in

PENGURANGAN PINJAMAN MARA : CARA PERMOHONAN DISKAUN BAYARAN BALIK

pengurangan pinjaman mara

PENGURANGAN PINJAMAN MARA : CARA PERMOHONAN DISKAUN BAYARAN BALIK

Permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran melalui sistem eConversion telah disediakan oleh MARA sebagai kemudahan khas untuk semua peminjam dana pelajaran MARA. Para peminjam dipelawa membuat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran ini sekiranya anda layak.

MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.

Baca juga : https://semakanmalaysia.com/psu-perkeso

ISI KANDUNGAN

PERMOHONAN PENGURANGAN PINJAMAN MARA

Peminjam boleh memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA melalui sistem eBaki.

Berikut merupakan makluman mengenai permohonan pengurangan pinjaman MARA :

  • Melalui sistem eBaki juga anda boleh terus ke pautan sistem eConversion yang berperanan sebagai sistem permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA.
  • Pemohon hanya layak membuat satu permohonan sahaja dan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA. Selain itu, pemohon perlu membayar komitmen sebanyak RM300 semasa membuat permohonan.
  • Pemohon hanya perlu menggunakan akses eBaki iaitu ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk log masuk sistem eConversion dan membuat permohonan pengurangan baki pinjaman MARA.
  • Hanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.
  • Pastikan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.
  • Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.
  • Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA boleh dibuat melalui pengeluaran caruman KWSP – sila layari web rasmi KWSP.
  • Pengguna Permohonan pengurangan pinjaman pelajaran disarankan menggunakan pelayaran Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.

SYARAT PERMOHONAN PENGURANGAN PINJAMAN MARA

  1. Pelajar tamat/lulus belajar :
    • di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA.
    • mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.
  2. Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
  3. Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang bantuan/pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lain.
  4. Tiada tunggakan di akaun Pinjaman Pelajaran MARA.

MAKLUMAN

  1. Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan).
  2. Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum pengurangan kadar bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA diluluskan, tidak akan dikembalikan. Pembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.
  4. Kegagalan memohon seperti dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran/Perjanjian, tuan/puan dikehendaki membayar balik 100% pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak MARA.
  5. Kelulusan rasmi permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA boleh disemak melalui sistem e-baki di https://apps.mara.gov.my/ebakiv2
  6. Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh permohonan diterima/didaftarkan. Tempoh masa proses kelulusan ini juga bergantung kepada situasi dan arahan semasa kerajaan seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan semasa yang lain. Sila hubungi Unit Conversion di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

DOKUMEN PERMOHONAN

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengurangan pinjaman MARA adalah seperti berikut :

  1. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd (disahkan benar).
  2. Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).
  3. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.
  4. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

CARA MEMOHON PENGURANGAN PINJAMAN MARA

Berikut merupakan cara membuat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran melalui sistem eConversion :

  1. Layari eBAKI MARA
  2. Daftar sebagai pengguna baru jika anda belum mendaftar untuk mendapatkan ID pengguna dan juga kata laluan.
  3. ID pengguna dan kata laluan yang sama akan digunakan untuk membuat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran melalui sistem eConversion.
  4. Klik pada pautan permohonan conversion online.
  5. Klik pada pautan log masuk pada penjuru atas kanan.
  6. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan eBAKI MARA.
  7. Lengkapkan butiran pelajaran anda seperti diperlukan.
  8. Jika pengguna klik pada status ‘bekerja’ pengguna perlu melengkapkan butiran pekerjaan seperti diperlukan.
  9. Pengguna perlu melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan memuat naik semua dokumen yang diperlukan.
  10. Akhir sekali bagi melengkapkan proses permohonan pemohon perlu memuatnaik resit bayaran bagi bayaran komitmen conversion dengan menekan butang ‘upload’.
  11. Selesai.
  12. Permohonan yang telah diterima untuk diproses akan dipaparkan status seperti contoh di bawah. Permohonan tersebut boleh dicetak untuk rujukan pengguna.
  13. Untuk panduan pengguna terperinci klik di SINI.

SEMAKAN EBAKI MARA

  1. Layari portal rasmi eBaki MARA.
  2. Klik pada pautan “Pengguna Baru”.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Setelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal eBaki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada [email protected]

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

psu perkeso

PSU PERKESO 5.0 2022 : CARA DAFTAR/PERMOHONAN DAN SEMAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH