CARA ISI E FILING 2022 : PANDUAN LENGKAP CLAIM INCOME TAX BORANG BE
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan, kepada semua pembayar cukai Tahunan Taksiran 2021 boleh mula mengisi E Filing.
Pembayar Cukai Taksiran Tahunan 2021 boleh mula mengisi E Filing LHDN bermula pada (akan dikemaskini 2022). E Filing ini boleh di isi melalui Laman Web Rasmi LHDN iaitu di Portal ezHAZIL. Untuk makluman anda juga, pastikan anda selesaikan urusan E Filing Income Tax ini dalam masa yang telah ditetapkan.
Sebarang kelewatan atau tidak melakukan E Filing ini akan menyebabkan anda sebagai pembayar cukai akan dikenakan penalti jika terdapat cukai yang dibayar tidak mencukupi jumlah yang sepatutnya dibayar oleh anda.
Pihak kami berharap anda sebagai pembayar cukai dapat melaksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia untuk kemajuan Negara ini. Di sini, pihak kami sediakan kepada anda Panduan Lengkap Cara Isi E Filing 2022. Dapatkan Panduan Lengkap di bawah ini.
ISI KANDUNGAN
KENAPA PERLU ISI E FILING LHDN?
Untuk pengetahuan anda, jika pendapatan anda selama Satu (1) Tahun telah layak untuk dikenakan cukai pendapatan, anda wajib declare kepada pihak LHDN. Dan anda dikehendaki membayar income tax tersebut sama ada setiap bulan ataupun secara tahunan.
Kebiasaannya income tax yang dikenakan belum lagi dibuat sebarang pelepasan cukai. Oleh sebab itu, anda mestilah membuat E Filing LHDN untuk pastikan cukai yang anda bayar sudah mencukupi ataupun anda dapat tuntut balik lebihan cukai yang dibayar menerusi E Filing ini.
Sekali lagi kami tegaskan kepada anda supaya anda declare pendapatan anda jika anda rasa pendapatan anda memang patut dikenakan cukai pendapatan. Hal ini kerana, jika anda sebelum ini tidak pernah membuat declaration tentang cukai pendapatan tetapi anda sememangnya layak dikenakan cukai.
Jika ditangkap anda akan dikenakan penalti yang mungkin berganda-ganda lagi dari jumlah yang sepatutnya anda bayar. Oleh itu, kami nasihat kepada anda anggap ini sebagai salah satu sumbangan anda kepada Negara Malaysia.
CARA ISI E FILING
Kepada yang pertama kali membuat E Filing LHDN 2022 ini, kami nasihatkan anda supaya ke cawangan LHDN yang berdekatan terlebih dahulu bagi untuk pastikan anda mendapatkan Nombor Cukai anda, Nombor PIN untuk Pendaftaran Kali Pertama E Filing dan untuk Login Kali Pertama ke E Filing.
Jika anda sudah pun mempunyai Nombor PIN E Filing dan telah pun Login Kali Pertama baru lah anda boleh ikuti Panduan yang disediakan di bawah. Kepada anda yang sebelum ini yang sudah biasa boleh terus ke panduan di bawah untuk selesaikan pengisian borang E Filing anda.
PANDUAN LENGKAP CARA ISI E FILING 2022 CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2021.
- Klik Laman Web Rasmi E Filing LHDN di sini : https://ez.hasil.gov.my/CI/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan [Hantar].
- Anda akan dipaparkan Frasa Keselamatan. Jika betul masukkan Kata Laluan/Password anda.
- Tekan [Teruskan].
- Anda akan dipaparkan skrin Perkhidmatan apabila telah berjaya log masuk sistem ezHASiL.
- Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah.
- Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.
- Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu :a. Maklumat Individu
b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan
Yang Belum Dilaporkan.
c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
d. Rumusan - Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang seterusnya.
a. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
a. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris - Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.
- Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan pada simbol (i).
- Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.
- Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu :
a. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk .PDF
b. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang
c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya - Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.
- Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
- Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di atas akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :
a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Untuk menyimpan dan mencetak slip
pengesahan penerimaan borang.
b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang - Selesai. Untuk Panduan Pengguna Kali Pertama E Filing Rujuk Di Bawah.
Ini adalah Panduan Pengguna Kali Pertama yang ingin isi E Filing LHDN 2022.