in

CARA BUAT AKAUN BANK ISLAM ONLINE 2022

cara buat akaun bank islam online

CARA BUAT AKAUN BANK ISLAM ONLINE 2022

Untuk makluman anda, sekarang anda tidak lagi perlu ke kaunter atau cawangan Bank Islam semata-mata untuk membuka akaun Bank Islam. Pihak Bank Islam telah memudahkan para pelanggan mereka dengan menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun secara online.

Anda hanya perlu mengisi E-Borang menerusi online dan hadir ke cawangan Bank Islam yang berdekatan dengan anda hanya untuk melengkapkan proses pengesahan pembukaan akaun. Pembukaan akaun Bank Islam lebih mudah dengan menggunakan Virtual Account Opening atau dikenali sebagai VAO. Melalui laman web vao.bankislam.com.my.

CARA BUAT AKAUN BANK ISLAM ONLINE

PANDUAN LENGKAP CARA BUAT AKAUN BANK ISLAM ONLINE.

  1. Sila layari laman web rasmi BUAT AKAUN BANK ISLAM ONLINE di sini : https://vao.bankislam.com.my/.

  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama VOA untuk buka akaun online.

  3. Tekan [APPLY NOW].

  4. Anda akan diminta untuk mengisi butiran dan maklumat anda di ruangan Personal Information.

  5. Masukkan Nama Penuh anda seperti yang terdapat di Kad Pengenalan anda.

  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  7. Masukkan Tarikh Lahir anda.

  8. Pilih Status sama ada anda Pelajar atau Bukan Pelajar.

  9. Jika anda pelajar, sila pilih Universiti anda.

  10. Seterusnya, isi butiran di bahagian Account Particulars.

  11. Sila Tick pilihan jenis akaun yang anda mahukan kebiasaannya Basic Saving Account-i.

  12. Pilih Negeri yang anda ingin membuka akaun.

  13. Pilih Cawangan Bank Islam yang berdekatan dengan anda (Jika diminta).

  14. Tekan [NEXT].

  15. Anda akan dibawa ke bahagian Personal Details.

  16. Masukkan Alamat anda.

  17. Isi maklumat di bahagian Contact Details.

  18. Kemudian, sila Isi butiran yang diminta di bahagian Your Identification.

  19. Sila isi butiran yang diminta di bahagian Employment Information (Jika anda bekerja).

  20. Tekan [NEXT].

  21. Anda akan dibawa ke ruangan Contact Details.

  22. Sila isi maklumat Waris atau Penjaga atau Kenalan yang boleh dihubungi.

  23. Tekan [NEXT].

  24. Anda dibawa ke Other Services.

  25. Sila isi maklumat yang diminta atau biarkan jika tidak berkaitan.

  26. Tekan [NEXT].

  27. Anda akan diminta untuk buat Declaration.

  28. Pastikan anda semak semua butiran dan maklumat yang anda isi sebelum proses penghantaran.

  29. Tekan [SUBMIT] jika anda sudah berpuas hati.

  30. Dan buat Confirmation untuk permohonan buka akaun Bank Islam anda.

  31. Pastikan anda Cetak Borang Permohonan anda ini.

  32. Sila Hantar Cetakan Borang Permohonan Buka Akaun Bank Islam anda ini di cawangan yang berdekatan dengan anda.

    Sila bawa Cetakan Borang Permohonan ke cawangan berdekatan anda dalam tempoh 30 hari untuk pengesahan selepas anda membuat pendaftaran.

  33. Jika sudah buat pengesahan pembukaan akaun di cawangan, akaun anda akan diaktifkan dan anda boleh menggunakan akaun anda. Selesai.

    Untuk memudahkan urusan sila buat pendaftaran Bank Islam Online Banking di panduan yang kami sediakan di bawah ini.

[PERHATIAN]Sekarang anda sudah pun berjaya membuka akaun Bank Islam secara online. Untuk mudahkan lagi urusan anda sama ada untuk transfer duit atau buat pembayaran atau semakan baki akaun anda boleh daftar Bank Islam Online Banking di panduan lengkap yang kami sedia di pautan ini : https://semakanmalaysia.com/cara-daftar-bank-islam-online-banking.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Nombor hotline Bank Islam di sini : 03-2690 0900.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ilindung

iLINDUNG CARA MOHON KELUAR DUIT KWSP