CARA DAFTAR BANK ISLAM ONLINE BANKING
Jika anda sudah mempunyai akaun Bank Islam, amat rugi jika anda tidak memanfaatkan penggunaan secara online banking. Terdapat banyak kelebihan yang anda boleh gunakan jika menggunakan Bank Islam Online Banking. Antaranya adalah memudahkan anda transfer duit ke akaun lain, boleh buat semakan baki serta juga boleh membuat pembayaran bil dan juga pinjaman. Jimat masa anda hanya lakukan transaksi pilihan anda dirumah atau dimana sahaja dengan adanya online banking sama ada menggunakan telefon ataupun laptop.
Jadi, disini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda aktifkan dan daftar Bank Islam Online Banking melalui online sahaja. Sila ikuti panduan lengkap yang kami kongsikan di bawah ini.
Untuk pengetahuan anda, sekarang pihak Bank Islam telah menyediakan perkhidmatan buka akaun Bank Islam melalui online sahaja. Anda boleh dapatkan Panduan Lengkap cara buka akaun Bank Islan secara online di sini : CARA BUAT AKAUN BANK ISLAM ONLINE 2022.
ISI KANDUNGAN
APA ITU BANK ISLAM ONLINE BANKING?
Bank Islam Online Banking merupakan kemudahan yang disediakan oleh Pihak Bank Islam kepada pelanggan mereka untuk membuat sebarang transaksi secara online sahaja melalui laptop atau komputer ataupun telefon bimbit di mana sahaja tanpa perlu ke kaunter. Dengan adanya online banking anda boleh melakukan pelbagai transaksi lebih cepat dan mudah serta menjimatkan masa anda.
KELEBIHAN BANK ISLAM INTERNET BANKING
Berikut merupakan beberapa kelebihan yang anda dapat nikmati apabila anda menggunakan dan mendaftar Bank Islam Online Banking.
- Kemudahan transfer duit atau wang kepada orang yang anda mahukan.
- Semak baki secara online sahaja tanpa ke kaunter.
- Pembayaran pinjaman bank menerusi online sahaja.
- Pembayaran bil TNB, Telco atau Topup dan lain-lain.
- Cetak penyata hanya menerusi online.
- Tukar limit pengeluaran Kad ATM Debit Bank Islam.
- Pembelian atau Shopping online dengan lebih mudah dan cepat.
CARA DAFTAR BANK ISLAM ONLINE BANKING
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR BANK ISLAM ONLINE BANKING.
- Layari LINK RASMI DAFTAR BANK ISLAM ONLINE BANKING di sini : https://www.bankislam.biz/.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama BankIslam.biz.
- Klik [FIRST TIME USER].
- Sila baca Terma & Syarat Pendaftaran Bank Islam Online Banking.
- Sila Tick Checkbox menunjukkan anda setuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan.
- Klik [CONTINUE].
- Sila masukkan 16 Digit Nombor Kad ATM Bank Islam anda.
- Masukkan 6 Digit Pin ATM anda.
- Klik [Continue].
- Pastikan anda semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan anda yang dipaparkan adalah betul.
- Seterusnya, anda dikehendaki cipta atau reka Username/ID Pengguna untuk anda login masuk ke Bank Islam Online Banking nanti.
- Dan anda dikehendaki cipta atau reka Kata Laluan/Password juga untuk login masuk ke Bank Islam Online Banking nanti.
- Ulang masukkan Password anda tadi sekali lagi.
- Pastikan anda simpan dan ingat Username dan Password yang anda masukkan tadi. Jika perlu tulis sila catat dan simpan ditempat yang mudah anda jumpai.
- Masukkan Emel anda.
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
- Cipta atau reka Private Word anda untuk tujuan keselamatan apabila anda login.
- Pilih Gambar yang diberikan dan pastikan anda ingat tujuan untuk keselamatan semasa login.
- Sila pilih Soalan Keselamatan anda.
- Sila jawab setiap Soalan Keselamatan anda. Pastikan anda ingat jawapan yang anda berikan tujuannya untuk keselamatan.
- Klik [SUBMIT].
- Anda akan terima SMS daripada Pihak Bank Islam menunjukkan bahawa Bank Islam Online Banking anda telah berjaya didaftarkan.
- Anda boleh mula melakukan transaksi atau semak baki akaun Bank Islam anda dengan Login masuk ke bankislam.biz setelah anda berjaya membuat pendaftaran.
Untuk login ke Bank Islam Online Banking anda boleh ke panduan di bawah.
- Selesai.
CARA LOGIN BANK ISLAM ONLINE BANKING
Di bawah ini kami kongsikan kepada anda Panduan Lengkap Cara Login Bank Islam Online Banking.
- Sila layari laman web rasmi BANK ISLAM ONLINE BANKING di sini : https://www.bankislam.biz/.
- Klik [INTERNET BANKING LOGIN].
- Masukkan Username yang anda cipta semasa pendaftaran tadi di ruangan USER ID.
- Klik [Login].
- Sila lihat anda akan dipaparkan Gambar yang anda pilih semasa pendaftaran dan juga Perkataan yang anda cipta semasa pendaftaran tadi.
- Jika Gambar dan Perkataan yang muncul seperti yang anda buat semasa pendaftaran sila Tick di kotak kecil ” I acknowledge this is my Private Image and Private Word”.
- Kemudian, masukkan Password/Kata Laluan yang anda cipta semasa pendaftaran tadi.
- Klik [Login].
- Sekarang, anda telah berjaya LOGIN BANK ISLAM ONLINE BANKING.
- Anda boleh gunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam online banking ini untuk mudahkan urusan harian anda.
- Semoga bermanfaat untuk anda.
RUJUKAN
Sebarang persoalan dan pertanyaan anda boleh hubungi pihak berwajib Bank Islam di bawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat dan panduan ini supaya dapat memudahkan pendaftaran anda semua. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Nombor Bantuan Bank Islam : +60326900900.
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:CARA BUAT AKAUN BANK ISLAM ONLINE 2022 - SEMAKAN MALAYSIA