PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK (PPSA) : SEMAKAN ONLINE 18 TAHUN KE ATAS
Apakah Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA)?
Semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR apabila dikuatkuasakan.
Semua warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas layak untuk didaftarkan sebagai pemilih / pengundi.
Berikut merupakan maklumat lebih lanjut tentang Undi18 dan cara untuk membuat semakan maklumat ini secara online
Pelaksanaan PPSA ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.
BACA JUGA : MySALAM COVID: TUNTUTAN/KUARANTIN/SEMAKAN/PENDAFTARAN ONLINE
ISI KANDUNGAN
SYARAT DAFTAR PPSA
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
- Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang
PROSES DAFTAR SETELAH CUKUP 18 TAHUN
Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pemilih tanpa perlu lagi memohon kepada SPR.
Proses pendaftaran pemilih secara automatik ini akan mengambil masa sehingga sebulan setengah dari hari individu berkenaan mencapai umur 18 tahun.
SEMAK DAFTAR UNDI AUTOMATIK
Pemilih baharu boleh menyemak maklumat pengundian melalui 3 cara berikut:
- Portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my ;
- Aplikasi MySPR Semak; atau
- Hotline SPR di talian 03-8892 7018
Jika nama anda tiada dalam senarai PPSA, anda boleh membuat tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.
Jika nama anda tersenarai tetapi terdapat kesilapan, sila kemukakan tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.
CARA TUKAR ALAMAT SPR
Pemilih boleh membuat pengemaskinian alamat tersebut dengan pihak JPN.
Seterusnya, pemilih hendaklah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dengan SPR di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan, Pejabat Pos atau melalui MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my
RUJUKAN
Untuk info lanjut, sila rujuk
Laman web SPR: https://www.spr.gov.my/
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYATel : +603 8892 7200
Faks : +603 8892 7001
Email : [email protected]
Tiada prosedur perlu dilakukan untuk mendaftar mengundi. Pengundi akan didaftar secara automatik selepas melepasi usia 18 tahun dan ke atas bermula 15 Disember 2021.
Pengundi perlu mengemaskini maklumat peribadi untuk melengkapkan pendaftaran
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:SPPP SSM : CARA DAFTAR ONLINE SSM PERCUMA UNTUK B40 DAN PELAJAR - SEMAKAN MALAYSIA