in

RENEW LESEN SSM : CARA PERBAHARUI SECARA ONLINE GUNA EZBIZ 2021/2022

renew lesen ssm

RENEW LESEN SSM : CARA PERBAHARUI SECARA ONLINE GUNA EZBIZ 2021/2022

Untuk makluman kepada pelanggan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini anda boleh perbaharui lesen perniagaan anda hanya menerusi online. Pihak SSM telah menyediakan platform online yang dikenali sebagai EzBiz.

Platform online ini dilancarkan untuk memudahkan para pelanggan SSM melakukan sebarang urusan berkaitan hanya menerusi online tidak lagi perlu ke cawangan kecuali jika memerlukan pengesahan biometrik.

Semoga perkongsian yang dibuat di dalam SemakanMalaysia ini termasuklah di bawah ini memberi manfaat kepada anda semua.

ISI KANDUNGAN

EZBIZ.SSM.COM.MY

ezbiz.ssm.com.my adalah portal online yang dimiliki oleh pihak SSM untuk sebarang urusniaga atas talian. Pelancaran ezbiz ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan yang dilakukan menerusi online sahaja. Menerusi ezbiz anda boleh perbaharui lesen anda hanya menerusi online. Anda juga boleh melakukan urusniaga lain termasuklah pendaftaran perniagaan.

CARA RENEW LESEN SSM ONLINE

Ini adalah Panduan Lengkap Cara Untuk Perbaharui SSM Online Melalui EZBIZ.

  1. Sila layari pautan Rasmi Renew SSM Ezbiz di sini : https://ezbiz.ssm.com.my/?3.

  2. Pastikan anda sudah membuat pendaftaran pengguna Ezbiz terlebih dahulu.

  3. Sila masukkan Username anda.

  4. Isi Password anda.

  5. Masukkan Verification Code yang diberikan.

  6. Tekan Sign In.

  7. Klik di Bahagian My Business Service.

  8. Sila pilih Renewal By Owners.

  9. Paparan akan menunjukkan Pendaftaran Perniagaan anda.

  10. Tekan icon Action untuk Renew Lesen SSM anda.

  11. Sila lengkapkan “Borang A1” Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan.

  12. Pilih Tempoh Pembaharuan anda mahukan. Sama ada 1 tahun atau sehingga 5 tahun.

  13. Seterusnya, lakukan Pembayaran.

  14. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

  15. Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.

  16. Selesai.

Macam mana cara renew lesen SSM secara online?

Tuan/Puan boleh lakukan perbaharuan SSM anda menerusi portal Ezbiz. Jika anda ingin panduan lengkap boleh ke artikel ini untuk dapatkannya.

Adakah saya perlu ke Pejabat SSM jika renew secara online?

Tidak perlu. Jika anda renew melalui Ezbiz anda tidak lagi perlu ke cawangan SSM kerana anda boleh dapatkan Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang baru menerusi laman Ezbiz sahaja.

Bagaimana saya nak check atau semak tarikh expired SSM?

Tuan/Puan boleh check dan semak menerusi pautan ini https://www.e-renew.my/check-ssm-expired-date-compound/.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dan untuk pertanyaan serta persoalan boleh hubungi pihak di bawah.

IBU PEJABAT
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5​
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.

Pusat Panggilan SSM:

Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : enquiry[at]ssm.com.my​

2 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ilindung epf

iLINDUNG EPF : MOHON DAN SEMAKAN KWSP