CARA NAK BUAT AKAUN MYEG : (DAFTAR/REGISTER/LOGIN)
Untuk anda yang sedang mencari cara nak buat akaun MYEG atau pun cara daftar akaun MYEG, di bawah ini kami sediakan Panduan Lengkap kepada anda. Sepertimana yang anda tahu, kegunaan MYEG sekarang semakin meluas dan sangat mesra pelanggan. Melalui penggunaan MYEG urusan berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan dapat anda lakukan secara online tidak lagi perlu bersesak di kaunter.
Di bawah ini kami sediakan kepada anda maklumat berkaitan MYEG dan juga Panduan Lengkap Cara Nak Buat Akaun MYEG.
Baca juga : SAMAN JPJ : CARA CEK ATAU SEMAK DAN BAYAR ONLINE GUNA MYSIKAP 2022
ISI KANDUNGAN
APA ITU MYEG?
MYEG adalah pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) Aplikasi Elektronik Kerajaan (E-Kerajaan) Malaysia. MYEG membina, menjalankan, dan memiliki saluran electronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.
Inisiatif E-Kerajaan merupakan satu program yang memberi tumpuan dalam penambahbaikan dari segi cara kerajaan beroperasi secara dalaman, dan bagaimana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Secara keseluruhannya, inisiatif E-Kerajaan memudahkan orang awam mendapatkan maklumat dan menjalankan urusniaga dengan pelbagai khidmat pembekal dengan lebih mudah dengan masa yang lebih terurus melalui aplikasi Khidmat Elektronik (E-Perkhidmatan).
Pembekal Perkhidmatan utama yang menggunakan perkhidmatan dan penyelesaian Kerajaan Elektronik adalah adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TMB).
MYEG ESERVICE
Di bawah ini terdapat beberapa Senarai Perkhidmatan atau Senarai MYEG eService yang disediakan. Antaranya adalah seperti berikut :
- JPJ – Memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, semak & bayar saman, auto insurans, Permohonan LDL, maklumat Kejara.
- PDRM – Semak saman & bayar.
- Imigresen – Pembaharuan permit pekerja asing & pembantu rumah.
- DBKL – Semak & bayar kesalahan kompaun, cukai taksiran.
- Jabatan Insolvensi.
- JPN – Gantian kad pengenalan. (Cip / kad rosak), gantian biasa, gantian kad hilang.
- Zakat.
CARA NAK BUAT AKAUN MYEG
PANDUAN LENGKAP CARA NAK BUAT AKAUN MYEG.
- Sila masuk ke Laman Web Rasmi MYEG di sini : https://www.myeg.com.my/.
- Klik [Create an account] untuk daftar akaun MYEG buat pertama kali.
- Anda dibawa ke Halaman eServices Account. Sila isi maklumat dan butiran dengan lengkap dibahagian ini.
- Tick [Individual] untuk Account Type.
- Reka atau Cipta Username anda.
- Reka atau Cipta Password anda.
- Masukkan Email anda.
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Tick Gender/Jantina anda.
- Tick Nationality anda.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Pilih Malaysia.
- Masukkan Alamat anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Pilih Status Perkahwinan anda.
- Tick [reCAPTCHA].
- Klik [Create Account].
- Sila masukkan Activation Code yang dihantar ke Emel anda.
- Pendaftaran dan Aktifkan akaun MYEG anda telah berjaya.
- Anda boleh Login Masuk ke MYEG untuk meneruskan urusan anda.
LUPA AKAUN MYEG
Jika anda lupa akaun MYEG atau lupa password MYEG untuk Login masuk ke MYEG, sila ikuti panduan cara dapatkan password jika lupa akaun MYEG di bawah ini.
- Sila masuk ke Link/Pautan Reset Password Lupa Akaun MYEG di sini : https://www.myeg.com.my/auth/forgot-password/password.
- Sila masukkan Username MYEG (jika ingat) atau Emel yang berdaftar dengan MYEG sebelum ini di ruangan eServices username/1MID email.
- Seterusnya, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik [Reset Password].
- Anda akan menerima Emel daripada MYEG dan diminta untuk tekan Link di dalam Emel tersebut.
- Klik [Link dalam Emel MYEG].
- Set Semula Password Baru anda dan Submit.
- Password dan akaun MYEG anda berjaya di aktifkan kembali.
- Sila Login masuk ke MYEG menggunakan Password baru anda.
- Panduan lengkap login MYEG boleh rujuk dibawah ini.
LOGIN MYEG
Kepada pengguna pertama kali MYEG ini adalah cara bagaimana untuk anda login MYEG. Cara Login MYEG adalah seperti berikut :
- Sila masuk ke Link Rasmi Login MYEG di sini : https://www.myeg.com.my/auth/login.
- Masukkan Username MYEG anda semasa pendaftaran.
- Masukkan Password MYEG anda semasa pendaftaran.
- Klik [Login].
- Login MYEG anda sudah berjaya.
- Anda boleh meneruskan urusan yang anda ingin jalankan di Halaman Utama MYEG.
SOALAN LAZIM (FAQ) AKAUN MYEG
Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran akaun MYEG menerusi website/laman web. Untuk panduan lengkap cara daftar akaun MYEG boleh masuk ke artikel ini.
MYEG eService menyediakan pelbagai perkhidmatan secara online. Antaranya adalah semak dan bayar saman JPJ dan Polis Trafik PDRM online, renew roadtax dan insuran kereta dan motosikal online dan banyak lagi.
Tuan/Puan yang ingin login MYEG boleh lakukan melalui laman web/website MYEG. Dapatkan cara LOGIN MYEG pengguna pertama kali di dalam artikel ini.
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:CARA CEK SAMAN POLIS TRAFIK (PDRM) ATAU JPJ MELALUI ONLINE DAN SMS SERTA NO PLAT 2022 - SEMAKAN MALAYSIA