SAMAN JPJ : CARA CEK ATAU SEMAK DAN BAYAR ONLINE GUNA MYSIKAP 2022
Pelbagai kemudahan yang anda boleh gunakan untuk cek atau semak saman JPJ sekarang. Anda boleh membuat semakan saman JPJ anda melalui online untuk lebih cepat dan mudah. Anda tidak lagi perlu ke pejabat JPJ hanya untuk cek saman dan juga bayar saman anda.
Melalui online, anda dengan mudah dapat mengetahui jumlah saman anda dan maklumat saman yang dikenakan. Selain itu juga, anda boleh membuat bayaran terus melalui online. Urusan anda pun lebih senang dan cepat selesai.
Di bawah ini kami akan tunjukkan anda bagaimana cara untuk anda semak atau cek saman JPJ online dan bayar saman JPJ melalui online menggunakan MySikap JPJ.
Baca juga : CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM
ISI KANDUNGAN
SAMAN JPJ DISKAUN
Berita baik untuk anda yang mempunyai saman JPJ, Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ menawarkan diskaun sebanyak 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan).
TARIKH DISKAUN SAMAN JPJ
Bermula pada 9 Disember 2021 sehingga 12 Disember 2021 selama (4 hari).
APAKAH JPJ MYSIKAP?
JPJ MySikap adalah laman web rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyediakan perkhidmatan secara atas talian (online) bagi kemudahan orang ramai membuat semakan saman, bayaran saman, pembaharuan lesen memandu dan lain-lain lagi. Dengan adanya portal MySikap ini dapat memudahkan urusan pelanggan tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Pelanggan boleh melakukan sebarang urusan menerusi online dimana sahaja sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.
SYARAT DAFTAR MYSIKAP JPJ
Berikut merupakan Syarat Daftar MySikap JPJ.
- Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf.
- Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya.
- Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.
CARA PENDAFTARAN MYSIKAP
Pengguna kali pertama Portal MySikap JPJ perlulah buat Pendaftaran MySikap sebagai pengguna baru terlebih dahulu. Di bawah ini adalah Panduan Lengkap Pendaftaran MySikap.
- Sila masuk ke Portal Rasmi JPJ MySikap di sini : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
- Tekan [Log Masuk] di bawah sekali di ruangan Daftar / Log Masuk Kali Pertama (MyKad).
- Langkah 1 : Sila lengkapkan butiran maklumat yang disediakan di dalam ruangan pendaftaran mysikap JPJ.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
- Masukkan Nombor Rujukan (jika ada) dan jika tiada biarkan.
- Masukkan Emel anda.
- Masukkan sekali lagi Emel anda.
- Isi Nombor Sekuriti yang diberi.
- Tekan [Teruskan].
- Anda akan dibawa ke Langkah 2 iaitu Pengesahan butiran peribadi anda.
- Tick [Checkbox].
- Tekan [Hantar].
- Dipaparan skrin anda akan keluar Notifikasi “Adakah anda pasti?“.
- Tekan [Ya].
- Pendaftaran ID Pengguna berjaya. Sila gunakan kata laluan sementara untuk daftar masuk. Kata Laluan Sementara ini adalah sah dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh ia dikeluarkan.
- SILA SEMAK E-MEL BERDAFTAR BAGI MENDAPATKAN KATA LALUAN SEMENTARA ANDA.
- Sila buka Emel anda untuk mendapatkan Kata Laluan Sementara anda untuk Log Masuk ke MySikap JPJ.
- Kata Laluan Sementara ini sah selama 7 Hari Sahaja.
- Kemudian, anda dikehendaki mengaktifkan ID Pengguna anda. Sila lihat panduan lengkap cara aktifkan ID Pengguna Portal MySikap JPJ di bawah.
CARA AKTIFKAN DAN LOGIN PORTAL MYSIKAP JPJ
- Sila masuk ke Log Masuk/Login Portal MySikap di sini : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
- Paparan akan menunjukkan Halaman Log Masuk MySikap.
- Tick [Individu] di ruangan Kategori ID.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan ID Pengguna.
- Masukkan Kata Laluan/Password Sementara anda yang dihantar di Emel tadi.
- Masukkan Kod Sekuriti yang dipamerkan.
- Tekan [Log Masuk].
- Paparan skrin anda akan muncul Notifikasi seperti ini “Sila tukar kata laluan anda. Tekan SETUJU untuk perbaharui atau TIDAK untuk keluar.“
- Tekan [Setuju].
- Anda dikehendaki masukkan Kata Laluan Sementara anda di ruangan ini.
- Tekan [Hantar].
- Paparan skrin anda muncul Notifikasi seperti ini “Kod transaksi telah dihantar ke e-mel ini [email protected].“
- Tekan [Setuju].
- Sila masukkan Kod Transaksi Autoriti (TAC) yang baru dihantar ke Emel anda.
- Sila reka atau cipta Kata Laluan/Password baru anda.
- Taip sekali lagi Kata Laluan/Password baru yang anda cipta tadi di ruangan Sahkan Kata Laluan Baharu.
- Tekan [Simpan].
- Tekan [Setuju] apabila muncuk Notifikasi di skrin anda seperi ini “Tahniah! Anda telah berjaya menukar kata laluan anda.“
- Anda dibawa masuk ke Halaman Utama Log Masuk MySikap JPJ.
- Sila Log Masuk menggunakan Kata Laluan Baharu yang anda tukar tadi.
- Panduan Cara Aktifkan MySikap JPJ anda telah selesai. Untuk membuat cek atau semak saman JPJ online guna MySikap anda boleh ikuti di dalam Panduan Lengkap Cara Cek atau Semak Saman JPJ Online Guna MySikap JPJ di bawah ini.
CARA CEK ATAU SEMAK SAMAN JPJ ONLINE GUNA MYSIKAP
PANDUAN LENGKAP CARA CEK ATAU SEMAK SAMAN JPJ ONLINE GUNA PORTAL MYSIKAP JPJ.
- Log Masuk (Pengguna Berdaftar) ke Portal Rasmi MySikap JPJ di sini : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
Jika anda masih belum buat pendaftaran MySikap sila ke panduan yang disediakan di atas. Ikuti arahan yang disediakan dan kembali ke sini apabila anda sudah berdaftar.
- Tick [Individu] di Kategori ID.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan ID Pengguna.
- Masukkan Kata Laluan anda (Kata Laluan yang telah diubah bukan sementara).
- Masukkan Kod Sekuriti yang dipamerkan di dalam ruangan yang disediakan.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda di bawa ke Menu Utama Portal MySikap JPJ.
- Cara Cek atau Semak Saman Online Guna MySikap JPJ, sila tekan Menu [Kesalahan & Penalti].
- Di bahagian Carian Maklumat sila Pilih Jenis Semakan.
- Untuk cek atau semak saman JPJ guna MySikap, sila tekan [Pertanyaan Saman].
- Kemudian, tekan [Ok].
- Di bahagian SEMAKAN SAMAN/NOTIS, sila Tick sama ada anda ingin semak atau cek saman JPJ anda untuk anda sendiri atau individu lain (kenalan anda). Jika untuk anda sendiri Tick [No. Pengenalan Saya]. Untuk semak saman JPJ kenalan anda sila Tick [No. Pengenalan Lain].
- Tekan [Cari].
- Maklumat Kompaun JPJ akan dipaparkan. Jika anda tidak mempunyai sebarang saman JPJ paparan akan menunjukkan tiada rekod.
- Panduan Cek atau Semak Saman Online JPJ guna MySikap selesai. Untuk pembayaran kompaun JPJ menggunakan MySikap sila lihat panduan di bawah ini.
CARA BAYAR ONLINE SAMAN JPJ GUNA PORTAL MYSIKAP
Sila rujuk Panduan Cara Bayar Online Saman JPJ Guna Portal MySikap di bawah ini.
- Jika anda sudah selesai cek atau semak saman JPJ anda di MySikap, anda boleh membuat pembayaran online dengan hanya tekan Menu [Pembayaran Saman] di bahagian bawah MySikap tadi.
- Sila Tick [No. Pengenalan Saya] atau [No. Pengenalan Lain] (untuk kenalan anda).
- Tekan [Cari].
- Jika anda mempunyai kompaun JPJ skrin akan memaparkan BUTIR-BUTIR SAMAN anda.
- Untuk makluman anda, hanya saman berstatus “Saman Aktif” sahaja dipaparkan.
- Tick pada saman yang dipaparkan untuk membuat bayaran.
- Seterusnya, tekan [Bayar Saman/Notis].
- Pilih kaedah pembayaran sama ada Kad Kredit atau Debit Terus.
- Tekan [Bayar], pop up Penafian akan dipaparkan.
- Tekan [Teruskan].
- Kemudian, tekan [Bayar].
- Anda boleh menyemak status pembayaran di Pertanyaan Saman / Notis apabila anda telah membuat bayaran saman.
- Panduan bayar kompaun JPJ online guna MySikap selesai.
MYSIKAP BANTUAN
Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan berkaitan dengan MySikap JPJ ini, anda boleh hubungi pihak MySikap Bantuan di bawah ini. Pihak kami di sini sekadar berkongsi maklumat dan panduan supaya dapat memudahkan orang ramai membuat bayaran kompaun JPJ secara online menggunakan Portal MySikap.
Hubungi MySikap Bantuan di talian : +603-8000 8000.
2 Comments
Leave a Reply2 Pings & Trackbacks
Pingback:CARA NAK BUAT AKAUN MYEG : (DAFTAR/REGISTER/LOGIN) - SEMAKAN MALAYSIA
Pingback:CARA CEK SAMAN POLIS TRAFIK (PDRM) ATAU JPJ MELALUI ONLINE DAN SMS SERTA NO PLAT 2022 - SEMAKAN MALAYSIA