in ,

MySALAM COVID: TUNTUTAN/KUARANTIN/SEMAKAN/PENDAFTARAN ONLINE

mysalam covid

MySALAM COVID: TUNTUTAN/KUARANTIN/SEMAKAN/PENDAFTARAN ONLINE

Individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 dapat menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.

Dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.

Berikut merupakan maklumat tentang MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda positif COVID-19 atau pernah dikuarantin sebagai kontak rapat @ PUI (sebelum 31 Oktober 2021).

BACA JUGA : DAFTAR LHDN : e-DAFTAR/SEMAKAN LHDN KALI PERTAMA DAN PERSEDIAAN UNTUK e-FILING 2022

APAKAH SKIM MySALAM?

Skim perlindungan masyarakat mySalam merupakan inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.


Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.

ISI KANDUNGAN

KELAYAKAN MySALAM

Antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:

  1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.


Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS atau makluman kelayakan tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.


NOTA: COVID- 19: Sila maklum bahawa tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja

SEMAKAN MySALAM COVID

Bagi menyemak kelayakan, semakan secara online juga dapat dilakukan dengan langkah berikut:

  1. Layari www.mysalam.com.my
  2. Masukan kad pengenalan tanpa(-)
  3. Klik semak
  4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.

TUNTUTAN KUARANTIN COVID

Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam atau secara manual melalui kios MySalam.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan.
  2. Laman web mySalam: www.mysalam.com.my
  3. Aplikasi MySalam : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rexit.mysalam&hl=en&gl=US
  4. Klik ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’
  5. Isikan butiran berikut:
    – Tarikh masuk wad
    – Tarikh keluar wad
    – Nama hospital
  6. Sila muat naik dokumen berikut dan klik ‘Lampirkan’
  7. Kad pengenalan (depan & belakang)
  8. Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
  9. Bagi tuntutan kuarantun Covid, isikan borang tuntutan selepas login dan kemaskini profil.
  10. Muat naik dokumen yang diperlukan
  11. Klik ‘Hantar’ kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda akan diproses.
  12. Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
  13. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.
  14. Untuk membuat proses tuntutan secara manual, anda boleh juga pergi ke mana-mana kios MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.

Untuk mengetahui lokasi kiosk MySalam, sila lihat senarai penuh di SINI: https://www.mysalam.com.my

Dokumen yang diperlukan MySalam bagi tuntutan kuarantin:

  • Kad Pengenalan
  • Surat hospitalisasi KKM
  • Akaun bank pemohon
  • No telefon yang aktif

RUJUKAN

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan di talian :

1 300 888 938

atau

E-mel melalui [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MySalam dan FAQ MySalam Tuntutan Covid-19

Bagaimanakah cara tuntutan kuarantin bayaran RM50/sehari untuk pesakit Covid-19?

Sila rujuk artikel ini untuk panduan lengkap proses tuntutan MySALAM

Bagaimanakah cara jika saya layak untuk menerima skim MySALAM tetapi tidak menerima sebarang mesej atau emel berkenaan makluman kelayakan tersebut?

Anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    pendaftaran pengundi secara automatik

    PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK (PPSA) : SEMAKAN ONLINE 18 TAHUN KE ATAS