in ,

PERANTISISWA 2022 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN PERANTI PERCUMA

perantisiswa 2022

PERANTISISWA 2022 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN PERANTI PERCUMA

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan juga berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti.

BACA JUGA : PAKEJ PERANTISISWA 2022 : PERMOHONAN/PENDAFTARAN BANTUAN TABLET PERCUMA PELAJAR B40

APAKAH PAKEJ PERANTISISWA 2022?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.

Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

ISI KANDUNGAN

TARIKH PERMOHONAN/PENDAFTARAN

Tarikh permohonan bagi pakej bantuan ini dibuka bermula 15 April 2022 pada pukul 8.00 Pagi.

Proses bantuan ini dijangka dapat disempurnakan pada bulan Jun 2022.

CARA PERMOHONAN PERANTISISWA 2022

Permohonan secara atas talian/online dapat dilakukan bermula 15 April 2022 pada pukul 8 pagi menerusi pautan berikut :

https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Anda boleh merujuk kepada manual ini untuk panduan semasa mengisi borang permohonan.

Manual Pengguna Perantisiswa

SYARAT KELAYAKAN PERANTISISWA 2022

  1. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut berpeluang untuk menerima bantuan peranti sebanyak 1 unit :
    • Warganegara Malaysia;
    • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
    • Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
    • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
    • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  3. Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
  4. Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
    • menamatkan pengajian;
    • berhenti pengajian;
    • dibuang pengajian;
    • menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
    • melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  5. Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  6. Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  7. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  8. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  9. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  10. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  11. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  12. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN/KELULUSAN PERANTISISWA 2022

Keputusan berkenaan status kelayakan atau kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.

RUJUKAN

Sebarang kemusyikilan dan pertanyaan boleh salurkan di :

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan PerantiSiswa 2022?

Sila rujuk artikel ini untuk panduan lengkap cara-cara mendaftar atau memohon bantuan peranti percuma untuk B40.

Bilakah tarikh permohonan PerantiSiswa 2022?

Permohonan atau pendaftaran sudah boleh dibuat bermula 15 April 2022 pada pukul 8 pagi.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    BBSM

    BBSM 2022: CARA TEBUS BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA