SIMPAN SSPN ONLINE 2022: CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN PENYATA SSPN PRIME & PLUS
Makluman kepada ibu bapa yang ingin membuka akaun SIMPAN SSPN untuk anak-anak, anda kini boleh daftar SSPN secara online. Kini, SSPN-i dan SSPN-i Plus telah dijenamakan semula sebagai SSPN PRIME dan SSPN PLUS.
ISI KANDUNGAN
CARA BUKA AKAUN SIMPAN SSPN 2022
Berikut merupakan cara untuk daftar atau buka akaun SSPN PRIME dan SSPN Plus.
- Buka Portal Rasmi Simpan SSPN
- Pilih Skim / Pakej
- Anda boleh memilih untuk daftar SSPN PRIME atau SSPN Plus, dan klik pada salah satu butang tersebut.
- Disertakan di sini Panduan Mengisi Pembukaan Akaun SSPN PRIME dan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Plus Secara “Online”
*Bagi SSPN Plus, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan seperti di bawah.
*Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.
*Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.
- Isi Maklumat Anak / Peribadi
- Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.
- Pilih Kaedah Potongan
- Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN.
- Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.
- Klik ‘Setuju’.
- Buat Bayaran
- Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.
- (Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)
- Pengesahan
- Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.
- Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.
BACA JUGA: BANTUAN I FITRI 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/BAYARAN/TARIKH BAYARAN
CARA SEMAKAN PENYATA
- Layari portal rasmi SSPN, https://lovesspn.com/
- Pilih Semakan Penyata SSPN PRIME atau SSPN Plus
- Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR
- Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata
Sebelum membuat pendaftaran, anda perlu tahu perbezaan antara SSPN PRIME dan SSPN Plus. Berikut disertakan soalan-soalan lazim mengenai SIMPAN SSPN sebagai panduan para ibu bapa sebelum pembukaan akaun.
SIMPAN SSPN Prime yang juga dikenali sebagai SSPN-i merupakan produk PTPTN tanpa komitmen bulanan. SSPN PRIME merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN PRIME merupakan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Sila rujuk pautan berikut, https://lovesspn.com/soalan-lazim/
SIMPAN SSPN Plus yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus merupakan produk terbaru PTPTM dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini
Pembukaan akaun SSPM PRIME boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri atau untuk warganegara Malaysia yang lain manakala SSPN Plus boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri, anak dan anak jagaan yang sah sahaja.
Namun SSPN PRIME berbeza dengan SSPN Plus kerana ia menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang tetap.
Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pakej Intan: RM30 / sebulan
Pakej Delima: RM50 / sebulan
Pakej Topas: RM 100 / sebulan
Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
Pakej Nilam: RM300 / sebulan
Pakej Berlian: RM500 / bulan
Sila rujuk di pautan berikut: https://sspn-i.com/asas/sspnprime_vs_sspnplus.php
– Dijamin kerajaan
– Pelepasan taksiran cukai
– Dividen kompetitif
– Permohonan pinjaman pendidikan
– Tiada komitmen bulanan
– Takaful percuma
Boleh rujuk di sini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai SIMPAN SSPN, layari portal rasmi SSPN.
Sebarang pertanyaan dan aduan, hubungi talian careline : 03- 21933000 dan di e-Aduan