in , ,

ISURI KWSP 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAKAN STATUS BANTUAN

isuri kwsp

ISURI KWSP 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAKAN STATUS BANTUAN

i-Suri merupakan insentif khas khusus untuk golongan suri rumah yang kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP. Tujuan i-Suri ini adalah untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

ISI KANDUNGAN

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM ISURI

Dua golongan yang hanya dibolehkan untuk mencarum dalam i-Suri iaitu:

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

FAEDAH ISURI KWSP

Berikut merupakan faedah, manfaat dan kelebihan iSuri KWSP:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 (Amaun RM 200 adalah pada tahun 2018. Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 tersebut hanyalah kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018)
  • Boleh buat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan
  • Juga masih boleh membuat pengeluaran dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan i-Suri
  • Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

LIHAT JUGA: EGUMIS 2022 CARA DAFTAR DAN SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT

SYARAT KELAYAKAN ISURI

Antara syarat kelayakan untuk membuat caruman i-Suri adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

CARA DAFTAR ISURI KWSP

Pemohon perlu membuat pendaftaran dalam sistem e-Kasih terlebih dahulu. Permohonan i-Suri hanya boleh dilakukan setelah pemohonan anda berjaya dalam sistem e-Kasih.

Makluman tambahan, cara daftar i-Suri KWSP ini TIDAK BOLEH dilakukan secara online. Pemohon perlu isi borang dan menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP yang terdekat.

Berikut merupakan langkah-langkah mudah permohonan caruman i-Suri KWSP:

  1. Datang ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
  2. Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
  3. Dapatkan Borang i-Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  4. Lengkapkan borang
  5. Lengkapkan juga Borang i-Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.
  6. Untuk memudahkan urusan, anda boleh siap-siap muat turun, cetak dan isi di rumah sebelum menghadirkan diri ke cawangan KWSP.

CARA DAN SALURAN BAYARAN ISURI KWSP

Walaupun pendaftaran tidak boleh dilakukan secara atas talian, pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan online. Bagi pengguna yang ingin membuat pembayaran selain bayaran melalui Perbankan Internet, boleh rujuk di sini.

Senarai bank yang membenarkan bayaran melalui Perbankan Internet. Pemindahan wang secara elektronik boleh dibuat di:

  • MBSB Bank*
  • MAYBANK (M2u)
  • RHB Bank*
  • Public Bank
  • Bank Muamalat
  • Alliance Bank*
  • Hong Leong Bank*
  • Bank Islam*
  • Cimb Bank

*Kemudahan bayaran secara berulang disediakan.

Tiada had minimum untuk pembayaran. Walau bagaimanapun, had maksimum yang dibenarkan untuk pembayaran i-Suri ialah RM60,000 sahaja setahun.

SOALAN LAZIM

Antara soalan lazim mengenai i-Suri adalah seperti berikut:

Kenapakah terdapat i-Suri?

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.

Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Rujuk disini: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri

Boleh mencarum dalam i-Saraan KWSP juga?

Sekiranya anda telah mendaftar skim i-Saraan KWSP, anda perlu membatalkan skim tersebut sebelum membuat permohonan bagi i-Suri.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai i-Suri, sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    biasiswa hong leong

    BIASISWA HONG LEONG 2022: CARA DAN SYARAT PERMOHONAN BIASISWA