in

CARA KIRA DIVIDEN ASB ATAU LOAN 2021

cara kira dividen asb

CARA KIRA DIVIDEN ASB ATAU LOAN 2021

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dividen bagi tahun 2021 kepada pemegang unit dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4.25% Dividen dan 0.75% Bonus.

Kepada pemegang unit dana tersebut yang mempunyai simpanan dan pelaburan di dalam ASB, anda boleh mula membuat kiraan berapa jumlah dividen yang anda dapat menerusi pelaburan yang anda buat sepanjang tahun 2021 ini.

Untuk semakan ASB Online masih belum boleh dibuat sama ada di myASNB ataupun di Maybank2U. Hal ini kerana, semakan ASB online akan mula diupdate dan dibuka untuk urusniaga pada awal Januari 2022 nanti. Jadi, untuk anda buat pengiraan berapa jumlah dividen yang anda dapat melalui pengiraan sendiri, anda boleh rujuk panduan cara kira dividen ASB atau ASB Loan 50k 100k 200k di bawah ini.

ISI KANDUNGAN

CARA KIRA DIVIDEN ASB

PANDUAN LENGKAP CARA KIRA DIVIDEN ASB. PANDUAN INI UNTUK MEREKA YANG MEMBUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN SENDIRI. UNTUK ANDA YANG MEMBUAT ASB LOAN 10K,50K,100K,200K BOLEH RUJUK PANDUAN SETERUSNYA DI BAWAH.

  1. DOWNLOAD PENYATA TAHUNAN ASB DI myASNB.

    Cara untuk anda muat turun/download Statement ASB anda di myASNB adalah seperti berikut :
    1. Sila masuk ke Laman Rasmi myASNB di sini : https://www.myasnb.com.my/.
    2. Tekan Log Masuk.
    3. Masukkan ID Pengguna anda.
    4. Tekan Teruskan.
    5. Tekan Ya jika Frasa Keselamatan kepunyaan anda.
    6. Masukkan Password anda.
    7. Tekan Log Masuk.
    8. Kemudian, anda akan dibawa ke Laman Utama myASNB anda.
    9. Pergi ke Menu sebelah kiri anda dan pilih Penyata.
    10. Tekan Penyata.
    11. Pilih Penyata Urusniga Terperinci.
    12. Pilih Tahun 2021.
    13. Tekan Muat Turun/Download.
    14. Buka Penyata yang didownload tadi untuk langkah seterusnya di bawah.

  2. SENARAIKAN BAKI UNIT SETIAP BULAN MERUJUK KEPADA PENYATA ASB. BERMULA DARI JANUARI SEHINGGA DISEMBER 2021.

    Contohnya seperti ini : (Berdasarkan penyata tadi, masukkan baki terendah pada setiap bulan.)
    Jan = RM20,000
    Feb = RM20,000
    Mar = RM20,000
    Apr = RM19,000 (Jika anda buat pengeluaran RM1,000 pada 8/4)
    Mei = RM19,000
    Jun = RM19,000
    Jul = RM19,000
    Ogos = RM19,000 (Jika anda masukkan RM2,000 pada 8 Ogos, baki terendah untuk bulan ni masih lagi dikira RM9,000).
    Sept = RM21,000
    Okt = RM21,000
    Nov = RM21,000
    Dis = RM21,000

  3. TAMBAH SEMUA BAKI UNIT SETIAP BULAN.

    Contoh Jumlah Semua Baki Unit di atas adalah : RM239,000.

  4. BAHAGIKAN DENGAN 12 BULAN JUMLAH BAKI UNIT ANDA DI LANGKAH 3 UNTUK DAPATKAN PURATA BULANAN.

    Contohnya seperti ini : RM239,000/12 = RM19,916.6667 (purata bulanan).

  5. DIVIDEN ASB 2021 ADALAH 5%. DARABKAN PURATA BULANAN DI LANGKAH 4 DENGAN 5% DIVIDEN.

    Contohnya seperti berikut : RM19,916.6667 x 5% = RM995.8333 (ini adalah anggaran jumlah dividen yang anda akan dapat).

  6. SELESAI. KEPADA PEMEGANG UNIT ASB JENIS ASBF ATAU LOAN BOLEH RUJUK CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 50K 100K 200K DI BAWAH INI.

CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN

Kepada pemegang unit ASB yang membuat pelaburan secara loan atau ASBF anda boleh rujuk cara kira dividen ASB loan Maybank, Cimb dan lain-lain yang kami kongsikan di bawah ini untuk pengiraan jumlah dividen yang bakal anda perolehi melalui pengiraan manual. Dan anda boleh membuat semakan secara online apabila urusaniaga ASB di buka semula. Untuk pengiraan dan anggaran awal boleh kira dividen ASB loan anda secara manual seperti di bawah ini.

Untuk makluman anda Cara Kira Dividen ASB Loan tidak susah kerana anda melabur jumlah yang telah ditetapkan setiap bulan. Sama ada pelaburan ASB LOAN 10K, 30K, 50K, 100K dan 200K.

ASB LOAN 10K

Ini Cara Kira ASB Loan 10K kepada pemegang unit yang cukup 1 tahun.

Jumlah Nilai ASBF/Loan anda x 5% = Dividen tahunan

Contoh :

ASB Loan RM10,000 x 5% = RM500.

RM500 ini adalah jumlah dividen ASB 10K yang anda akan dapat.

CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 10K TIDAK CUKUP SETAHUN (12 BULAN)

Cara kira Dividen ASB Loan 10K jika anda masih belum cukup 12 bulan (Setahun).

