YAYASAN HONG LEONG 2022: CARA DAN SYARAT PERMOHONAN BIASISWA
Sukacita dimaklumkan kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa pendidikan, permohonan biasiswa yayasan Hong Leong 2022 baru sahaja dibuka.
Yayasan Hong Leong menawarkan biasiswa pendidikan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda. Permohonan biasiswa ini akan mula dibuka 1 April sehingga 31 Mei setiap tahun. Namun begitu makluman penting kepada para pelajar, permohonan biasiswa bagi tahun 2022 akan mula dibuka pada tarikh 15 Mei sehingga 30 Jun 2022.
LIHAT JUGA: ISURI KWSP 2022 CARA DAFTAR DAN SEMAKAN STATUS BANTUAN
ISI KANDUNGAN
APA ITU BIASISWA HONG LEONG
Misi utama Biasiswa Hong Leong ini adalah untuk mengenal pasti dan membangunkan program inovatif yang memajukan pendidikan dan pembangunan masyarakat di Malaysia, selaras dengan piagam Yayasan.
Selain itu, yayasan ini turut menyediakan geran untuk projek berimpak tinggi dan mampan yang membantu masyarakat negara yang kurang mendapat perkhidmatan.
Penubuhan Yayasan Hong Leong ini juga berperanan untuk memudahkan perkongsian pintar dengan badan amal, badan bukan kerajaan dan organisasi komuniti untuk meneruskan mandat dermawan Yayasan.
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA HONG LEONG
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan Biasiswa Hong Leong iaitu;
- Biasiswa ini TIDAK terpakai untuk:
- Kursus persediaan untuk universiti atau kolej (cth. pengajian asas pra-universiti atau pra-kolej dan/atau program)
- Program berkembar antarabangsa
- Sarjana atau PhD atau mana-mana program pasca siswazah yang lain
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berumur sekurang-kurangnya 17, dan di bawah umur 25 tahun
- Keputusan akademik minimum:
- 8A dalam SPM atau 6A dalam UEC; dan/atau
- PNGK 3.5 dalam STPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/Ijazah
- Telah memohon dan berkemungkinan untuk menerima tawaran untuk program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus di mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Jumlah pendapatan isi rumah bulanan mestilah RM 5,000 dan ke bawah.
- Dapat membuktikan keperluan untuk bantuan kewangan yang tulen untuk melanjutkan pelajaran
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang menunjukkan kualiti kepimpinan; yang cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan/atau sukan; dan/atau yang terlibat secara aktif dalam khidmat masyarakat.
- Orang kurang upaya digalakkan untuk memohon.
CARA MOHON BIASISWA HONG LEONG
Para pelajar yang berminat boleh membuat permohonan Biasiswa Hong Leong dengan mengisi maklumat peribadi di Google Form Permohonan Biasiswa Hong Leong 2022.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh para pemohon semasa mengisi permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon wajib mengisi setiap bahagian borang permohonan. Setiap maklumat pemohon adalah sangat PENTING semasa proses pemilihan. Sekiranya pemohon layak untuk menghadiri sesi temuduga, pemohon diminta untuk membawa bersama dokumen sokongan yang asli ataupun salinan yang telah disahkan.
- Maklumat pemohon tidak akan disimpan secara automatik. Pemohon diminta untuk sediakan maklumat sebelum mengisi permohonan.
- Pemohon diminta untuk kongsi “Reason For Apply This Scholarship (Sebab Membuat Permohonan Biasiswa)”. Penulisan adalah tidak melebihi 150 perkataan dan akan dinilai oleh sistem pengesan plagiat (tidak boleh ada unsur meniru).
- Pemohon perlu memuat naik dokumen seperti berikut:
- Keputusan Peperiksaan yang Terkini
- Jumlah pendapatan isirumah bulanan
- Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga
SOALAN LAZIM
Berikut merupakan soalan-soalan lazim mengenai Biasiswa Hong Leong yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi pemohon sebelum membuat permohonan;
- Apakah yang perlu saya sediakan?
Pemohon perlu ada akaun Gmail peribadi untuk mengisi borang permohonan.
- Bilakah tarikh buka dan tutup permohonan?
Permohonan ini kebiasaannya dibuka setiap 1 April sehingga 31 Mei setiap tahun. Namun, tahun ini tarikh permohonan dipinda ke tarikh 15 Mei hingga 30 Jun 2022.
- Berapakah permohonan biasiswa ini boleh dibuat dalam setahun?
Biasiswa ini hanya dibuka sekali setahun dan permohonan perlu dibuat sekali sahaja bagi setiap pemohon.
- Berapakah jumlah yuran biasiswa akan diterima oleh pemohon yang layak?
– Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA : RM 8,500.00 per tahun
– Diploma di mana-mana IPTA : RM 6,000.00 per tahun
– Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTS : sekurang-kurangnya RM 24,000.00 per tahun
– Perubatan/Pergigian di mana-mana IPTS : sekurang-kurangnya RM 32,000 per tahun - Jika saya sudah menerima biasiswa yang ditawarkan oleh pihak Universiti, adakah saya masih boleh memohon biasiswa ini?
Tidak boleh. Namun begitu, pemohon boleh memohon sekiranya biasiswa yang disediakan oleh pihak Universiti tidak mampu menampung keseluruhan yuran pembelajaran.
- Adakah saya layak memohon biasiswa ini sekiranya saya dapat melanjutkan pelajaran di luar negara?
Tidak, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara tidak boleh membuat permohonan Biasiswa Hong Leong. Biasiswa ini hanya layak untuk pemohon yang akan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan sahaja.
- Adakah permohonan boleh dibuat selepas tarikh tutup permohonan?
Tidak, permohonan yang dibuat selepas tarikh tutup tidak akan diambil kira.
- Sekiranya saya masih tidak mendapat surat tawaran dari mana-mana universiti, adakah saya masih boleh membuat permohonan?
Pemohon boleh membuat permohonan. Sila rujuk di sini
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Hong Leong Foundation .
Makluman tambahan, bagi pemohon yang telah disenarai pendek dan layak untuk menghadiri sesi temu duga akan dihubungi oleh pihak Yayasan Hong Leong.
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:AET RISDA 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AET - SEMAKAN MALAYSIA