RAYUAN BKM 2022 : SEMAKAN STATUS/PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM merupakan bantuan tunai bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat wabak Covid19 yang telah melanda seluruh dunia buat masa ini dalam pembentangan Belanjawan 2022. Bantuan ini meliputi kepada isi rumah B40 dan M40, warga emas dan bujang.
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, permohonan BKM dapat dilakukan pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. Bayaran akan dilakukan selepas tamat tempoh pengemaskinian/permohonan. Semakan status dapat dilakukan pada 28 Mac 2022 untuk mengetahui sama ada anda lulus atau tidak. Namun begitu, anda tidak perlu risau jika permohonan anda tidak lulus kerana anda boleh mengemukakan rayuan.
BACA JUGA : BANTUAN I FITRI 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/BAYARAN/TARIKH BAYARAN
ISI KANDUNGAN
SEMAKAN STATUS BKM 2022
Semakan status untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak untuk menerima BKM dapat dilakukan selepas log in melalui pautan berikut:
Semakan status BKM : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022
Jika anda tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia, atau mendapat status TIDAK LULUS BKM, boleh kemukakan permohonan.
Permohonan rayuan akan dibuka pada 2 MEI 2022 secara online.
Terdapat DUA cara untuk membuat permohonan :
- Rayuan dapat dilakukan di laman web http://bkm.hasil.gov.my/
Login ke dalam sistem dan masuk ke bahagian MyBKM dan klik Permohonan Rayuan - Menghantar borang rayuan ke mana-mana cawangan LHDNM.
Sila pastikan anda menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula oleh LHDN bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN
Permohonan ini dibuka selama SEBULAN iaitu pada 2 MEI 2022 hingga 2 JUN 2022
Sebelum 2 MEI 2022, tiada sebarang laman permohonan rayuan dibuka kepada pemohon.
RUJUKAN
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari pautan berikut : https://bkm.hasil.gov.my/
TIDAK. Permohonan rayuan BKM akan dibuka pada 2 MEI 2022 hingga 1 JUN 2022. Seblum tarikh tersebut, laman permohonan rayuan tidak akan dibuka kepada pemohon
Permohonan dapat dilakukan secara online. Sila rujuk artikel ini untuk panduan lengkap cara memohon.