Boleh rujuk calculator dividen ASB di bawah ini.

Contohnya anda baru buat 10 bulan dan buat ASB Loan RM10K.

ASB LOAN RM10K = Dividen Tahunan RM500
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)

Contoh Calculator ASB : RM500 / 12 = RM41.66

(Darabkan dengan 10 untuk dapatkan anggaran dividen 10 bulan)

RM416 x 10 bulan = RM416 (ini jumlah dividen yang anda dapat jika ASB loan 10K anda tidak cukup setahun).

ASB LOAN 30K

Ini Cara Kira ASB Loan 30K kepada pemegang unit yang cukup 1 tahun.

Jumlah Nilai ASBF/Loan anda x 5% = Dividen tahunan

Contoh :

ASB Loan RM30,000 x 5% = RM1,500.

RM1,500 ini adalah jumlah dividen ASB 30K yang anda akan dapat.

CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 30K TIDAK CUKUP SETAHUN (12 BULAN)

Cara kira Dividen ASB Loan 30K jika anda masih belum cukup 12 bulan (Setahun).

Boleh rujuk calculator dividen ASB di bawah ini.

Contohnya anda baru buat 10 bulan dan buat ASB Loan RM30K.

ASB LOAN RM30K = Dividen Tahunan RM1,500
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)

Contoh Calculator ASB : RM1,500 / 12 = RM125

(Darabkan dengan 10 untuk dapatkan anggaran dividen 10 bulan)

RM125 x 10 bulan = RM1,250 (ini jumlah dividen yang anda dapat jika ASB loan 30K anda tidak cukup setahun).

ASB LOAN 50K

Ini Cara Kira ASB Loan 50K kepada pemegang unit yang cukup 1 tahun.

Jumlah Nilai ASBF/Loan anda x 5% = Dividen tahunan

Contoh :

ASB Loan RM50,000 x 5% = RM2,500.

RM2,500 ini adalah jumlah dividen ASB 50K yang anda akan dapat.

CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 50K TIDAK CUKUP SETAHUN (12 BULAN)

Cara kira Dividen ASB Loan 50K jika anda masih belum cukup 12 bulan (Setahun).

Boleh rujuk calculator dividen ASB di bawah ini.

Contohnya anda baru buat 10 bulan dan buat ASB Loan RM50K.

ASB LOAN RM50K = Dividen Tahunan RM2,500
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)

Contoh Calculator ASB : RM2,500 / 12 = RM208.33

(Darabkan dengan 10 untuk dapatkan anggaran dividen 10 bulan)

RM208.33 x 10 bulan = RM2083 (ini jumlah dividen yang anda dapat jika ASB loan 50K anda tidak cukup setahun).

ASB LOAN 100K

Ini Cara Kira ASB Loan 100K kepada pemegang unit yang cukup 1 tahun.

Jumlah Nilai ASBF/Loan anda x 5% = Dividen tahunan

Contoh :

ASB Loan RM100,000 x 5% = RM5,000.

RM5,000 ini adalah jumlah dividen ASB 100K yang anda akan dapat.

CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 100K TIDAK CUKUP SETAHUN (12 BULAN)

Cara kira Dividen ASB Loan 100K jika anda masih belum cukup 12 bulan (Setahun).

Boleh rujuk calculator dividen ASB di bawah ini.

Contohnya anda baru buat 10 bulan dan buat ASB Loan RM100K.

ASB LOAN RM100K = Dividen Tahunan RM5,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)

Contoh Calculator ASB : RM5,000 / 12 = RM417.

(Darabkan dengan 10 untuk dapatkan anggaran dividen 10 bulan)

RM417 x 10 bulan = RM4,170 (ini jumlah dividen yang anda dapat jika ASB loan 100K anda tidak cukup setahun).

CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 200K

Ini Cara Kira ASB Loan 200K kepada pemegang unit yang cukup 1 tahun.

Jumlah Nilai ASBF/Loan anda x 5% = Dividen tahunan

Contoh :

ASB Loan RM200,000 x 5% = RM10,000.

RM10,000 ini adalah jumlah dividen ASB 200K yang anda akan dapat.

CARA KIRA DIVIDEN ASB LOAN 200K TIDAK CUKUP SETAHUN (12 BULAN)

Pengiraan ASB Loan 200K jika anda masih belum cukup 12 bulan (Setahun).

Boleh rujuk calculator dividen ASB di bawah ini.

Contohnya anda baru buat 10 bulan dan buat ASB Loan RM200K.

ASB LOAN RM200K = Dividen Tahunan RM10,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)

Contoh Calculator ASB : RM10,000 / 12 = RM833.33.

(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)

RM833.33 x 10 bulan = RM8330 (ini jumlah dividen yang anda dapat jika ASB loan 200K anda tidak cukup setahun).

MACAM MANA NAK KIRA DIVIDEN ASB?

Bagaimana cara kira dividen ASB?

Anda boleh membuat pengiraan dividen melalui penyata ASB anda dan dapatkan purata dan darabkan dengan jumlah dividen yang anda dapat.

Bagaimana nak kira dividen ASB Loan?

Anda darabkan dividen ASB yang diumumkan dengan jumlah ASB Loan yang anda buat. Anda akan dapat jumlah dividen yang anda dapat. Dan sekiranya anda masih tidak cukup 1 Tahun ASBF anda boleh rujuk panduan pengiraan di artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan banjir rm1000

BANTUAN BANJIR RM1000 : PERMOHONAN WANG IHSAN (BIW) 2021