in , , ,

CARA CEK SAMAN POLIS TRAFIK (PDRM) ATAU JPJ MELALUI ONLINE DAN SMS SERTA NO PLAT 2022

cara cek saman

CARA CEK SAMAN POLIS TRAFIK (PDRM) ATAU JPJ MELALUI ONLINE DAN SMS SERTA NO PLAT 2022.

Untuk makluman anda semua, pada zaman sekarang anda tidak perlu ke pejabat Polis ataupun JPJ semata-mata untuk cek saman. Semuanya boleh dilakukan secara online atau atas talian. Dan anda juga bleh semak saman anda menggunakan khidmat SMS sahaja. Tidak kira saman yang dikenakan sama ada saman Polis Trafik, JPJ dan juga AES. Mudahkan?

Jadi jangan bazirkan masa dan duit minyak anda. Terus membuat semakan dan check saman anda menggunakan perkhidmatan online yang telah disediakan oleh pihak Polis Traffik dan juga pihak JPJ.

Malahan, anda bukan sahaja boleh cek saman Polis Trafik dan JPJ, anda juga boleh terus buat pembayaran kompuan atau saman anda melalui online dan sms. Tambahan lagi, kebiasaannya pihak PDRM atau JPJ ada melancarkan promosi diskaun saman Trafik dan JPJ. Anda boleh segera buat bayaran saman anda dengan harga diskaun yang disediakan dengan membuat bayaran saman melalui online dan sms menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda cara cek saman online Polis Trafik dan JPJ serta AES serta cara semak saman melalui sms.

ISI KANDUNGAN

DISKAUN SAMAN

Berita gembira untuk anda yang memiliki saman tetapi masih belum dilunaskan. Bersempena dengan Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan DISKAUN SAMAN POLIS TRAFFIK DAN JPJ sehingga 80% pengurangan.

TARIKH DISKAUN SAMAN POLIS TRAFIK (PDRM)

Tarikh Diskaun Saman Polis Trafik (PDRM) 2021 bermula pada 9 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021.

TARIKH DISKAUN SAMAN JPJ ATAU AES

Tarikh Diskaun Saman JPJ atau AES 2021 bermula pada 9 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021.

CARA CEK SAMAN

Anda boleh cek atau semak saman anda berdasarkan panduan cara cek saman yang kami sediakan di bawah ini. Terdapat banyak cara semak saman antaranya adalah cek atau semak saman melalui online dan anda juga boleh guna cara check saman melalui sms. Dan yang terbaru jika melalui online dan sms mengalami gangguan atau jem anda boleh semak dan bayar saman melalui mesin atm Maybank. Anda boleh pilih salah satu cara yang disediakan di bawah yang memudahkan anda untuk membuat semakan saman.

CARA CEK SAMAN ONLINE

Di bawah ini terdapat 5 cara cek saman online Polis Trafik (PDRM) dan kompaun JPJ. Sila pilih salah satu yang anda selesa dan mudah untuk semak saman Polis Trafik atau kompaun JPJ anda.

POLIS TRAFIK (PDRM) GUNA APPS MYBAYAR SAMAN

PANDUAN LENGKAP CARA CEK SAMAN ONLINE POLIS TRAFIK (PDRM) GUNA APPS MYBAYAR SAMAN.

  1. Download atau Muat Turun Apps atau Aplikasi MYBAYAR SAMAN di bawah.

    Untuk pengguna IOS : https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016.
    Untuk pengguna ANDROID : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm.
    Untuk pengguna HUAWEI : https://appgallery.huawei.com/app/C104046205.

  2. Buka Apps MyBayar Saman di telefon anda.

  3. Untuk tukar Bahasa kepada Bahasa Malaysia, sila pergi ke bahagian atas sebelah kanan anda dan klik 3 titik tersebut. Kemudian pilih BM-Bahasa Malaysia.

