in , ,

EPOKU 2022: CARA MOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA

epoku

EPOKU 2022: CARA MOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang berperanan memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.

Salah satu insentif kerajaan adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) iaitu bagi menggalakkan golongan Orang Kurang Upaya untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari di samping menjadi sebahagian ahli masyarakat yang cemerlang dan produktif.

BACA JUGA: PELAN HPP RAPIDKL 2022 CARA MOHON PELAN PERLINDUNGAN HOSPITAL PERCUMA

ISI KANDUNGAN

APA ITU EPOKU

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya merupakan bantuan bulanan yang diberikan kepada Orang Kurang Upaya. Kadar bayaran Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah sebanyak RM450 sebulan seorang.

SYARAT KELAYAKAN EPOKU

Syarat kelayakan bagi pemohon EPOKU adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA MOHON EPOKU

Berikut antara cara atau langkah untuk membuat permohonan Elaun Permohonan Orang Kurang Upaya (EPOKU) iaitu:

  1. Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)

  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    – Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    – Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    – Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    – Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

  3. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    – Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    – Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini atau hubungi di talian 03-8000 8000.


One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ppr

    PPR 2022: CARA MOHON DAN DAFTAR PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT