in ,

PENGELUARAN ASB : CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE/BANK/PEJABAT POS/CAWANGAN ASB

pengeluaran asb

PENGELUARAN ASB 2022 : CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE/BANK/PEJABAT POS/CAWANGAN ASB

Pandemik Covid 19 telah memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia terutama sekali dari segi kewangan disebabkan oleh majoriti sektor ekonomi dan sebagainya terpaksa ditutup untuk sementara waktu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Kesannya. banyak urusan yang penting tergendala untuk beberapa tempoh.

Disebabkan itu, ramai pihak telah sedar dan mula memberi perhatian kepada kepentingan pembangunan sistem online yang memberi banyak manfaat termasuk memudahkan urusan orang ramai, menjimatkan masa dan kos.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah mengemaskini sistem myasnb login dengan tujuan untuk memudahkan urusan orang ramai dengan berurusan melalui sistem online. Salah satu fungsi yang dapat dilakukan ialah kemudahan pengeluaran ASNB secara online.

BACA JUGA : BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BAKM) : PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS ONLINE

ISI KANDUNGAN

CARA PENGELUARAN ASB SECARA ONLINE (PORTAL myasnb.com.my)

Di bawah ini merupakan panduan untuk mengeluarkan duit ASB secara online:

  1. Sila log in ke laman portal rasmi myASNB
  2. Kemudian, klik ‘Portfolio’ dan klik pada ‘Transaksi’ yang dikehendaki.
  3. Pilih ‘Jualan Balik’.
  4. Pastikan maklumat bank anda betul dan klik ‘Seterusnya’.
  5. Baca tanda kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
  6. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
  7. Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik ‘Teruskan’.
  8. Klik ‘Permintaan TAC’, isikan dan klik ‘Seterusnya’.
  9. Tranksasi anda berjaya.

CARA PENGELUARAN ASB MELALUI BANK

Bank-bank yang dapat dikunjungi untuk tujuan ini ialah :

  • Hong Leong,
  • Alliance Bank,
  • Maybank,
  • AmBank,
  • Bank Muamalat,
  • Bank Islam,
  • Affin Bank,
  • RHB,
  • Ambank,
  • CIMB,
  • BSN

Di bawah ini merupakan panduan untuk mengeluarkan duit ASB melalui bank:

  1. Pergi ke mana-mana kaunter bank yang merupakan agen ASB.
  2. Maklumkan kepada pengawai bertugas bahawa anda ingin keluarkan duit simpanan Amanah Saham Bumiputera.
  3. Anda akan akan diberikan borang jualan balik unit ASB anda. Isikan maklumat yang diperlukan selengkapnya.
  4. Nombor giliran akan diberikan kepada anda.
  5. Sila serahkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri anda.
  6. Akhir sekali, proses pengeluaran duit diteruskan.
  7. Urusan selesai.

CARA KELUARKAN ASB MELALUI PEJABAT POS

Di bawah ini merupakan panduan untuk mengeluarkan duit ASB melalui pejabat pos:

  1. Pergi ke pejabat pos yang berhampiran.
  2. Anda perlu bawa kad pengenalan diri (IC).
  3. Kemudian terus ke kaunter pertanyaan dan maklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASB.
  4. Anda akan diberi BORANG JUALAN BALIK (sila lengkapkan maklumat ASB anda dan amaun diperlukan).
  5. Sila tunggu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari.
  6. Akhir sekali, duit ASB anda akan diberikan secara tunai.

CARA KELUARKAN ASB MELALUI CAWANGAN ASB

Di bawah ini merupakan panduan untuk mengeluarkan duit ASB melalui cawangan ASB berdekatan:

  1. Pergi ke cawangan ASB yang berdekatan dengan anda dan bawa kad pengenalan diri.
  2. Lengkapkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  3. Serahkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  4. Borang anda disemak dan pengeluaran dibuat.
  5. Urusan anda selesai

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang di www.asnb.com.my atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 (waktu bekerja).

Bilakah dan bagaimana wang hasil jualan balik unit amanah ASNB saya akan terima?

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya. Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Berapakah had pengeluaran yang dibenarkan bagi jualan balik dalam talian?

Had minimum jualan balik ialah RM100 manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,000 dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan automotif keluarga malaysia

BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BAKM) : PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS ONLINE

dividen kwsp

DIVIDEN KWSP 2022 : CARA SEMAK ATAU KIRA DAN TARIKH BAYARAN