in ,

E FILING HASIL 2022 : CARA ISI CUKAI PENDAPATAN LHDN

e filing hasil

E FILING HASIL 2022 : CARA ISI CUKAI PENDAPATAN LHDN

ISI KANDUNGAN

TARIKH ISI E FILING HASIL

Berita baik khas buat pembayar cukai yang ingin menggunakan kaedah penghantaran borang cukai pendapatan yang mudah, cepat dan selamat. Pada tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun merupakan tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu seorang individu Warganegara Malaysia yang tidak menjalankan apa-apa perniagaaan dalam tahun yang ditaksir.

Makluman tambahan, e-Filing HASiL merupakan suatu kaedah untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dam Negara Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Walaupun tidak wajib (kecuali Borang E), pembayar cukai digalkkan menggunakan e-Filing kerana ianya merupakan kemudahan atas talian yang cepat dan pantas.

SENARAI BORANG E FILING

Panduan bagi yang pertama kali atau lupa dalam menggunakan sistem e-Filing cukai pendapatan online boleh dirujuk di sini. Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran semasa mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P, M, MT, dan TF. Berikut merupakan langkah seterusnya setelah berjaya log masuk ke sistem ezHASiL:

  1. Skrin Perkhidmatan akan dipaparkan.
  2. Klik pada pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah.
  3. Pilih jenis borang pada skrin e-Borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.

Senarai e-Borang serta golongan yang boleh/layak mengisi semasa mengisi e-Filing adalah seperti berikut:

Jenis Borang Golongan layak mengisi
Borang B/BT (e-B/e-BT)Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
Borang BE (e-BE)Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
Borang P (e-P)Borang Nyata Perkongsian
Borang M/MT (e-M/e-MT)Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
Borang E (e-E)Borang Nyata Oleh Majikan
Borang C (e-C)Borang Nyata Syarikat
Borang C1 (e-C1)Borang Nyata Koperasi
Borang R (e-R)Penyata Baki 108 Tersemak
Borang CP204 (e-CP204)Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
Borang CP204A (e-CP204A)Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9
Borang TF (e-TF)Borang Nyata Pertubuhan
Borang TP (e-TP)Borang Nyata Harta Pusaka
Borang TC (e-TC)Borang Nyata Unit Amanah/Amanah Harta Tanah
Borang TA (e-TA)Borang Nyata Badan Amanah
Borang PT (e-PT)Borang Nyata Perkongsian Liabiliti Terhad
e-Permohonan Pindaan BEPermohonan pindaan atas kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh
Semakan PengesahanSemakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan tersebut
Jenis Borang e-Filing dan Gplongan yang Layak Mengisi

CARA ISI E FILING HASIL

Jenis borang e-BE dipilih untuk dijadikan sebagai contoh. Skrin borang tersebut akan dipaparkan dan maklumat yang perlu diisi pada borang tersebut terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu:

  1. Maklumat Individu
    • Pada ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah wajib untuk dilengkapkan. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada tab yang seterusnya.
    • Klik butang Nota Penerangan BE untuk mendapatkan Penerangan berkaitan borang BE. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris.
  2. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan dan Pendapatan Tahun Kebelakangan yang Belum Dilaporkan
    • Maklumat berkaitan penggajian (gaji) akan dipaparkan. Pengguna boleh melengkapkan maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini
  3. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
    • Pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Simbol (i) adalah untuk mendapatkan penerangan lanjut.
  4. Rumusan
    • Di halaman ini, rumusan cukai akan dipaparkan. Sistem akan memaparkan amaun “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh membuat semakan semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Klik butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.
  5. Setelah melengkapkan kesemua empat bahagian borang tersebut, terus ke bahagian Akuan. Terdapat tiga (3) pilihan menu pada skrin Akuan iaitu:
    • Cetak Draf Borang (Mencetak draf borang dalam bentuk PDF).
    • Tandatangan & Hantar (Untuk menghantar e-Borang).
    • Kembali (Kembali ke skrin yang sebelumnya).
    • Hantar e-Borang dengan menekan butang Tandatangan & Hantar 6.
  6. Tandatangan Dan Hantar Borang.
    • Isi No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini
  7. Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX akan dipaparkan. Pengguna boleh melakukan tiga (3) perkara dengan menekan klik pada butang yang disediakan iaitu:
    • Butang Simpan & Cetak Pengesahan (Untuk menyimpan dan mencetak slip pengesahan penerimaan borang).
    • Butang Simpan & Cetak e-BE (Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang).
    • Butang Keluar (Untuk keluar dari e-Borang).

MANUAL PENGGUNA E-BORANG

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah membuat login kali pertama, rujuk panduan pengguna di pautan berikut : https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai cara isi borang e-Filing cukai pendapatan individu (Borang BE/B) 2021 ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi LHDN seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dividen kwsp

DIVIDEN KWSP 2022 : CARA SEMAK ATAU KIRA DAN TARIKH BAYARAN

cara check dividen kwsp

CARA CHECK DIVIDEN KWSP 2022 MELALUI i-AKAUN