in

PESP 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BIASISWA PETRONAS

pesp

PESP 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BIASISWA PETRONAS

Sukacita dimaklumkan kepada semua calon lepasan SPM tahun 2021, permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022.

ISI KANDUNGAN

BIDANG TAJAAN PESP

Permohonan PESP sekali lagi terbuka untuk rakyat Malaysia yang cemerlang pengajian sarjana dalam bidang berkaitan minyak dan gas.

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah memberikan tajaan kepada lebih daripada 37,000 pelajar yang layak dan berani mendorong batas secara akademik, serta memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan. Ini adalah cara PETRONAS membentuk bakat yang berpotensi dan dapat menyumbang kembali kepada syarikat dan negara.

Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.

Berikut merupakan antara bidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS termasuklah:

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
  • GeoSains
  • Kimia Gunaan
  • Biokimia
  • Sains Persekitaran
  • Sains Aktuari
  • Sains Komputer
  • Statistik
  • Matematik
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Psikologi
  • Sosiologi
  • Pengurusan Perniagaan

BACA JUGA: PPR 2022 CARA MOHON DAN DAFTAR PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

SYARAT KELAYAKAN PESP

Program ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

Syarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci boleh disemak melalui pautan ini.

CARA MOHON

  1. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web rasmi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS

  2. Daftarkan diri dengan menekan butang REGISTER dan mengisi maklumat peribadi serta maklumat akademik berdasarkan syarat kelayakan.

  3. Pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar borang permohonan online.

Jika anda telah menghantar permohonan dan ingin membuat perubahan kerana terdapat kesilapan, sila hubungi hotline PETRONAS di talian 03 –2331 2277/ 03 – 2331 2299/ 03 – 2331 3311, 9 pagi – 5 petang (Isnin hingga Jumaat) / 9 pagi – 2 petang (Sabtu dan Ahad) dengan menyertakan bersama nombor IC, username, e-mel untuk tujuan pengesahan.

Pemohon juga boleh membuat perubahan maklumat melalui e-mel educationsponsorship.petronas.com.my

SEMAKAN STATUS

Calon / pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh PETRONAS melalui e-mel, SMS dan sistem PESP di pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS

Permohonan secara online akan dibuka dari 16 Jun 2022 (10 pagi) hingga 22 Jun 2022 (5 petang).

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan sila emaillkan kepada laman web rasmi ini atau hubungi di talian 03 – 2331 2277, 03 – 2331 2299, dan 03 – 2331 3311.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ppr

PPR 2022: CARA MOHON DAN DAFTAR PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

peribadi-i bank rakyat

PERIBADI-I BANK RAKYAT 2022: CARA MOHON PEMBIAYAAN PERIBADI-I SEKTOR AWAM