in ,

CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM SECARA ONLINE UNTUK ISI RUMAH ATAU WARGA EMAS DAN BUJANG 2022

cara mohon bantuan keluarga malaysia bkm

CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM SECARA ONLINE UNTUK ISI RUMAH ATAU WARGA EMAS DAN BUJANG 2022

Merujuk kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan melalui pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan pada 29 Oktober 2021, Kementerian Kewangan (MOF) ingin menjelaskan bahawa bagi BKM, 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak. Bantuan yang bernilai keseluruhan RM8.2 bilion ini akan diagihkan.

BKM telah ditambahbaik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan. Berdasarkan cadangan yang diterima dari rakyat melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat, pembaharuan ini termasuk:

  1. Bayaran sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.
  2. Bagi ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap, Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
  3. Bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.

Baca juga : BKM : PORTAL RASMI PENDAFTARAN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :

PERKARAISI RUMAHWARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGANBUJANG
STATUS PERKAHWINANKahwinBujangBujang
STATUS PERKAHWINANIbu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syaratIbu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syaratIbu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
PENDAPATANRM5,000 dan ke bawahRM5,000 dan ke bawahRM2,500 dan ke bawah
KELAYAKAN UMURTiada had umur60 tahun dan ke atas21-59 tahun

CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM SECARA ONLINE UNTUK ISI RUMAH ATAU WARGA EMAS DAN BUJANG 2022

Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda cara mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

PERMOHONAN BKM 2022 ONLINE

Cara Mohon BKM 2022 Online Seperti di bawah ini.

  1. LINK PORTAL RASMI BKM 2022 ONLINE : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Tekan [Permohonan Baharu].
  3. Isi Maklumat dan Butiran dengan lengkap.
  4. Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan.
  5. Hantar Permohonan anda.
  6. Selesai.

JIKA ANDA NAK PASTIKAN ANDA TIDAK TERLEPAS MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN PEMBUKAAN PORTAL BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) UNTUK PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI ANDA BOLEH MASUK KE CHANEL TELEGRAM INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA DI SINI : https://t.me/bantuankeluargamalaysia.

Pihak kami akan rujuk kepada laman web rasmi BPR buat sementara ini untuk segala maklumat berkenaan BKM di : https://bpr.hasil.gov.my/.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BKM

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Kemaskini Maklumat boleh dibuat menerusi Laman Web Rasmi BKM 2022 Online : https://bkm.hasil.gov.my.

JUMLAH ATAU NILAI BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) KEPADA ISI RUMAH ATAU WARGA EMAS DAN BUJANG

Jumlah atau Nilai bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

JUMLAH ATAU NILAI BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) UNTUK ISI RUMAH

KATEGORI BANTUAN PENDAPATAN BILANGAN ANAK NILAI BANTUAN (RM)
ISI RUMAHRM2,500 dan ke bawahTIADA ANAKRM1000
ISI RUMAH RM2,500 dan ke bawah 1-2RM1500
ISI RUMAH RM2,500 dan ke bawah 3 ke atasRM2000
ISI RUMAH RM2501 hingga RM5000TIADA ANAKRM400
ISI RUMAH RM2501 hingga RM5000 1-2RM600
ISI RUMAH RM2501 hingga RM5000 3 ke atasRM800

JUMLAH ATAU NILAI BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) UNTUK WARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGAN

KATEGORI BANTUAN PENDAPATAN BILANGAN ANAK NILAI BANTUAN (RM)
WARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGANRM5000 dan ke bawahTIADA ANAKRM600

JUMLAH ATAU NILAI BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) UNTUK BUJANG

KATEGORI BANTUAN PENDAPATAN BILANGAN ANAK NILAI BANTUAN (RM)
BUJANGRM2500 dan ke bawahTIADA ANAKRM350

BAYARAN TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) RM500 ATAU RM300 UNTUK IBU BAPA TUNGGAL DAN WARGA EMAS ADA ANAK

Bayaran tambahan bantuan BKM hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
KATEGORI BANTUANPENDAPATANBILANGAN ANAKNILAI/JUMLAH BAYARAN BANTUAN SEBELUM TAMBAHAN (RM)NILAI/JUMLAH BAYARAN BANTUAN SELEPAS TAMBAHAN (RM)
IBU BAPA TUNGGAL (IBT) YANG MEMPUNYAI ANAKRM2500 dan ke bawah1-2RM1500RM2000
IBU BAPA TUNGGAL (IBT) YANG MEMPUNYAI ANAK RM2500 dan ke bawah 3 ke atasRM2000RM2500
IBU BAPA TUNGGAL (IBT) YANG MEMPUNYAI ANAK RM2501 – RM50001-2RM600RM1100
IBU BAPA TUNGGAL (IBT) YANG MEMPUNYAI ANAK RM2501 – RM5000 3 ke atasRM800RM1300
WARGA EMAS YANG MEMPUNYAI ANAK (TAMBAHAN RM300)RM2500 dan ke bawah1-2RM1500RM1800
WARGA EMAS YANG MEMPUNYAI ANAK (TAMBAHAN RM300) RM2500 dan ke bawah 3 ke atasRM2000RM2300
WARGA EMAS YANG MEMPUNYAI ANAK (TAMBAHAN RM300) RM2501 – RM50001-2RM600RM900
WARGA EMAS YANG MEMPUNYAI ANAK (TAMBAHAN RM300) RM2501 – RM5000 3 ke atasRM800RM1100

Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

CARA SEMAK STATUS BAYARAN KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Semakan BKM 2022 Online boleh dibuat di sini : https://bkm.hasil.gov.my. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan Klik Semak.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BANK IN AKAUN BANK ATAU PENUNAIAN DI CAWANGAN BSN

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini iaitu menerusi kredit ke akaun penerima untuk mereka yang ada akaun bank dan jika tidak berjaya kredit penerima boleh buat penunaian di cawangan BSN. Untuk penerima yang tiada akaun bank juga boleh buat penunaian di cawangan BSN.

PERKARAKAEDAH BAYARAN
ADA AKAUN BANK (BERJAYA KREDIT)Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM atau kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
ADA AKAUN BANK
AKAUN TIDAK AKTIF ATAU TUTUP
(TIDAK BERJAYA KREDIT)
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.
TIADA AKAUN BANKTuntutan Tunai di Cawangan BSN atau kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.

SOALAN LAZIM

Bilakah boleh buat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

1 Januari 2022. Panduan Lengkap boleh ke artikel ini.

Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagaimana nak buat semakan kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi BKM. Untuk lebih terperinci boleh ke artikel ini.

RUJUKAN

Sebarang soalan anda boleh kemukakan kepada pihak HASIL di bawah ini. Pihak kami berkongsi maklumat dan informasi berkenaan dengan Bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda mencari maklumat yang tepat dan dapat memudahkan urusan Tuan/Puan sekalian.

Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Talian Hotline BKK MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566

2 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan islam gov my

SEMAKAN ISLAM GOV MY UPKK MPKAFA 2021

permohonan bantuan keluarga malaysia

PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA : SEMAKAN STATUS BKM 2022