in

BANTUAN BANJIR RM1000 : PERMOHONAN WANG IHSAN (BIW) 2021

bantuan banjir rm1000

BANTUAN BANJIR RM1000 : PERMOHONAN WANG IHSAN (BIW) 2021

Menerusi sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah memaklumkan pihak Kerajaan bersetuju memberi bantuan banjir.

Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain untuk mereka yang terjejas.

Dana ini akan digunakan untuk membantu mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri yang berkenaan.

Baca juga : BKM SEMAKAN : PERMOHONAN ONLINE 2022

ISI KANDUNGAN

BANTUAN BANJIR RM1000

Adalah dana Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah yang terjejas akan menerima sumbangan RM1000.

Sumber info penuh FB Datuk Seri Ismail Sabri : https://www.facebook.com/ismailsabri60/posts/473780990763229.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah Syarat Permohonan Bantuan Banjir RM1000 2021. Kepada anda yang terjejas boleh lihat syarat yang dikemukan dan jika anda layak anda boleh buat permohonan.

  • Bantuan Wang Ihsan RM1000 hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  • Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  • Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  • Kelayakan Bantuan Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

CARA MOHON

Untuk makluman pemohon, Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 hanya boleh dibuat secara MANUAL melalui Pejabat Daerah masing-masing. Tiada Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 secara online.

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Untuk makluman awal permohonan di buka dan di beri sila join Channel Telegram Info Kerajaan Malaysia di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia.

DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN RM1000 2021

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon :

  • Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  • Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  • Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

NOMBOR HOTLINE BANTUAN BANJIR RM1000

Kepada anda yang ingin membuat pertanyaan berkenaan Bantuan Wang Ihsan/Banjir (BWI) RM1000 ini, boleh hubungi Talian Bantuan Banjir RM1000 di bawah ini :

SELANGOR

nombor bantuan banjir rm1000 selangor nadma

PAHANG

nombor bantuan banjir rm1000 pahang nadma

Sumber Rujukan Info BIW RM1000 di sini : https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386.

Apakah Bantuan Banjir RM1000?

Sumbangan Kerajaan di mana setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.

Macam mana nak mohon?

Lihat dalam artikel.

2 Comments

Leave a Reply
  1. SYA SALAH SATU KELUARGA YG TERKESAN BANJIR TEMPOH HARI…DARI RANTAU PANJANG KELANTAN..BILA BANTUAN WANG IHSAN RM1000 INI AKAN DIAGIHKAN YE..

  2. Saya nak tanya bantuan banjir punya wang bila boleh dapat lagi saya cuma dapat rm 1,000.00 saja tapi kawan -kawan saya semua dapat rm 2,000.00 .pengawai yang bagi wang
    hari itu cakap rm3,500.00 akan masuk dalam akaun saya sampai sekarang pun tak terima
    saya nak tanya siapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara kira dividen asb

CARA KIRA DIVIDEN ASB ATAU LOAN 2021