  4. Bagi pengguna kali pertama anda dikehendaki membuat Pendaftaran Pengguna Baru terlebih dahulu.

  5. Klik [Daftar Pengguna Baru].

  6. Isi MAKLUMAT PERIBADI anda.

  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  8. Masukkan Nama Penuh anda (mengikut IC anda).

  9. Masukkan E-mel anda.

  10. Buat Pengesahan OTP dengan masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.

  11. Tick “SAYA BERSETUJU DENGAN TERMA & SYARAT”.

  12. Klik [Memohon Pengesahan OTP].

  13. Masukkan Nombor OTP yang dihantar di telefon bimbit anda di dalam ruangan yang disediakan.

  14. Klik [Seterusnya].

  15. OTP Berjaya Disahkan Klik [Ok].

  16. Seterusnya, isi Alamat Surat Menyurat anda.

  17. Cipta atau Reka Kata Laluan/Password anda.

  18. Masukkan sekali lagi Kata Laluan/Password yang anda cipta tadi.

  19. Klik [Mengesahkan].

  20. Anda akan menerima Notifikasi “Akaun Anda Telah Berjaya Didaftarkan”.

  21. ID Pengguna anda adalah Nombor Kad Pengenalan anda.

  22. Klik [OK].

  23. Kemudian, sila LOGIN/LOG MASUK MYBAYAR SAMAN untuk cek saman Polis Trafik (PDRM) anda.

  24. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan ID Pengguna.

  25. Masukkan Password/Kata Laluan anda.

  26. Klik [Log Masuk].

  27. Cara Cek atau Semak Saman sila tekan di Menu [Semakan/Bayaran Saman].

  28. Senarai Saman dan Jumlah Selepas Diskaun (jika ada) akan dipaparkan disini.

  29. Selesai anda telah berjaya cek/semak saman Polis Trafik melalui MYBAYAR SAMAN.

MYEG CHECK SAMAN

Ini merupakan Panduan MYEG CHECK SAMAN untuk semak atau cek saman Polis Trafik (PDRM) atau JPJ.

  1. Sila masuk ke Laman Web Rasmi Semak Saman MYEG di sini : https://www.myeg.com.my/.
  2. Di bahagian Popular Services, pilih PDRM Check Summons atau JPJ Check & Pay Roadtax.
  3. Di bawah ini merupakan contoh untuk cek atau semak saman Polis. Untuk JPJ sila tekan JPJ.
  4. Tekan [PDRM Check Summons].
  5. Anda akan dibawa ke Halaman Government Services Royal Malaysia Police.
  6. Tekan butang berwarna biru [Check Summons].
  7. Sila LOGIN AKAUN MYEG anda dan jika anda pengguna baru sila Register terlebih dahulu dengan tekan [Create Account]. Panduan Lengkap Register Akaun MYEG di sini : CARA NAK BUAT AKAUN MYEG : (DAFTAR/REGISTER/LOGIN).
  8. Jika anda sudah Register/Daftar akaun MYEG sila Login MYEG.
  9. Dan pilih sama ada anda ingin cek atau semak saman Polis Trafik atau JPJ.
  10. Selesai.

PORTAL RASMI SEMAKAN SAMAN JPJ & AES

Berikut adalah panduan bagaimana cara nak cek saman JPJ menggunakan Portal Rasmi Semakan Saman JPJ & AES.

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Semakan Saman JPJ & AES di sini : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman.
  2. Di Pilihan Carian, Sila Pilih NO.ID SAHAJA atau NO.ID DAN NO.KENDERAAN.
  3. Jika anda pilih NO.ID SAHAJA, sila pilih PENDUDUK TETAP MALAYSIA (PTM) jika anda memiliki Kad Pengenalan berwarna Biru.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.ID.
  5. Masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
  6. Tekan [Semak].
  7. Rekod dan Senarai saman anda akan dipaparkan. Jika anda tiada saman paparan akan menunjukkan tiada rekod.
  8. Anda telah berjaya semak atau cek saman JPJ anda.
  9. Anda boleh bayar saman JPJ secara online menggunakan MYSIKAP. Ikuti panduan cara bayar saman JPJ online di sini : SAMAN JPJ : CARA CEK ATAU SEMAK DAN BAYAR ONLINE GUNA MYSIKAP 2022.

MELALUI NO PLAT

Untuk makluman anda, untuk semak atau cek saman melalui No Plat bagi saman Polis Trafik (PDRM) disemak melalui SMS. Dan untuk cek saman melalui No Plat bagi saman JPJ dicek melalui Portal Rasmi Semakan Saman JPJ & AES.

JPJ

Ini adalah Panduan Cara Cek Saman JPJ melalui No Plate.

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Semakan Saman JPJ & AES di sini : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman.
  2. Di Pilihan Carian, Sila Pilih NO.ID DAN NO.KENDERAAN untuk cek saman melalui No Plate.
  3. Sila pilih PENDUDUK TETAP MALAYSIA (PTM) jika anda memiliki Kad Pengenalan berwarna Biru.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.ID.
  5. Masukkan No Plat Kenderaan anda di ruangan Vehicle Registration No.
  6. Masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
  7. Tekan [Semak].
  8. Rekod dan Senarai saman anda akan dipaparkan. Jika anda tiada saman paparan akan menunjukkan tiada rekod.
  9. Anda telah berjaya semak atau cek saman JPJ melalui no plate anda.

ataupun anda boleh semak saman JPJ melalui no plate seperti di bawah ini :

  1. Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Plat Kenderaan.
  2. Hantar ke 15888.
  3. Contoh Cek atau Semak Saman JPJ Melalui No Plat : JPJ SAMAN KET1990.
  4. Selesai.

POLIS TRAFIK (PDRM)

Ini adalah Panduan Cara Cek Saman Polis Trafik (PDRM) melalui No Plat.

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Plat Kenderaan.
  2. Hantar ke 15888 atau 32728.
  3. Contoh Cek atau Semak Saman Polis Trafik Melalui No Plat : POLIS SAMAN KET1990.
  4. Selesai.

CARA CEK SAMAN SMS

Anda boleh juga semak atau cek saman melalui sms. Di bawah ini merupakan panduan cara cek saman sms Polis Trafik (PDRM) dan JPJ.

POLIS TRAFIK (PDRM)

Kepada anda yang ingin semak atau cek saman Polis Trafik (PDRM) melalui SMS, sila ikuti panduan di bawah ini.

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan.
  2. Hantar ke 15888 atau 32728.
  3. Contoh Cek atau Semak Saman Polis Trafik Melalui SMS : POLIS SAMAN 900725031111 atau POLIS SAMAN KET1990.
  4. Selesai.

JPJ

Kepada anda yang ingin semak atau cek saman JPJ melalui SMS, sila ikuti toturial berikut :

  1. Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan.
  2. Hantar ke 15888.
  3. Contoh Cek atau Semak Saman JPJ Melalui SMS : JPJ SAMAN 900725031111 atau JPJ SAMAN KET1990.
  4. Selesai.

CARA BAYAR SAMAN

Terdapat banyak cara untuk membuat bayaran saman Polis Trafik (PDRM) dan JPJ. Antaranya adalah melalui online atau melalui sms dan juga melalui ATM Maybank dan Maybank2u. Di bawah ini terdapat beberapa cara untuk bayar saman. Pilih kaedah bayaran saman yang memudahkan anda.

ATM MAYBANK

Jika anda alami kesusahan untuk bayar saman melalui online akibat daripada server down dan juga malas untuk beratur panjang di IPD. Anda boleh membuat bayaran saman Polis Trafik di ATM Maybank. Ini adalah Panduan Cara Bayar Saman Polis Trafik di ATM Maybank : CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *