in ,

KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS) : PERMOHONAN/SEMAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL

kasih ibu smart selangor

KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS) – PERMOHONAN/SEMAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL

Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesbuah keluarga dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Sebagai tanda penghargaan buat kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang merupakan sebuah program kebajikan khusus buat kaum ibu dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40)

BACA JUGA : PROGRAM BUDI MARA : BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR MRSM B40

APAKAH PROGRAM KASIH IBU SMART MALAYSIA (KISS)

Program Kasih Ibu Smart Malaysia (KISS) merupakan sebuah inisiatif daripada kerajaan negeri Selangor untuk meringankan beban kaum ibu daripada keluarga dalam kalangan berpendapatan rendah.

Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Individu yang berada di bawah program ini dapat membeli barangan keperluan asa di kedai dan pasar raya berdaftar tanpa tunai (cashless).

ISI KANDUNGAN

SYARAT KELAYAKAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Syarat kelayakan untuk memohon kad KISS adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun dan
  • Pemilih berdaftar di Selangor dan
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
  • Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
  • Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS :

  1. ​Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
  16. Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

CARA PERMOHONAN ONLINE KISS

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
  3. Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  6. Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
  7. Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor

SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN KISS

Isi nombor kad pengenalan untuk menyemak sama ada permohonan anda telah diluluskan melalui pautan ini : https://kiplepay.com/cards/card-activation

RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila salurkan kepada pautan berikut :

Bagaimanakah cara pendaftaran/permohonan untuk bantuan KISS Selangor?

Sila rujuk artikel ini panduan lengkap cara permohonan, semakan dan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan KISS Selangor.

Bagaimanakah cara untuk pengaktifan kad KISS?

Boleh kunjungi pautan berikut untuk pengaktifan kad : https://kiplepay.com/cards/card-activation

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    program budi mara

    PROGRAM BUDI MARA : BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR MRSM B40

    perantisiswa 2022

    PAKEJ PERANTISISWA 2022 : PERMOHONAN/PENDAFTARAN BANTUAN TABLET PERCUMA PELAJAR B40