BANTUAN I FITRI 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/BAYARAN/TARIKH BAYARAN
Kerajaan Negeri Terengganu telah mengembalikan dana raya kepada rakyat negeri Terengganu menerusi pemberian i-Fitri pada tahun 2022 dengan peruntukkan sebanyak RM33.3 juta. Bantuan ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di bawah Belanjawan 2022.
Bersesuaian dengan tema Belanjawan 2022 iaitu “Merakyatkan Sejahtera untuk Semua”, Bantuan i-Fitri telah diumumkan untuk membantu isi rumah manakala bantuan tunai secara one-off akan memanfaatkan belia, mahasiswa dan golongan OKU.
BACA JUGA : PAKEJ PERANTISISWA 2022 : BANTUAN TABLET PERCUMA PELAJAR B40
JUMLAH BANTUAN I-FITRI 2022
Bantuan i-Fitri ini bertujuan untuk membantu isi rumah B40 dan sebahagian M40 supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah selepas dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.
Jumlah bantuan bagi isi rumah miskin yang berpendapatan tidak melebihi RM2500 bagi sebuah isi rumah akan mendapat sebanyak RM400.
Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2501 sehingga RM5000 pula, mereka akan mendapat bantuan sebanyak RM250
ISI KANDUNGAN
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN I FITRI 2022
Bagi mereka yang layak, permohonan dapat dilakukan pada :
- Tarikh permohonan : 22 MAC -31 MAC 2022
TARIKH BAYARAN BANTUAN I FITRI 2022
Bayaran untuk bantuan ini akan dilakukan pada :
- Tarikh bayaran bantuan : 17 APRIL – 23 APRIL 2022
SYARAT PERMOHONAN
Individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut boleh membuat permohonan :
- Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun); atau
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2501.00-RM5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Pemohon berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
- Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.
- Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon.
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.
CARA MEMOHON BANTUAN I FITRI 2022
Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon bantuan ini sehingga 31 Mac 2022, melalui pautan berikut :
https://ibantuan.terengganu.gov.my
Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung (JPKK).
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen berikut perlu disertakan bersama-sama dengan borang permohonan:
- Salinan Kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan.
- Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK.
- Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak).
SEMAKAN PERMOHONAN I FITRI
Anda boleh membuat semakan kelulusan permohonan i-Fitri Terengganu sama ada anda lulus atau tidak dengan log masuk melalui link pautan berikut :
https://ibantuan.terengganu.gov.my
RUJUKAN
Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan Bantuan i-FITRI 2022, boleh rujuk di laman web berikut:
https://ibantuan.terengganu.gov.my
Sila rujuk artikel ini untuk panduan lengkap bagi memohon Bantuan I Fitri 2022.
Permohonan bantuan ini dibuka pada 22 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022.
2 Comments
Leave a Reply2 Pings & Trackbacks
Pingback:RAYUAN BKM 2022 : SEMAKAN STATUS/PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA - SEMAKAN MALAYSIA
Pingback:SIMPAN SSPN ONLINE 2022: CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN PENYATA SSPN PRIME & PLUS - SEMAKAN MALAYSIA