in ,

PERMOHONAN BKM : CARA DAFTAR BANTUAN KELUARGA MALAYSIA DAN SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK 2022

PERMOHONAN BKM

PERMOHONAN BKM : CARA DAFTAR BANTUAN KELUARGA MALAYSIA DAN SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK 2022

Permohonan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dibuka kepada mereka yang baru ingin memohon. Untuk mereka yang pernah mendapat bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda boleh buat semakan permohonan.

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca juga : CHECK BKM : PERMOHONAN LOGIN DAFTAR SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Pemohon yang layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti yang dinyatakan di dalam jadual ini.

PERKARAISI RUMAHWARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGANBUJANG
Status PerkahwinanKahwinBujangBujang
Status Perkahwinan Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syaratIbu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syaratIbu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
PendapatanRM5,000 dan ke bawahRM5,000 dan ke bawahRM2,500 dan ke bawah
Kelayakan UmumTiada had umur60 tahun dan ke atas21-59 tahun

PERMOHONAN BARU BKM 2022 ONLINE

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN BARU BKM 2022 ONLINE.

  1. Sila layari Portal Rasmi BKM di link ini : https://bkm.hasil.gov.my/PermohonanBKM?

  2. Anda akan dibawa ke Bahagian Maklumat Pemohon.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.

  4. Klik [Semak].

  5. Anda akan menerima Notifikasi sama ada “Sila log masuk MyBKM untuk tindakan kemas kini permohonan BKM 2022.” atau “Nombor Kad Pengenalan Tiada Dalam Rekod”.

  6. Untuk Permohonan Baru, hanya kepada pemohon yang menerima Notifikasi Tiada Rekod sahaja.

  7. Untuk pemohon yang menerima Notifikasi Kemaskini, anda dikehendaki Log Masuk BKM.

  8. Kemudian, kepada anda yang tiada Rekod dan perlu membuat Permohonan Baru, sila isi semua Maklumat di Bahagian [Maklumat Pemohon].

  9. Seterusnya, anda dikehendaki Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan untuk memastikan Permohonan Baru Bantuan Keluarga Malaysia anda diterima.

  10. Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan.

  11. Pilih Maklumat Wakil sama ada Ada Wakil atau Tiada Wakil ataupun Maklumat Sama Seperti Pasangan.

    Jika anda ingin mewakilkan bayaran yang diterima untuk diambil oleh anak ataupun orang lain sila pilih Ada Wakil dan masukkan Maklumat Wakil yang anda mahu wakilkan untuk anda.

  12. Check semua Maklumat dan Butiran yang anda isi sebelum ini adalah benar, betul dan lengkap.

  13. Klik [Teruskan] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.

  14. Anda akan dibawa ke Bahagian Pengesahan.

  15. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan.

  16. Klik [SAHKAN CAPTCHA].

  17. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [Kotak Kecil] Perakuan Pemohon berkenaan.

  18. Klik [Hantar] untuk Permohonan Baru MyBKM.

  19. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

  20. Selesai.

SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Pemohon boleh membuat semakan status kelulusan BKM 2022 di bawah ini.

  1. Layari Laman Web Rasmi Semakan Status BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  3. Tekan [Semak].
  4. Klik [Ya] untuk pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
  5. Masukkan Kata Laluan anda.
  6. Klik [Log Masuk].
  7. Di Laman Utama MyBKM, Klik [Semakan Status].
  8. Status Permohonan akan dipaparkan.
  9. Sama ada Diterima/Ditolak atau Tiada dalam Rekod.
  10. Selesai.

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan soalan berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) anda boleh rujuk pihak berwajib di bawah ini.

Sila hubungi nombor hotline BKM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini : 1-800-88-2747.

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut :

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

check bkm

CHECK BKM : PERMOHONAN DI TERIMA ATAU TIDAK DAN DAFTAR BARU MELALUI LOGIN MYBKM 2022 ONLINE