in ,

CARA DAFTAR BANTUAN BKM ONLINE 2022

cara daftar bantuan bkm

CARA DAFTAR BANTUAN BKM ONLINE 2022

Untuk makluman anda, permohonan pendaftaran baru Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh dibuat secara online ataupun menerusi borang mulai 1 Januari 2022. Portal rasmi BKM telah mula dibuka bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran atau permohonan baru.

Sila rujuk panduan di bawah ini untuk membuat pendaftaran dan permohonan baru BKM 2022.

Check Permohonan BKM 2022 anda di sini : CHECK BKM

Baca juga : iLINDUNG CARA MOHON KELUAR DUIT KWSP

CARA DAFTAR BANTUAN BKM 2022 ONLINE

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR BANTUAN BKM 2022 ONLINE.

  1. Klik Link Rasmi Daftar/Register BKM Online di sini : https://bkm.hasil.gov.my/PermohonanBKM?.

  2. Pertama Sekali, anda dikehendaki Semak dahulu sama ada Permohonan anda ada Rekod ataupun Tidak.

  3. Di Maklumat Pemohon, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  4. Kemudian, klik [Semak].

  5. Anda akan terima Notifikasi seperti ini jika TIADA REKOD dan PERLU BUAT PERMOHONAN BARU “No. MyKad tiada rekod / tidak sah. Sila hadir ke LHDNM dengan membawa MyKad untuk semakan”.

    Untuk anda yang tiada rekod anda dikehendaki membuat Permohonan Baru di myBKM ini. Sila ikuti panduan ini untuk Pendaftaran Permohonan Baru BKM 2022 online.

  6. Atau anda akan terima Notifikasi seperti ini jika ADA REKOD dan PERLU BUAT KEMASKINI “Sila log masuk MyBKM untuk tindakan kemas kini permohonan BKM 2022.”

    Jika anda menerima Notifikasi Perlu Kemaskini, anda tidak perlu membuat Permohonan Baharu. Anda pergi ke Halaman Utama myBKM, klik [LOG MASUK BKM] dan Kemaskini Maklumat (jika ada penambahan atau pengerungan) dan Semak Status Permohonan sama ada diterima atau tidak.

  7. Isi Butiran dan Maklumat Peribadi anda yang diminta.

  8. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) wajib diisi.

  9. Seterusnya, anda dikehendaki Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan untuk memastikan Permohonan Baru Bantuan Keluarga Malaysia anda diterima.

  10. Sila Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan anda.

    Jenis Dokumen Sokongan yang perlu anda Muat Naik :
    Sijil Kahwin.
    Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan.
    Pengesahan Pasangan.
    Pengesahan Status Pelajar Anak.
    Sijil Lahir Anak.

    Sila pastikan Dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan.
    Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan(3MB) untuk satu fail.
    Hanya Tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik.
    Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan.

  11. Seterusnya, Pilih Maklumat Wakil sama ada Ada Wakil atau Tiada Wakil ataupun Maklumat Sama Seperti Pasangan.

    Jika anda ingin mewakilkan bayaran yang diterima untuk diambil oleh anak ataupun orang lain sila pilih Ada Wakil dan masukkan Maklumat Wakil yang anda mahu wakilkan untuk anda.

  12. Check semua Maklumat dan Butiran yang anda isi sebelum ini adalah benar, betul dan lengkap.

  13. Klik [Teruskan] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.

  14. Anda akan dibawa ke Bahagian Pengesahan.

  15. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan.

  16. Klik [SAHKAN CAPTCHA].

  17. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [Kotak Kecil] Perakuan Pemohon berkenaan.

  18. Klik [Hantar] untuk Permohonan Baru MyBKM.

  19. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

  20. Selesai.

BORANG DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Anda boleh Download Borang Permohonan Baru BKM 2022 di bawah ini. Klik [Download].

RUJUKAN

Sebarang soalan boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini. Artikel ini bertujuan untuk berkongsi panduan permohonan dan permohonan kepada mereka yang memerlukan informasi seperti ini. Pihak kami akan kemaskini maklumat ini apabila secara rasmi dibuka untuk mohon BKM.

Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Talian Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566

4 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bkm

BKM : PORTAL RASMI PENDAFTARAN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022