EGUMIS 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT
Kini, sistem eGUMIS dilancarkan secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut secara ‘online’. Pada awalnya, sistem ini dijangka beroperasi suku kedua tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
Namun begitu, eGUMIS kini boleh diakses sepenuhnya untuk semak Wang Tak Dituntut (WTD) bermula 1 Januari 2020. Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).
ISI KANDUNGAN
APA ITU WANG TAK DITUNTUT
Wang Tak Dituntut (WTD) merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima sebanyak RM 10.862 billion wang yang tak dituntut sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu.
Wang tak dituntut juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun, contohnya:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
- Dividen
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam Wang Tak Dituntut. Contohnya:
- Akaun simpanan
- Akaun semasa
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
LIHAT JUGA: BIZMAN 2022 CARA MOHON DAN SEMAKAN BANTUAN INSENTIF UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU
CARA DAFTAR EGUMIS
Berikut merupakan cara membuat pendaftaran eGUMIS secara ‘online’:
- Klik di sini untuk membuat pendaftaran dan login.
- Pergi ke bahagian pendaftaran untuk membuat pendaftaran.
- Masukkan maklumat yang sah.
- Selepas pendaftaran selesai, boleh terus login.
CARA SEMAKAN EGUMIS
Antara cara untuk login portal eGUMIS dan membuat semakan WTD adalah seperti berikut:
- Jika login buat pertama kali, anda akan diminta untuk menukar kata laluan.
- Anda juga akan diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat.
- Selesai, kini anda boleh membuat semakan dengan klik butang yang tertulis “KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT”
- Perlu diingat, ada had dalam pencarian maklumat wang tidak dituntut.
- Anda cuma boleh mencari sebanyak 2 nombor kad pengenalan sahaja dalam sehari.
PROSES TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT
Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, permohonan boleh dibuat untuk dimasukkan ke dalam akaun bank yang terkini. Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:
- Empunya/pemilik WTD sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- Pelikuidasi (Pegawai Penerima atau Penyelesai Swasta) yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
Setelah tuntutan dibuat, wang akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan. Rujuk Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD.
SOALAN LAZIM EGUMIS
Berikut merupakan soalan-soalan lazim mengenai eGUMIS Wang Tak Dituntut:
Mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD.
Tiada tempoh masa yang ditetapkan.WTD yang diserahkan kepada Pendaftar boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut.
Tiada had minima amaun yang boleh dituntut.
Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.
Hanya rekod WTD yang telah diwartakan boleh dibuat semakan dan tuntutan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai eGUMIS, sila rujuk Manual Pengguna Sistem eGUMIS.
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:ISURI KWSP 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAKAN STATUS BANTUAN - SEMAKAN MALAYSIA