in ,

PERIBADI-I BANK RAKYAT 2022: CARA MOHON PEMBIAYAAN PERIBADI-I SEKTOR AWAM

peribadi-i bank rakyat

PERIBADI-I BANK RAKYAT 2022: CARA MOHON PEMBIAYAAN PERIBADI-I SEKTOR AWAM

Berita baik buat mereka yang ada keperluan untuk menggunakan wang, anda boleh membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat 2022.

ISI KANDUNGAN

APA ITU PERIBADI-I BANK RAKYAT?

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-I Sektor Awam merupakan pelan pembiayaan peribadi Islamik daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, atau lebih popular dengan nama Bank Rakyat. Pelan pembiayaan ini disasarkan khusus kepada penjawat awam, sama ada kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ataupun anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tambahan pula, pinjaman ini juga dikenali sebagai Bank Rakyat Personal Financing-i Public dan merupakan pinjaman tidak bercagar. Oleh itu, pemohon tidak perlu mengemukakan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon pinjaman ini.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM5,000 hingga mencecah RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu bermula dari serendah 4.54% p.a.

Salah satu faktor pinjaman peribadi Bank Rakyat ini sangat popular dalam kalangan penjawat awam adalah kerana syarat kelayakan untuk memohon tidak membebankan.

Selain itu, Pinjaman Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-I Sektor Awam juga membenarkan peminjam buat penyatuan hutang atau debt consolidation. Ciri ini sangat membantu di mana peminjam dapat menghimpunkan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru. Dengan kelebihan caj kadar keuntungan yang rendah, pelan pembiayaan Bank Rakyat ini sangat sesuai untuk situasi sebegini.

LIHAT JUGA: PESP 2022 CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BIASISWA PETRONAS

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat yang boleh melayakkan pemohon mendapatkan Pinjaman Peribadi-I Bank Rakyat iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  3. Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  4. Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  5. Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

CIRI-CIRI PERIBADI-I BANK RAKYAT

Antara ciri Pinjaman Peribadi-I Bank Rakyat adalah seperti yang tertera di bawah:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Bagi mereka yang layak dan ingin membuat permohonan yang baru, berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disediakan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  2. Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  3. Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  4. Surat pengesahan majikan atau Borang EA

Manakala bagi permohonan berulang pula, senarai dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  2. Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir

CARA MOHON PERIBADI-I BANK RAKYAT

Para pemohon boleh membuat permohonan Pinjaman Peribadi-I Bank Rakyat dengan berpandukan panduan berikut:

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat
  2. Tekan butang Mohon Sekarang
  3. Masukkan maklumat yang diminta seperti:
    • Salutation
    • Nama
    • Nombor Telefon
    • E-mel
    • Pilih samada Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat atau tidak
    • Pilih samada anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran
    • Tandakan Saya tekah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat
  4. Pilih produk pilihan yang diingini
  5. Tanda I’m not a robot
  6. Tekan butang Hantar, dan anda akan dihubungi oleh pegawai bank.

KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERIBADI-I

Kelayakan pembiayaan sehingga RM200,000 jika bayaran ansuran adalah seperti berikut:

  • Pindahan gaji ke Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk bayar ansuran menggunakan online banking atau bayaran secara elektronik, jumlah yang dibenarkan adalah gandaan gaji atau RM200,00 (ikut yang mana satu terendah).

Pendapatan RM1,000 – RM5,000 : Jika anda bergaji RM1,000 – RM5,000, anda layak 5 kali gandaan gaji kasar sebulan. Contohnya, jika gaji anda RM5,000, anda layak membuat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM25,000

Pendapatan RM5,001 – RM10,000 : Jika anda bergaji RM5,001 – RM10,000, anda layak 8 kali gandaan gaji kasar sebulan. Ini bermakna, jika gaji anda RM10,000, anda layak membuat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM80,000

Pendapatan melebihi RM10,000 : Jika anda bergaji melebihi RM15,000, anda layak 10 kali gandaan gaji kasar sebulan. Ini bermakna, jika gaji anda RM15,000, anda layak membuat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM150,000.

Pendapatan maksimum RM20,000 : Anda layak membuat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200,000.

SOALAN LAZIM

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam:

  1. Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?

    Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

  2. Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam?

    Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) baik.

  3. Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?

    Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

MAKLUMAT LANJUT

Jika ada sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pesp

PESP 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BIASISWA PETRONAS