 24 jam hari bekerja.
- Selesai.
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:CARA KIRA DIVIDEN ASB ATAU LOAN 2021 - SEMAKAN MALAYSIA