PAKEJ PERANTISISWA 2022 : BANTUAN TABLET PERCUMA PELAJAR B40
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan juga berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti.
BACA JUGA : KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS) – PERMOHONAN/SEMAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL
APAKAH PAKEJ PERANTISISWA?
Pakej PerantiSiswa merupakan initiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan yang menyasarkan untuk memberi bantuan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.
Bantuan ini melibatkan pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi daripada keluarga golongan B40.
Permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 akan dibuka bermula pertengahan April ini. Proses bantuan ini dijangka dapat disempurnakan menjelang Mei 2022 dan mula dilaksanakan pada Jun 2022.
ISI KANDUNGAN
SYARAT KELAYAKAN PAKEJ PERANTISISWA 2022
Golongan miskin dan B40 yang pendapatan ibu bapanya tidak melebihi RM4,850 sebulan layak untuk membuat permohonan untuk inisiatif ini.
Bantuan ini dikhaskan untukk mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
TARIKH PERMOHONAN/PENDAFTARAN
Tarikh permohonan bagi pakej bantuan ini akan dibuka bermula pertengahan April 2022.
Proses bantuan ini dijangka dapat disempurnakan menjelang Mei 2022 dan mula dilaksanakan pada Jun 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan inisiatif ini.
SYARIKAT TELEKOMUNISASI YANG TERLIBAT
Syarikat telekomunisasi yang terlibat dalam pakej bantuan ini ialah:
- Celcom Axiata Berhad (Celcom)
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
- Maxis Berhad (Maxis)
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
- Telekom Malaysia Berhad (TM)
- YTL Communications Sdn Bhd (YES)
TIDAK. Hanya pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40 berpendapatan tidak melebihi RM4,850 layak untuk memohon Pakej PerantiSiswa 2022.
Tarikh permohonan bagi Pakej PerantiSiswa akan dibuka bermula pertengahan April 2022.
2 Comments
Leave a Reply2 Pings & Trackbacks
Pingback:BANTUAN I FITRI 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/BAYARAN/TARIKH BAYARAN - SEMAKAN MALAYSIA
Pingback:PERANTISISWA 2022 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN PERANTI PERCUMA - SEMAKAN MALAYSIA