in ,

SPPP SSM : CARA DAFTAR ONLINE SSM PERCUMA UNTUK B40 DAN PELAJAR

sppp ssm

SPPP SSM : CARA DAFTAR ONLINE SSM PERCUMA UNTUK B40 DAN PELAJAR

APAKAH SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah manfaat skim pendaftaran SSM percuma yang pertama kalinya dibentangkan melalui sidang di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.

Ia bertujuan membantu golongan belia B40 dan ibu tunggal untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan harian seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi negara.

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

BACA JUGA : PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK (PPSA) : SEMAKAN ONLINE 18 TAHUN KE ATAS

MANFAAT PENGECUALIAN FI BAGI PEMOHON YANG LAYAK

Berikut merupakan manfaat pengecualian fi yang akan diberikan kepada pemohon yang layak:

  1. ​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan : RM30
  2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred : RM60
  3. Cetakan maklumat : RM10

ISI KANDUNGAN

SYARAT KELAYAKAN SPPP SSM

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40

  1. Pemegang MyKad/MyPR
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  3. Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

KATEGORI PELAJAR

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
  3. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

CARA DAFTAR ONLINE SSM PERCUMA

Permohonan pendaftaran perniagaan boleh dibuat melalui Portal EzBiz Online.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran SPPP SSM:

  1. Buka pautan ezbiz.ssm.com.my.
  2. Tekan butang Sign Up dan daftar sebagai pengguna Portal ezBiz.
  3. Setelah mendaftar, Sign In untuk masuk ke Portal ezBiz.
  4. Klik menu My Business Services > New Business
  5. Isi maklumat perniagaan yang ingin didaftarkan.
  6. Di bahagian Incentive, pilih Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
  7. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:
  8. Klik Submit For Verification untuk pegawai SSM membuat pengesahan secara atas talian.
  9. Anda akan menerima e-mel kelulusan daripada pihak SSM.
  10. Setelah mendapat e-mel ini, anda bolehlah menjalankan perniagaan mengikut undang-undang yang termaktub dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Dokumen sokongan:

B40

  • Permohonan bantuan pinjaman / geran perniagaan ATAU
  • Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan ATAU
  • Gambar pemohon bersama premis / tempat / gerai perniagaan ATAU
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Pelajar IPT

  • Salinan Kad Pengenalan depan belakang
  • Salinan kad pelajar
  • Salinan surat perakuan dari pihak IPTA / IPTS / Kolej / Institut Kemahiran / Pusat Kemahiran

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar SSM percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP), sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel kepada [email protected].

Facebook: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)

Adakah semua golongan layak untuk mendaftar SSM secara percuma?

TIDAK. Hanya pelajar dan golongan B40 berumur 18 tahun dan ke atas layak mendaftar SSM secara PERCUMA untuk tempoh setahun.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar SSM secara percuma di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)?

Sila rujuk artikel ini untuk panduan lengkap cara-cara pendaftaran SSM secara online.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    pendaftaran pengundi secara automatik

    PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK (PPSA) : SEMAKAN ONLINE 18 TAHUN KE ATAS

    bantuan automotif keluarga malaysia

    BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BAKM) : PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS ONLINE