CARA CHECK DIVIDEN KWSP 2022 MELALUI i-AKAUN
Prestasi KWSP telah dicacatkan sebagai agak memberangsangkan untuk tahun 2021 meskipun mengharungi pandemik Covid-19 yang sememangnya agak mencabar untuk semua terutama sekali dari segi ekonomi dan juga kesihatan. Disebabkan itu, semua caruman di KWSP telah diumumkan akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 6.10% bagi Simpanan Konvensional manakala kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah 5.65%.
Jumlah ini agak meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya dan ahli-ahli dapat membuat semakan untuk tujuan mengetahui kadar dividen tersebut. Sekiranya anda ingin mengetahui jumlah dividen yang telah dikreditkan ke dalam akaun anda, semakan dapat dilakukan bagi tujuan ini dengan menggunakan perkhidmatan terkini yang dikenali sebagai i-Akaun.
Anda boleh terus login melalui i-Akaun untuk membuat semakan penyata akaun tahunan anda termasuk nilai dividen yang dimasukkan.
BACA JUGA: DIVIDEN KWSP 2022 : CARA SEMAK ATAU KIRA DAN TARIKH BAYARAN
APAKAH DIVIDEN KWSP?
Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Disebabkan itu, setiap ahli telah diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum dalam amaun tersebut.
Walau bagaimanapun, kadar dividen Simpanan Shariah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.
CARA NAK CHECK DIVIDEN KWSP
Rujuk di artikel ini.
Anda boleh membuat semakan dividen KWSP yang akan dikreditkan ke akaun bermula 6 Mac 2022.
Di bawah ini merupakan panduan untuk check dividen online menggunakan i-Akaun.
- Layari www.kwsp.gov.my
- Pergi kepada ikon Login
- Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik View Details di bahagian menu Dividen
- Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan
APLIKASI i-AKAUN
Tuan/Puan boleh lihat panduan lengkap di artikel ini.
i-Akaun juga dapat diakses melalui aplikasi yang lebih cepat dan mudah selain daripada melayari laman web KWSP-i
Berikut merupakan pautan untuk download aplikasi i-Akaun :
- Aplikasi i-Akaun di Google PlayStore
- Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun boleh klik pautan berikut : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services
atau;
Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:PROGRAM BUDI MARA : BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR MRSM B40 - SEMAKAN MALAYSIA