in

SJKP 2022: CARA MOHON PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI DENGAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

SJKP 2022: CARA MOHON PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI DENGAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Berita baik kepada individu yang berpendapatan tidak tetap dan tiada slip gaji tetapi ingin memiliki rumah kediaman sendiri, anda boleh membuat permohonan pinjaman melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Disini akan dikongsikan cara membuat permohonan.

ISI KANDUNGAN

APA ITU SJKP

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan satu skim perumahan yang merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

Tambahan pula, SJKP ini juga diwujudkan untuk membantu individu berkelayakan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji.

LIHAT JUGA: AET RISDA 2022 CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AET

SYARAT KELAYAKAN SJKP

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi membuat permohonan pinjaman perumahan tanpa slip gaji adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja).
  6. Pemohon mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

SENARAI BANK YANG TERLIBAT

Berikut merupakan senarai bank yang terlibat dengan SJKP ini iaitu:

  1. Affin Bank, Affin Islamic.
  2. Maybank, Maybank Islamic.
  3. Alliance Bank, Alliance Islamic Bank.
  4. Bank Muamalat.
  5. Bank Rakyat.
  6. Agro Bank.
  7. AmBank Group, AmIslamic Bank.
  8. Bank Islam BSN.
  9. Hong Leong Bank.
  10. Hong Leong Islamic Bank.

CARA MOHON SJKP

Antara langkah atau cara yang boleh dilakukan oleh individu yang berkelayakan membuat permohonan pinjaman SJKP adalah seperti berikut:

  1. Kenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.

  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.

  3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

  5. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman rumah tanpa slip gaji, sila layari laman rasmi Skim Jaminan Kredit Pinjaman atau hubungi di talian +6 03 2096 5000.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    aet risda

    AET RISDA 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AET