in ,

BIZMAN 2022 : CARA MOHON DAN SEMAKAN BANTUAN INSENTIF UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

bizman

BIZMAN 2022 : CARA MOHON DAN SEMAK BANTUAN INSENTIF UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Insentif BizMan untuk usahawan lelaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.

Kerajaan Negeri Perak telah menggerakkan satu insentif dengan menyediakan kepada usahawan lelaki dan OKU melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.

ISI KANDUNGAN

APA ITU BIZMAN

Tujuan bantuan BizMan ini adalah untuk membantu para peniaga dan usahawan kecil golongan lelaki & Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Perak sebagai salah satu usaha membantu meningkatkan perniagaan dan ekonomi keluarga dengan menyediakan bantuan peralatan perniagaan sebanyak RM3000.00.

SYARAT PERMOHONAN BIZMAN

Makluman kepada pemohon, hanya 1 (satu) permohonan sahaja boleh diisi. Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Bantuan BizMan iaitu:

  1. Lelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki / Orang Kurang Upaya (OKU)
  2. Berumur 18 keatas
  3. Telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
  4. Perniagaan dijalankan sepenuh masa & separuh masa
  5. Menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  6. Berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan.

BACA JUGA: BBSM 2022 CARA TEBUS BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA

CARA MOHON BIZMAN

Bagi usahawan yang berminat , permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan di sini
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang perlu disediakan oleh para pemohon iaitu:

  1. Salinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon.
  2. Kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan SSM (jika ada).
  4. Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi.
  5. 3 Salinan sebut harga peralatan yang hendak dibeli.
  6. Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian.
  7. Surat Akuan Penghulu.

MAKLUMAN

Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh para pemohon semasa mengisi permohonan BizMan adalah:

  1. Permohonan yang tidak lengkap akan dianggap tidak berjaya.
  2. Pembekalan barangan/peralatan tidak semestinya mengikut spesifikasi barangan yang dimohon.
  3. Jika tiada sebarang maklum balas dalam tempoh 2 minggu dari tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.
  4. Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamat
  5. Semua Salinan Perlu Diakui Sah sebelum di muat naik oleh Penghulu / ADUN / Pegawai Kerajaan Gred 41 keatas.

SEMAKAN STATUS

Pihak seketeria akan menghubungi pemohon sekiranya permohonan diluluskan. Sekiranya tiada sebarang maklumbalas selepas 15 Mei 2022, maka status permohonan adalah tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat atau keterangan lanjut mengenai Biz Man, sila hubungi pihak Wanita Perak di talian 05-5269829 dan email di [email protected].

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BBSM

BBSM 2022: CARA TEBUS BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA