in

PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK (PPSA) : SEMAKAN ONLINE 18 TAHUN KE ATAS

pendaftaran pengundi secara automatik

PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK (PPSA) : SEMAKAN ONLINE 18 TAHUN KE ATAS

Apakah Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA)?

Semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR apabila dikuatkuasakan.

Semua warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas layak untuk didaftarkan sebagai pemilih / pengundi.

Berikut merupakan maklumat lebih lanjut tentang Undi18 dan cara untuk membuat semakan maklumat ini secara online

Pelaksanaan PPSA ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.

BACA JUGA : MySALAM COVID: TUNTUTAN/KUARANTIN/SEMAKAN/PENDAFTARAN ONLINE

ISI KANDUNGAN

SYARAT DAFTAR PPSA

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas;
  3. Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
  4. Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang

PROSES DAFTAR SETELAH CUKUP 18 TAHUN

Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pemilih tanpa perlu lagi memohon kepada SPR.

Proses pendaftaran pemilih secara automatik ini akan mengambil masa sehingga sebulan setengah dari hari individu berkenaan mencapai umur 18 tahun.

SEMAK DAFTAR UNDI AUTOMATIK

Pemilih baharu boleh menyemak maklumat pengundian melalui 3 cara berikut:

Jika nama anda tiada dalam senarai PPSA, anda boleh membuat tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.

Jika nama anda tersenarai tetapi terdapat kesilapan, sila kemukakan tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.

CARA TUKAR ALAMAT SPR

Pemilih boleh membuat pengemaskinian alamat tersebut dengan pihak JPN.

Seterusnya, pemilih hendaklah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dengan SPR di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan, Pejabat Pos atau melalui MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my

RUJUKAN

Untuk info lanjut, sila rujuk

SOALAN-SOALAN LAZIM PELAKSANAAN UMUR KELAYAKAN PENGUNDI 18 TAHUN DAN PENDAFTARAN PEMILIH SECARA AUTOMATIK (PPSA)

Laman web SPR: https://www.spr.gov.my/

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYATel : +603 8892 7200 
Faks : +603 8892 7001 
Email : [email protected]

Apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mendaftar mengundi?

Tiada prosedur perlu dilakukan untuk mendaftar mengundi. Pengundi akan didaftar secara automatik selepas melepasi usia 18 tahun dan ke atas bermula 15 Disember 2021.

Apakah yang perlu dilakukan selepas semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik?

Pengundi perlu mengemaskini maklumat peribadi untuk melengkapkan pendaftaran

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    mysalam covid

    MySALAM COVID: TUNTUTAN/KUARANTIN/SEMAKAN/PENDAFTARAN ONLINE

    sppp ssm

    SPPP SSM : CARA DAFTAR ONLINE SSM PERCUMA UNTUK B40 DAN PELAJAR