in , ,

CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM

cara bayar saman melalui mesin atm

CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM

Untuk makluman anda, jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan dan bayaran saman melalui online akibat daripada penambahan jumlah trafik yang masuk ke laman web atau apps PDRM berikutan daripada pengumuman diskaun 80% yang diberikan oleh pihak Polis Trafik PDRM, sebenarnya anda juga boleh bayar saman melalui mesin atm sahaja.

Menerusi kaedah ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk walk in ke Pejabat Polis Trafik dan tidak perlu menunggu lama akibat trafik jem untuk masuk ke laman web rasmi PDRM. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana ATM Maybank yang berdekatan dengan anda dan membuat semakan dan bayaran terus di mesin ATM tersebut. Mudah kan!

Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda tentang pengumuman terkini diskaun saman Polis Trafik PDRM dan juga panduan lengkap cara bayar saman melalui mesin atm.

Baca juga : CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM SECARA ONLINE UNTUK ISI RUMAH ATAU WARGA EMAS DAN BUJANG 2022

ISI KANDUNGAN

DISKAUN SAMAN

Untuk pengetahuan anda, Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Polis (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberi diskaun pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80% diskaun saman Polis Trafik PDRM dan JPJ. (Tertakluk kepada Jenis Saman).

TARIKH DISKAUN SAMAN POLIS TRAFIK PDRM

Tarikh Diskaun Saman Polis Trafik PDRM 2021 bermula pada 9 Disember 2021 sehingga (telah dilanjutkan sehingga) 31 Disember 2021.

TARIKH DISKAUN SAMAN JPJ

Tarikh Diskaun Saman JPJ 2021 bermula pada 9 Disember 2021 sehingga (telah dilanjutkan sehingga) 31 Disember 2021.

CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM

PANDUAN LENGKAP CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM.

  1. Pergi ke Mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda.

  2. Masukkan Kad ATM Maybank anda di mesin ATM Maybank.

  3. Masukkan Nombor PIN ATM Maybank anda.

  4. Anda akan dibawa ke Menu Utama ATM Maybank.

  5. Untuk bayar saman melalui mesin ATM Maybank, sila tekan [PAYBILLS].

  6. Tekan [PEMBAYARAN SAMAN PDRM]

  7. Paparan akan menunjukkan “REKOD SAMAN IN ADALAH HAK MILIK PDRM. MAYBANK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DARI SEGI UNDANG-UNDANG TERHADAP PERTANYAAN YANG DIBUAT SERTA KESAHIHAN ATAU KETEPATAN MAKLUMAT DALAM REKOD SAMAN YANG TERTERA ATAU TIDAK”.

  8. Kemudian, tekan [TERUSKAN].

  9. Anda dikehendaki memasukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau Nombor Kad Kenalan orang lain yang anda ingin buat bayaran dan semakan saman Polis Trafik PDRM.

  10. Selepas itu, tekan [YA].

  11. Maklumat Saman Polis Trafik PDRM anda akan dipaparkan di mesin ATM Maybank anda.

  12. Anda boleh lihat jumlah saman Polis Trafik PDRM yang anda dikenakan.

  13. Seterusnya, buat bayaran saman Polis Trafik PDRM anda melalui mesin ATM Maybank.

  14. Ambil Resit yang dicetak menerusi ATM Mesin Maybank tersebut.

  15. Pastikan anda Simpan Resit Bayaran Saman Polis Trafik PDRM Melalui Mesin ATM Maybank tadi.

  16. Pembayaran Saman anda selesai. Mudah kan?

BOLEHKAH BAYAR SAMAN MELALUI MESIM ATM UNTUK KOMPAUN JPJ?

Buat sementara ini, hanya pilihan bayar saman Polis Trafik PDRM sahaja yang boleh buat bayaran saman melalui mesin ATM. Untuk bayar saman JPJ anda boleh lakukan secara online di portal MySikap JPJ.

Untuk maklumat terkini berkaitan saman dan kompaun boleh rujuk di media sosial iaitu Facebook : Kementerian Pengangkutan Malaysia.

2 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *