in

TEKUN EDOKUMEN : LANGKAH MUDAH PEMBELIAN DOKUMEN SOKONGAN SSM

tekun edokumen

TEKUN EDOKUMEN : LANGKAH MUDAH PEMBELIAN DOKUMEN SOKONGAN SSM

Sebagai makluman kepada pihak anda, TEKUN Nasional telah mewujudkan pembelian dokumen sokongan Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) cara senang dan atas talian atau online kepada peminjam melalui TEKUN eDokumen.

Baca juga : Cara Renew Lesen SSM Online

ISI KANDUNGAN

APA ITU TEKUN EDOKUMEN

Tekun Edokumen adalah portal online yang dimiliki dan dilancarkan oleh pihak Tekun untuk pembelian dokumen sokongan daripada SSM. Portal online ini diwujudkan untuk pembelian dokumen sokongan melalui link tambahan yang boleh didapati daripada portal TEKUN Nasional. Perkhidmatan eDokumen ialah hasil kolaborasi dan kerjasama antara pihak TEKUN Corporation Sdn Bhd Bersama pihak Raffcomm Technologies Sendirian Berhad (Rafftech).

SEBAB PERLU BELI DOKUMEN SOKONGAN SSM MELALUI TEKUN EDOKUMEN

Antara sebab perlu buat pembelian dokumen sokongan SSM di TEKUN eDokumen adalah :

  1. DIPERAKUI : Dokumen Sokongan SSM yang ditandatangani secara digital oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Rafftech.
  2. SELAMAT : Dokumen yang disahkan benar SSM tidak boleh dipalsukan dan sebarang pindaan boleh dikesan.
  3. JIMAT DUIT : Mendapat 5% diskaun dari harga pasaran.
  4. LANGKAH DIPERMUDAHKAN : Hanya buat carian Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat, semua dokumen yang diperlukan akan dipakejkan kepada anda.
  5. JIMAT TENAGA DAN MASA : Tidak perlu ke kaunter untuk pengesahan dan dokumen dijana secara automatik.
  6. BOLEH BELI DOKUMEN BILA-BILA MASA : Boleh melakukan pembelian 24 jam sehari menerusi online.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah senarai syarat kelayak untuk mohon dokumen sokongan.

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secarabergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isirumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.

CARA PEMBELIAN DOKUMEN SOKONGAN SSM

Pembelian dokumen sokongan SSM boleh di buat menerusi Tekun eDokumen jika anda adalah pemimjam TEKUN Nasional. Di bawah ini adalah cara untuk buat pembelian.

CARA BELI TEKUN EDOKUMEN

Panduan Lengkap untuk beli di bawah ini.

  1. Sila layari pautan rasmi TEKUN eDokumen di pautan ini : www.tekun-edokumen.my.

  2. Seterusnya masukkan Nombor Perniagaan atau Syarikat anda.

  3. Sila pilih Jenis Entiti.

  4. Tekan Cari.

  5. Hasil Carian akan dipaparkan di skrin anda.

  6. Pengguna perlu Klik Kotak Dokumen yang diperlukan.

  7. Pilih sama ada Salinan Dokumen Disahkan Benar Secara Digital (Dokumen Bersama QR Kod Mobile) atau Dokumen Standard.

  8. Tekan “Pasti”.

  9. Nama, Nombor Telefon, Alamat Emel, Jenis Entiti, dan Status perlu diisi sebelum pembayaran dilakukan.

  10. Pemohon wajib mengisi Alamat Emel yang SAH bagi tujuan penerimaan notis pembelian dan maklumat dokumen melalui emel.

  11. Pihak Rafftech tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat emel yang diisi oleh pengguna tidak ditaip dengan betul.

  12. Gerbang pembayaran Rafftech adalah iPay88 untuk perbankan atas talian (online banking) sahaja.

    Sebarang Perubahan untuk cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian.

  13. Pemohon perlu muat turun aplikasi Winzip terlebih dahulu untuk unzip file.

  14. Selepas itu, pemohon akan memuat turun dokumen dalam format PDF.

  15. Notis emel akan dihantar setelah berjaya membeli maklumat dokumen sokongan TEKUN.

  16. Notis emel termasuk resit pembelian dan dokumen sokongan yang dibeli.

  17. Selesai.

Baca juga : Portal Semakan Malaysia

HARGA DOKUMEN

Untuk melihat senarai harga dokumen boleh rujuk di gambar di bawah ini.

CONTOH DOKUMEN SOKONGAN SSM YANG DIJUAL

Perniagaan: Enterprise
Dokumen Wajib
1) Profil Perniagaan
2) Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Cawangan Utama)

Syarikat: Sdn Bhd/ Bhd
Dokumen Wajib
1) Profil Syarikat
2) Borang 49 (Pendaftaran Pengarah, Pengurus & Setiausaha) / Section 58 (Perubahan Dalam Pendaftaran Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat)
Dokumen Wajib Bersyarat (Hanya Diperlukan jika Nama Syarikat bertukar)
3) Borang 13 (Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat)

Apa itu TEKUN eDokumen?

Tekun Edokumen adalah portal online yang dimiliki dan dilancarkan oleh pihak Tekun untuk pembelian dokumen sokongan daripada SSM. TEKUN eDokumen diwujudkan untuk pembelian dokumen sokongan melalui link tambahan yang boleh didapati daripada portal TEKUN Nasional.

Macam mana saya nak beli dokumen sokongan SSM melalui TEKUN eDokumen?

Tuan/Puan boleh beli menerusi portal rasmi www.tekun-edokumen.my. Jika anda inginkan panduan lengkap cara pembelian support dokumen SSM dari TEKUN eDokumen boleh ke artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

isayang

iSAYANG : CARA BUAT PERMOHONAN PENGELUARAN PEMINDAHAN 2% DUIT KWSP KE AKAUN ISTERI 2022