in ,

PROGRAM BUDI MARA : BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR MRSM B40

program budi mara

Program BUDI MARA adalah inisiatif daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikhaskan untuk pelajar-pelajarnya yang layak dan juga yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Tujuan Program BUDI ini ialah memberi peluang kesamarataan untuk pelajar daripada keluarga kategori B40 supaya mendapatkan pendidikan yang terbaik sepanjang tempoh pengajian mereka di MRSM.

Pelaksanaan program BUDI ini bertepatan dengan dasar pengambilan pelajar MRSM di mana sekurang-kurangnya 60% daripada pelajar adalah berasal daripada keluarga golongan B40.

BACA JUGA : CARA CHECK DIVIDEN KWSP 2022 MELALUI i-AKAUN

APAKAH PROGRAM BUDI MARA?

Program BUDI MARA merupakan telah diperkenalkan sejak tahun 2005 yang dahulunya dikenali sebagai Program Bantuan Khas (PBK) dan kini dijenamakan semula sebagai program BUDI pada tahun 2006.

Pihak MARA telah memeperuntukkan sebanyak 10 juta kepada lebih 6,000 orang pelajar yang layak mendapat bantuan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Bantuan yang telah diberikan bukan sahaja kepada yuran persekolahan semata-mata tetapi merangkumi perbelanjaan lain juga seperti pakaian sekolah dan keperluan peribadi yang lain.

ISI KANDUNGAN

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM BUDI MARA

Para pelajar akan disaring mengikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk melayakkan diri mereka bagi bantuan ini kerana bukan semua pelajar yang melanjutkan pelajaran ke MRSM layak mendapat bantuan secara automatik. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  1. Pendapatan isi rumah kurang RM1,500
  2. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
  3. Keluarga mempunyai tanggugan 5 orang dan ke atas

PROSES PEMILIHAN MURID

Proses pemilihan sebelum dimasukkan dalam senarai murid-murid yang layak mendapat bantuan adalah seperti berikut :

  1. Nama pelajar akan dimuat turun daripada Sistem Permohonan MRSM dan 1000 orang pelajar disenarai pendek untuk siasatan (pendapatan waris RM1,500 ke bawah dan 5 tanggungan ke atas).
  2. Pejabat MARA mengadakan mesyuarat bersama MRSM dan MRSM Daerah serta proses siasatan dan outreach bermula di seluruh negara.
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Budi diadakan bagi pemilihan pelajar berdasarkan merit ditentukan daripada pencapaian akademik, pendapatan ibu bapa, dan tanggungan.
  4. Mesyuarat Penyelarasan Penempatan diadakan bagi pengesahan data pelajar dan penempatan MRSM.
  5. Pelajar melapor diri ke MRSM.

JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN

Pelajar yang telah tersenarai untuk menerima bantuan sebanyak RM1,100 yang berbentuk seperti berikut :

  • Yuran persekolahan
  • Pakaian sekolah
  • Barangan keperluan harian
  • Peralatan pembelajaran
  • Tambang perjalanan cuti semester
  • Pakaian sukan
  • Barangan keperluan peribadi
  • Wang saku bulanan RM50
  • Pengecualian bayaran wang caruman

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut mengenai BUDI MARA, sila layari laman web MARA iaitu :

Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
Telefon : 03-2613 2000
Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Emel : [email protected]

Apakah jenis bantuan yang diberikan kepada pelajar MRSM B40?

Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui jenis bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak

Apakah syarat kelayakan Program BUDI MARA?

Sila rujuk artikel ini untuk membuat semakan syarat kelayakan bagi program BUDI MARA.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara check dividen kwsp

CARA CHECK DIVIDEN KWSP 2022 MELALUI i-AKAUN

kasih ibu smart selangor

KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS) : PERMOHONAN/SEMAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL