in

PIDN JPA 2022 : PERMOHONAN ATAU TARIKH SEMAKAN DAN KEPUTUSAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA

pidn jpa

PIDN JPA 2022 : PERMOHONAN ATAU TARIKH SEMAKAN DAN KEPUTUSAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA

Permohonan PIDN JPA adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah(PBU)

BACA JUGA: PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE 2022 (DAFTAR espkr.rurallink.gov.my)

APAKAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)?

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

ISI KANDUNGAN

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan atas talian dibuka mulai 14 Februari 2022 (jam 4.30 petang) sehingga 27 Februari 2022 (jam 11.59 malam) di Portal eSila JPA.

SYARAT PERMOHONAN PIDN JPA 2022

Berikut merupakan syarat umum dan syarat khusus bagi permohonan PIDN JPA 2022:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)

Syarat Khusus

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

  1. Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau
  2. Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) DAN mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan
  4. Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa

Bidang Perubatan dan Pergigian:

  1. Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
  2. Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

CARA PERMOHONAN PIDN JPA 2022

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2022 dibuka secara online di Portal JPA.

  1. Layari pautan: https://esilav2.jpa.gov.my/
  2. Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.
  3. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon.
  4. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

KEMASKINI PERMOHONAN PIDN JPA 2022

Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.

BIDANG YANG TIDAK DITAJA PIDN JPA

Berikut adalah merupakan antara bidang-bidang yang tidak ditaja:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

TARIKH SEMAKAN PIDN JPA 2022

Keputusan permohonan PIDN JPA bagi tahun 2022 dijangka dapat diakses pada 27 MEI 2022.

SEMAKAN KEPUTUSAN PIDN JPA 2022

Keputusan permohonan PIDN JPA 2022 dapat diakses melalui pautan berikut:

eKeputusan: Sistem Semakan Keputusan Tajaan JPA

SESI MULA TAJAAN

Tajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2022 dijangka akan bermula pada SEPTEMBER 2022.

SENARAI INSTITUSI YANG DITAJA DI BAWAH PIDN TAHUN 2022

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  21. Politeknik Ungku Omar
  22. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  23. Politeknik Ibrahim Sultan
  24. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  25. Universiti Multimedia (MMU)
  26. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  27. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  28. Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)

RUJUKAN

Calon boleh merujuk SOALAN LAZIM / Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi
maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Saluran untuk sebarang pertanyaan:

  • Talian Call Centre : 03- 8885 3297 (setiap hari bekerja | 9.00 pagi – 4:30 petang)
  • Emel : [email protected] (talian dan emel hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 14 – 27 Februari 2022)
  • Sertai Sesi Soal Jawab Permohonan PIDN melalui Zoom pada:
    25 Februari 2022 (Jumaat) | 10.00 – 11.00 pagi | https://zoom.us/j/93632427280
Bagaimanakah cara permohonan biasiswa PIDN JPA 2022?

Rujuk di artikel ini untuk panduan lengkap cara memohon.

Bilakah tarikh semakan keputusan biasiswa Program Ijazah dalam Negara (PIDN) 2022?

Tarikh anggaran bagi semakan keputusan biasiswa PIDN 2022 ialah pada 27 MEI 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

psu perkeso

PSU PERKESO 5.0 2022 : CARA DAFTAR/PERMOHONAN DAN SEMAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH