MYBAYAR SAMAN ONLINE LOGIN : CARA DAFTAR REGISTER ATAU SEMAK DAN CHECK DISKAUN KOMPAUN POLIS TRAFIK PDRM MELALUI APP ATAU PORTAL
Untuk makluman anda, pengurangan kadar kompaun saman sehingga 80% (tertakluk kepada terma dan syarat) sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Pembayaran boleh dibuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman dan di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara.
Diskaun Saman 80% ini tidak ditawarkan kepada kesalahan :
- Kemalangan.
- Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC).
- Kesalahan yang berstatus perbicaraan.
- Kesalahan yang berkaitan kenderaan berat.
- Memotong secara berbahaya.
- Menggunakan lorong kecemasan.
- Tidak patuhi isyarat lampu merah.
- Memotong digarisan berkembar.
- Kesalahan pengubahsuain ekzos kenderaaan.
Baca juga : CARA CEK SAMAN POLIS TRAFIK (PDRM) ATAU JPJ MELALUI ONLINE DAN SMS SERTA NO PLAT 2022
MYBAYAR SAMAN PDRM ONLINE
MyBayar Saman adalah kemudahan perkhidmatan secara online yang disediakan oleh pihak PDRM kepada pelanggan bagi memudahkan urusan pembayaran, semakan dan lain-lain. MyBayar Saman mempunyai portal rasmi sendiri dan juga aplikasi mudah alih yang dimiliki oleh pihak Polis Malaysia. Melalui Portal dan Aplikasi MyBayar Saman, pelanggan boleh login masuk secara online dimana-mana sahaja dan menyelesaikan urusan berkaitan dengan Polis dengan lebih mudah dan cepat.
MYBAYAR SAMAN DISKAUN/DISCOUNT 2021
MyBayar Saman Diskaun/Discount 2021 terkini bermula pada 9 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 sebanyak 80% diskaun saman Polis Trafik (PDRM) (tertakluk kepada terma dan syarat) Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
MYBAYAR SAMAN DISKAUN/DISCOUNT 2022
Untuk diskaun/discount MyBayar Saman 2022 masih belum diumumkan lagi. Pihak kami akan kemaskini secepat mungkin apabila dihebahkan. Join channel telegram Info Kerajaan Malaysia di sini untuk maklumat dan info yang pantas : https://t.me/infokerajaanmalaysia.
PORTAL MYBAYAR SAMAN
Kepada anda yang ingin menggunakan laptop ataupun komputer untuk buat semakan atau bayaran saman PDRM melalui online boleh menggunakan Portal MyBayar Saman di sini : https://mybayar.rmp.gov.my/. Untuk pengetahuan anda juga, MyBayar Saman juga hadir dengan aplikasi atau app mudah alih. Lebih mudah dan senang digunakan hanya download/muat turun di telefon bimbit anda dan boleh gunakannya bila-bila masa. Untuk download/muat turun app MyBayar Saman sila rujuk di bawah.
MYBAYAR SAMAN APP
Anda boleh dapatkan link app MyBayar Saman di sini. Sila download/muat turun app MyBayar Saman mengikut jenis aplikasi telefon bimbit anda sama ada and pengguna android atau pengguna ios ataupun pengguna huawei.
MYBAYAR SAMAN IOS
Download app MyBayar Saman IOS di sini : https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016.
MYBAYAR SAMAN ANDROID
Download app MyBayar Saman ANDROID di sini : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm.
MYBAYAR SAMAN HUAWEI
Download app MyBayar Saman HUAWEI di sini : https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205.
ISI KANDUNGAN
MYBAYAR SAMAN REGISTER
Sebelum anda mula membuat semakan atau bayaran saman di PDRM online anda mestilah membuat pendaftaran dan registration terlebih dahulu. Panduan Lengkap Cara Register/Daftar MyBayar Saman guna app di bawah ini.
- Download atau Muat Turun Apps atau Aplikasi MYBAYAR SAMAN di link di atas.
- Buka Apps MyBayar Saman di telefon anda.
- Untuk tukar Bahasa kepada Bahasa Malaysia, sila pergi ke bahagian atas sebelah kanan anda dan klik 3 titik tersebut. Kemudian pilih BM-Bahasa Malaysia.
- Bagi pengguna kali pertama anda dikehendaki membuat Pendaftaran Pengguna Baru terlebih dahulu.
- Klik [Daftar Pengguna Baru].
- Isi MAKLUMAT PERIBADI anda.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nama Penuh anda (mengikut IC anda).
- Masukkan E-mel anda.
- Buat Pengesahan OTP dengan masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
- Tick “SAYA BERSETUJU DENGAN TERMA & SYARAT”.
- Klik [Memohon Pengesahan OTP].
- Masukkan Nombor OTP yang dihantar di telefon bimbit anda di dalam ruangan yang disediakan.
- Klik [Seterusnya].
- OTP Berjaya Disahkan Klik [Ok].
- Seterusnya, isi Alamat Surat Menyurat anda.
- Cipta atau Reka Kata Laluan/Password anda.
- Masukkan sekali lagi Kata Laluan/Password yang anda cipta tadi.
- Klik [Mengesahkan].
- Anda akan menerima Notifikasi “Akaun Anda Telah Berjaya Didaftarkan”.
- ID Pengguna anda adalah Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik [OK].
- Register/Daftar akaun MyBayar Saman anda telah berjaya.
- Selesai Register. Anda boleh ikuti panduan dibawah untuk Login Online.
Info berkaitan : CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM
MYBAYAR SAMAN ONLINE LOGIN
Untuk makluman anda, untuk online login ke MyBayar Saman, anda dikehendaki memasukkan Nombor Kad Pengenalan atau No IC ataupun Nombor Mykad anda berserta Password/Kata Laluan yang anda buat semasa pendaftaran di atas untuk login masuk sistem. Berikut adalah cara login online PDRM online. Panduan Lengkap MyBayar Saman Online Login di bawah :
PANDUAN LENGKAP CARA LOGIN ONLINE MYBAYAR SAMAN.
- Sebelum Login Online, pastikan anda Register/Daftar Pengguna Baru terlebih dahulu.
Sila Rujuk Panduan Lengkap Cara Register/Daftar Pengguna Baru MyBayar Saman di atas.
- Buka APP atau Portal MyBayar Saman di sini : https://mybayar.rmp.gov.my/.
Kami rekomen untuk anda menggunakan APP. Lagi mudah dan cepat.
- Untuk tukar Bahasa kepada Bahasa Malaysia, sila pergi ke bahagian atas sebelah kanan anda dan klik 3 titik tersebut. Kemudian pilih BM-Bahasa Malaysia.
- Lihat Paparan Log Masuk.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan Id Pengguna.
- Sila masukkan Kata Laluan/Password anda semasa daftar/register pengguna baru.
- Tekan [Log Masuk].
- Berjaya Login Online.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama dan Menu yang terdapat di dalam PDRM online ini.
- Selesai. Untuk Check/Semak Saman anda boleh ikuti panduan di bawah.
MYBAYAR SAMAN CHECK
Anda boleh check/semak saman Polis Trafik (PDRM) anda menerusi kemudahan online ini. Jika anda sudah pun Login Online ke MyBayar Saman anda boleh meneruskan membuat semakan/check saman anda berpandukan toturial di bawah ini.
- Pada Halaman Utama MyBayar Saman terdapat 3 Menu Utama.
- Untuk MyBayar Saman Check/Semak Saman sila tekan Menu [Semakan/Bayaran Saman].
- Maklumat Senarai Saman anda akan dipaparkan di sini.
- Lihat Jumlah Saman anda jika 0 bermakna anda tiada rekod saman yang telah dikenakan.
- Jika ada anda boleh terus membuat bayaran sementara diskaun/discount saman 2021 masih diberikan.
- Selesai.