PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA : SEMAKAN STATUS BKM 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah skim bantuan tunai Kerajaan yang akan diberikan kepada pemohon yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang tinggi. Bantuan ini lebih bersasar dan telah ditambah baik selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat.
Baca juga : BKM : PORTAL RASMI PENDAFTARAN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
ISI KANDUNGAN
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Pemohon layak menerima Bantuan BKM ini sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti yang dinyatakan di dalam Syarat Permohonan BKM di bawah ini.
ISI RUMAH
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan BKM untuk Kategori Isi Rumah adalah anda mestilah berkahwin atau anda mestilah Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat. Pendapatan Isi Rumah anda mestilah RM5000 dan ke bawah. Dan tiada had umur.
WARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGAN
Untuk Kategori Warga Emas Bujang atau yang tiada pasangan Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia adalah anda mestilah Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat. Pendapatan isi rumah anda mestilah RM5000 dan ke bawah. Had umur bagi kategori ini adalah bermula umur 60 tahun dan ke atas.
BUJANG
Bagi Kategori Bujang Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan BKM 2022 adalah anda mestilah Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat. Had umur bagi Kategori Bujang Permohonan BKM 2022 adalah bermula 21 tahun sehingga umur 59 tahun. Dan jumlah pendapatan anda mestilah RM2500 dan ke bawah.
SEMAKAN BKM 2022
Jika anda menepati syarat kelayakan penerima bantuan BKM 2022 untuk salah satu Kategori yang dinyatakan di atas, anda boleh membuat Semakan BKM 2022 atau Check Status Lulus atau Tidak Bantuan Keluarga Malaysia 2022 di bawah ini.
Cara Semak/Check Status Lulus BKM 2022 adalah masuk ke https://bkm.hasil.gov.my. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan Klik Semak. Status Semakan akan dipaparkan.
Anda boleh donwload app BKM. Dan Semak menggunakan Nombor Kad Pengenalan anda.
PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Untuk makluman anda, Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Selain itu, Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, anda hendaklah membuat Semakan Status Kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baharu. Jika hasil semakan BKM anda Lulus maka anda tidak perlu lah membuat permohonan baharu. Jika ada perubahan maklumat yang anda ingin buat anda boleh membuat kemaskini di dalam portal BKM.
Kepada anda yang membuat semakan BKM 2022 tetapi tiada rekod dalam pangkalan data, anda hendaklah membuat permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Permohonan boleh dibuat menerusi Laman Web atau Online dan juga Borang Manual yang dihantar terus ke pejabat LHDN yang berdekatan dengan anda.
Pihak kami galakkan anda buat permohonan baru menerusi online sahaja seperti panduan yang kami sediakan di bawah ini. Hal ini lebih mudah untuk anda check status lulus atau tidak dan juga mudah untuk kemaskini maklumat bank serta memudahkan urusan anda untuk semak bayaran BKM jika permohonan anda lulus.
CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022.
- Sila layari Laman Web Rasmi Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 di sini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [Permohonan Baharu].
- Isi semua Maklumat dan Butiran dengan lengkap seperti yang diminta.
Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Nama Penuh, Alamat, Nombor Telefon Bimbit dan lain-lain dengan betul dan sah. Pastikan anda masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan tepat dan Nama seperti yang terdapat di Kad pengenalan anda. Ikuti arahan yang diminta.
- Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan yang diminta.
PEMOHON
• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan
oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang
dikeluarkan oleh Mahkamah.
PASANGAN
• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan /
Sijil lahir / KP lama.
ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan
Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan
Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN. - Hantar Permohonan Baru BKM 2022, Klik [Hantar].
- Semak Status Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia anda apabila diumumkan.
- Selesai.
KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Kepada pemohon yang berstatus lulus menerusi Semakan BKM 2022, jika anda mempunyai sebarang perubahan ataupun penambahan maklumat sama ada penambahan jumlah anak, pengurangan pendapatan, penambahan nombor akaun bank dan lain-lain maklumat, anda boleh membuat kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia secara online ataupun menerusi Borang Kemaskini BKM.
CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA ONLINE
Untuk kemaskini BKM Online anda masuk ke link ini : https://bkm.hasil.gov.my. Klik [Log Masuk]. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda, Frasa/Kata Keselamatan dan Kata Laluan anda. Kemudian, Klik [Log Masuk]. Seterusnya, Klik [Kemaskini Maklumat]. Jika sudah siap kemaskini maklumat yang dikehendaki, sila Klik [Simpan] / [Hantar] Maklumat yang telah dikemaskini.
LINK PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan baru ataupun untuk semak Bantuan Keluarga Malaysia 2022, link rasmi BKM 2022 adalah BKM.HASIL.GOV.MY. Untuk panduan lengkap cara permohonan, semakan status kelulusan dan kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia anda boleh ikuti panduan yang telah disediakan di dalam artikel ini dan pilih sahaja di Menu Isi Kandungan di dalam artikel ini.
2 Comments
Leave a Reply2 Pings & Trackbacks
Pingback:SEMAK BAKI AKAUN BSN MELALUI ONLINE ATAU SMS DAN ATM - SEMAKAN MALAYSIA
Pingback:CHECK BKM : PERMOHONAN LOGIN DAFTAR SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 - SEMAKAN MALAYSIA