PPR 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek dan permohonan rumah PPR di seluruh Malaysia.
Rumah PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Permohonan ini masih dibuka sepanjang tahun 2022 bagi setiap negeri bagi yang layak.
LIHAT JUGA: EPOKU 2022 CARA MOHON ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA
ISI KANDUNGAN
KATEGORI RUMAH PPR
Berikut merupakan kategori Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu:
- PPR Disewa
- Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
- PPR Dimiliki
- Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
- Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
CIRI-CIRI RUMAH PPR
Makluman kepada pemohon, semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005). Antara ciri Rumah Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
- Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air;
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
- Surau/Ruang Solat,
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Senarai penuh projek di setiap negeri boleh disemak di portal rasmi TEDUH
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
CARA MOHON
Para pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di alamat ini . Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Selain itu, permohonan secara online boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) di portal rasmi TEDUH. SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT. TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Antara cara membuat permohonan rumah PPR secara online adalah seperti berikut:
- Daftar Portal TEDUH
– Layari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
– Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN
– Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran. - Aktifkan Akaun & Log Masuk
– Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
– Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi. - Pilih Skim
– Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
– Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
– Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
– Klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki. - Masukkan Maklumat Pemohon
– Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
– Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’. - Pilih Projek
– Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
– Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek
menggunakan nama projek dan negeri.
– Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
– Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan. - Muatnaik Dokumen Sokongan
– Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut
keperluan.
– Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB. - Pengesahan & Hantar
– Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
– Rujuk di sini untuk manual penuh oleh SPRN
Makluman tambahan kepada pemohon, permohonan Program Rumah Transit juga boleh dibuat secara online melalui Portal TEDUH.
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.
Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Program Perumahan Rakyat (PPR) klik di sini
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:PESP 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BIASISWA PETRONAS - SEMAKAN MALAYSIA