AET RISDA 2022: CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AET
Program Aktiviti Ekonomi Tambahan merupakan salah satu Program Pembangunan Usahawan yang telah diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
RISDA menggalakkan Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi, berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu . Bagi merealisasikan hasrat ini, RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Antara langkah bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil. Pelan tindakan baru ini dirangka bagi mencapai objektif RISDA agar pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.
Dalam usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaan Program AET ini, transformasi baru dibuat dan fokus program diberi tumpuan kepada 4 bidang utama iaitu:
- Perkhidmatan;
- Makanan;
- Pembuatan dan;
- Pertanian
Transformasi ini diharap dapat memperbaiki kualiti hidup pekebun kecil disamping membantu pekebun kecil dalam meningkatkan pendapatan keluarga.
BACA JUGA: BIASISWA HONG LEONG 2022 CARA DAN SYARAT PERMOHONAN BIASISWA
ISI KANDUNGAN
SYARAT KELAYAKAN AET RISDA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pemohon bagi Program AET RISDA iaitu;
- Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri /suami /anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
- Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
- Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa
- Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek
- Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon Projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).
KADAR BANTUAN
Had maksimum bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan bagi semua bidang adalah RM20,000 bagi setiap keluarga Pekebun Kecil. Projek Lam alau bagaimanapun, bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000.
CARA MOHON
Setiap permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan seperti di Lampiran 1. Selain itu, borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan seperti di Lampiran 2. Berikut merupakan borang permohonan atau surat yang perlu diisi dan dihantar iaitu;
Sekiranya pemohon LAYAK dan memenuhi syarat, permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA yang berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat RISDA di talian 03-42564022 untuk keterangan lebih lanjut.
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:SJKP 2022: CARA MOHON PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI DENGAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN - SEMAKAN MALAYSIA