in

BKM : PORTAL RASMI PENDAFTARAN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

bkm

BKM : PORTAL RASMI PENDAFTARAN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Menerusi perbentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Zafrul telah mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan bantuan yang lebih efektif dan bersasar kepada rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan, pihak kerajaan prihatin terhadap rakyat yang terkesan akibat wabak Covid19 yang telah melanda negara Malaysia semenjak beberapa tahun ini.

Bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Keluarga Malaysia. Bantuan Keluarga Malaysia ini didatangi dengan penambaikan supaya bantuan yang diberikan sampai ke kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda tentang Bantuan Keluarga Malaysia lebih terperinci dan kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat perdaftaran, permohonan serta semakan status kelulusan bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

Baca juga : RENEW LESEN SSM : CARA PERBAHARUI SECARA ONLINE GUNA EZBIZ 2021/2022

ISI KANDUNGAN

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia atau dikenali singkatannya adalah BKM merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda syarat kelayakan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia. Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :

ISI RUMAH

  • Kahwin atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tiada had umur.

WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

BUJANG

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA BUAT PENDAFTARAN PERMOHONAN BKM

Di bawah ini merupakan Cara Buat Pendaftaran Permohonan BKM.

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Pendaftaran Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM boleh di buat di link ini : https://bkm.hasil.gov.my. Klik di sini untuk Permohonan BKM 2022 Online : DAFTAR BKM 2022 ONLINE.

[PERHATIAN] : Untuk rujukan rasmi tentang BKM boleh ke laman web rasmi kerajaan di : https://bpr.hasil.gov.my/.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM

Untuk makluman anda, tempoh kemaskini maklumat permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM UNTUK ISI RUMAH WARGA EMAS BUJANG

Jumlah bayaran BKM mengikut kategori yang akan diterima adalah seperti berikut :

ISI RUMAH

KATEGORI
BANTUAN
PENDAPATANBILANGAN ANAKNILAI BANTUAN
ISI RUMAHRM2,500 dan ke bawah0RM1000
ISI RUMAHRM2,500 dan ke bawah 1-2RM1500
ISI RUMAHRM2,500 dan ke bawah 3 ke atasRM2000
KATEGORI
BANTUAN
PENDAPATANBILANGAN ANAKNILAI BANTUAN
ISI RUMAHRM2,501 – RM5,0000RM400
ISI RUMAHRM2,501 – RM5,0001-2RM600
ISI RUMAHRM2,501 – RM5,0003 ke atasRM800

WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN

KATEGORI
BANTUAN
PENDAPATANBILANGAN ANAKNILAI BANTUAN
WARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGANRM5,000 dan ke bawah0RM600

BUJANG

KATEGORI
BANTUAN
PENDAPATANBILANGAN ANAKNILAI BANTUAN
BUJANGRM2,500 dan ke bawah0RM350

BAYARAN TAMBAHAN BKM RM500 & RM300

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
KATEGORI
BANTUAN
PENDAPATANBILANGAN ANAKJUMLAH BANTUAN KELAYAKAN ASASJUMLAH BANTUAN KELAYAKAN SELEPAS KADAR TAMBAHAN
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500)RM2,500 dan ke bawah1-2RM1500RM2000
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) RM2,500 dan ke bawah 3 ke atasRM2000RM2500
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) RM2,501 – RM5,0001-2RM600RM1100
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) RM2,501 – RM5,000 3 ke atasRM800RM1300
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300)RM2,500 dan ke bawah1-2RM1500RM1800
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) RM2,500 dan ke bawah 3 ke atasRM2000RM2300
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) RM2,501 – RM5,0001-2RM600RM900
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) RM2,501 – RM5,000 3 ke atasRM800RM1100

Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS BKM

Check Status BKM 2022 Online boleh di buat di sini : SEMAKAN BKM 2022 ONLINE.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini :

KAEDAH BAYARAN BKM ADA AKAUN BANK

  • Berjaya Kredit : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) : Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.

TIADA AKAUN BANK

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.
Apakah sebenarnya Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan yang ditambah baik daripada bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). BKM kali ini lebih bersasar dan ditambah jumlah bantuan tunainya sesuai dengan taraf hidup di Malaysia buat masa sekarang.

Bagaimana cara daftar permohonan Bantuan Keluarga Malaysia?

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia untuk diverifikasi kelayakan. Permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimana cara dapat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM2000?

Tuan/Puan mestilah status berkahwin, mempunyai 3 orang anak ke atas dan berpendapatan RM2500 ke bawah.

Berapa jumlah bantuan BKM untuk kategori Bujang?

Untuk Bujang akan menerima bantuan Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM350 dan untuk Warga Emas Bujang akan menerima RM600. Dengan syarat pendapatan RM2500 ke bawah untuk Bujang dan RM5000 ke bawah untuk Warga Emas Bujang.

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan pihak anda boleh hubungi pihak LHDN di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan info kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian kami ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda semua.

Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566

3 Comments

Leave a Reply

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

permohonan bantuan keluarga malaysia

PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA : SEMAKAN STATUS BKM 2022

cara daftar bantuan bkm

CARA DAFTAR BANTUAN BKM ONLINE 2022