PELAN HPP RAPIDKL 2022: CARA MOHON PELAN PERLINDUNGAN HOSPITAL PERCUMA
Berita baik buat pengguna Rapid KL, Rapid KL telah melancarkan melancarkan kempen ‘Selesa dan Selamat Bersama Rapid KL’ atau 2S sebagai satu lagi inisiatif besarnya untuk memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam; yang akan diteraju oleh program Duta Rel dan penawaran Pelan Perlindungan Hospital atau ‘Hospital Protection Plan’ (HPP) percuma selama tiga bulan dalam satu kolaborasi dengan syarikat insurans antarabangsa American International Group Malaysia Insurance Berhad (AIG).
Kempen 2S adalah selari dengan aspirasi Rapid KL untuk menarik lebih ramai warga kota untuk menggunakan pengangkutan awam; sekali gus menjadi pemacu mobiliti lestari di kalangan rakyat Malaysia.
Pelancaran insentif ini juga mengiringi pembukaan Fasa I MRT MRT Laluan Putrajaya yang akan mula beroperasi pada 16 Jun 2022. Dianggarkan sekitar 50,000 penumpang bakal menikmati manfaat yang ditawarkan ini.
ISI KANDUNGAN
FAEDAH PELAN HPP RAPIDKL
Penerima pelan perlindungan hospital Rapid KL ini bakal menikmati faedah seperti berikut :
- Elaun tunai RM 50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu
- Elaun tunai harian ini akan diberikan sehingga 14 hari pesakit dimasukkan ke hospital
- Penerima HPP akan nikmati pelan perlindungan hospital percuma selama 3 bulan.
LIHAT JUGA: SJKP 2022 CARA MOHON PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI DENGAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN
CARA MOHON PELAN HPP RAPIDKL
Rapid KL menyeru orang ramai untuk bersama-sama menjayakan aspirasi Kerajaan dan menggalakkan lagi penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam di samping menggunakan aplikasi PULSE untuk kemudahan dan pelbagai manfaat lain termasuk perlindungan percuma HPP Rapid KL.
Maklumat lanjut mengenai aplikasi PULSE boleh dirujuk di https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/
Permohonan pelan HPP Rapid KL ini boleh dilbuat mulai 16 Jun 2022 menerusi aplikasi PULSE.
DUTA REL RAPIDKL
Pengguna yang menghadapi masalah untuk gunakan aplikasi PULSE boleh dapatkan bantuan daripada Duta Rel Rapid KL atau Rail Ambassador yang telah dilantik. Anda boleh kenalpasti petugas khas ini dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.
Duta Rapid KL akan berada di 19 buah stesen. iaitu:
- Masjid Jamek
- IOI Puchong Jaya
- Bandar Tasik Selatan
- Bandaraya
- Maluri (untuk Laluan Ampang)
- Stesen KL Sentral
- Pasar Seni
- Wangsa Maju
- KLCC
- Subang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)
- Bukit Bintang
- Imbi
- KL Sentral
- Hang Tuah (untuk Laluan Monorel)
- Bukit Bintang
- Maluri
- Pasar Seni
- Muzium
- Cochrane
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau maklumat lanjut mengenai Pelan HPP Rapid KL, pengguna boleh layari laman portal rasmi Rapid KL di sini .
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:EPOKU 2022: CARA MOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA - SEMAKAN MALAYSIA