in ,

DIVIDEN KWSP 2022 : CARA SEMAK ATAU KIRA DAN TARIKH BAYARAN

dividen kwsp

DIVIDEN KWSP 2022 : CARA SEMAK ATAU KIRA DAN TARIKH BAYARAN

ISI KANDUNGAN

APA ITU DIVIDEN KWSP

Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Oleh yang demikian, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.

Tambahan pula, kadar dividen simpanan syariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

TARIKH UMUM DIVIDEN KWSP 2022

Saban tahun, KWSP akan umumkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Kesemua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter.

Terkini, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 2021 pada tengah hari 2 Mac 2022.

Baca juga : PENGELUARAN ASB 2022 : CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE/BANK/PEJABAT POS/CAWANGAN ASB

DIVIDEN KWSP 2022

Hari ini, Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid, jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.

SEJARAH KADAR DIVIDEN KWSP

Kadar Dividen bagi Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional pada tahun sebelum ini adalah seperti berikut:

Tahun Simpanan Syariah (%)Simpanan Konvensional (%)
20204.905.20
20195.005.45
20185.906.15
20176.406.90
Sumber : Portal rasmi KWSP

CARA SEMAK

Untuk makluman, semakan boleh dibuat dan akan dikreditkan ke akaun mulai 6 Mac 2022.

Semakan online melalui i-Akaun boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi KWSP
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  4. Klik View Details di bahagian menu Dividend
  5. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan

Makluman tambahan, bagi yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar dan Aktifkan i-Akaun KWSP Secara Online

CARA KIRA KADAR DIVIDEN KWSP

Simpanan KWSP merupakan simpanan jangka masa panjang untuk persaraan anda. Bagi mencapai tujuan ini, KWSP melaburkan simpanan untuk mendapatkan pulangan yang optimum. Pulangan dari simpanan ini akan diagihkan dalam bentuk dividen, yang diperolehi daripada pendapatan bersih.

Panduan mudah pengiraan kadar dividen menggunakan Kalkulator Dividen Syer Kerajaan boleh dirujuk di sini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/social-media atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pengeluaran asb

PENGELUARAN ASB : CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE/BANK/PEJABAT POS/CAWANGAN ASB

e filing hasil

E FILING HASIL 2022 : CARA ISI CUKAI PENDAPATAN LHDN