BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BAKM) : PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS ONLINE
Banjir yang telah melanda sesetengah negeri sebelum ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada individu yang terjejas. Hal ini menyebabkan mereka kerugian banyak harta benda seperti tempat tinggal, kereta, barangan berharga dan sebagainya.
Disebabkan itu, kerajaan telah mengeluarkan inisiatif pakej bantuan yang menyasarkan bantuan bertujuan untuk pembaikian kenderaan yang terkesan akibat banjir.
Kepada mereka yang mengalami kerosakan kenderaan disebabkan banjir sehingga memerlukan kenderaan mereka dimasukkan ke dalam bengkel adalah digalakkan untuk membuat permohonan BAKM ini.
BACA JUGA: SPPP SSM : CARA DAFTAR ONLINE SSM PERCUMA UNTUK B40 DAN PELAJAR
APAKAH BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BAKM)?
Bantuan Automotif Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BAKM merupakan pakej bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan berbentuk Baucer Diskaun Automotif untuk Pembaikan dan Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir.
Kerajaan dengan kerjasama syarikat automotif juga bersetuju untuk pemberian diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan, kos tunda kenderaan secara percuma dan baucer diskaun sehingga RM1000 bagi pusat servis dan pengedar sah serta bengkel yang tidak berdaftar.
ISI KANDUNGAN
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh akhir bagi permohonan BAKM adalah pada 31 Mac 2022.
Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BAKM)
- Warganegara Malaysia.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
- Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.
- Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam
- Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.
- Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BAKM)
- Dalam talian di Portal Rasmi (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)
Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atau - Secara Manual (Borang Permohonan BAKM)
Muat Turun Disini di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DAN BAYARAN
- Tarikh pembayaran BAKM (Bengkel Tidak Berdaftar) bagi kelompok pertama yang berstatus lulus adalah mulai 28 Februari 2022 secara berperingkat.
- Penunaian secara tunai di BSN boleh dibuat mulai 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.
- Pemakluman kelulusan akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.
- Semakan kelayakan secara berperingkat
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan/maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk kenyataan berikut: https://www.facebook.com/100050687430295/posts/484067429959501/
Atau hubungi talian berikut dalam tempoh waktu pejabat:
- Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Tarikh akhir bagi permohonan BAKM adalah pada 31 Mac 2022.
TIDAK. Hanya kenderaan persendirian tanpa perlindungan insurans bencana alam dan hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:PENGELUARAN ASB : CARA KELUARKAN DUIT SECARA ONLINE/BANK/PEJABAT POS/CAWANGAN ASB - SEMAKAN MALAYSIA